Dugaan bercinta jarak jauh

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Setelah sekian lama tak menerpa masuk blog ni, dpt gak faz curi masa nak membuka blog. Nak katakan takde masa tu tak gak, memang banyak masa. Tapi nak buka blog ni nampak payah sikit. Hihi. Maklum la tengah sibuk bercinta. Oppssss! Bercinta ka kte?

Hurmm. Faz pun tak tau.. Tp faz rasa dia la calon yg selama ni faz cari. Memang menepati piawai ciri2 suami mithali dan suami idaman faz. Sering mengingati faz tentang solat, ringan tulang, hormat org tua, pandai memujuk, pandai amik hati, serious dlm perhubungan, yg plg penting terima faz seadanya.

Memang menjadi lumrah dalam perhubungan akan ada perselisihan fahamkan? Sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pula hubungan baru setahun jagung. Tambah tambah lagi bila berjauhan mcm ni. Memang faz akui, hubungan jarak jauh lebih baik sebab dapat mengelak dr membuat maksiat dan selalu berjumpa mcm pasangan lain tapi dugaan dia memang besar.

Sekarang ni kami pun dalam proses nak melangkah kehadapan. Mungkin akan bernikah pada tahun hadapan. Kalau nak kenal hati budi masing masing, lepas nikah pun boleh kot. Lagipun dia yg berkenan dgn faz, dan kakak faz yg aturkan kami sehingga jadi ke sekarang ni. Faz dalam proses belajar utk menjadi lebih matang. In Sha Allah. Manusia boleh berubah kan. Kalau benar dia jodoh faz, tak kira apa pun yg terjadi antara kami, kami akan bersatu jua. Jika dia bukan utk faz, faz redha. Mungkin Allah menyediakan yg terbaik utk hambaNya. Doakan faz bahagia ya.

Sekian..

Comments

  1. wah nak nikah thn dpn
    Tahniah
    semoga di permudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah