Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

16 Apr 2015

Nasihat ibu bila da jadi isteri org

Assalamualaikum..

Faz syukur sgt sgt dikurniakan seorg ibu yg dapat dijadikan kawan, penasihat, dan pendengar yg terbaik dalam hidup faz. Banyak banyak adik beradik faz, hanya faz seorg yg bersikap terbuka dengan ibu. Tak tau kenapa faz senang nak bercerita dgn dia. Mungkin dia merupakan seseorg yg melahirkan faz kot. Benar la kata org, ibu merupakan sahabat yg terbaik didunia. Kalau faz buat bende jahat pun faz akan mengaku depan ibu, cthnya faz ponteng sekolah dan banyak lagi. Ibu tak marah, tp ibu akan suruh faz janji cukup da buat jahat, lain kali jgn diulang. Itu la ibu faz. Sebab tu faz tak pandai berbohong dgn ibu, walaupun sejahat mana perkara faz pernah buat. Okay, berbalik pada topik.  Setelah faz memberitahu niat utk melangkah ke alam yg lebih dewasa, ibu sering kali memberi nasihat dan petunjuk utk faz. Bila kami berdua sahaja, ibu akan menasihati faz.

"Kalau adik da jadi isteri org, adik kene ingat syurga adik bukan dibawah kaki ibu lagi tapi di bawah kaki suami adik. Bila da jadi isteri org, ibu nak adik ingat ni sampai bila bila.
1. Jaga makan pakai suami. Kalau nak suami kekal syg adik, adik kene selalu masak utk dia. Kalau boleh jgn benarkan dia makan diluar. Apa guna ada isteri tp masih dok makan diluar.
2. Ikut apa yg dia minat. Kalau dia minat memancing, walaupun adij tak minat bende tu, adik kene gak belajar amik tau perkara yg dia minat.
3. Jangan halang atau control dia. Contoh dia memang suka melepak, adik kalau boleh benarkan je dia melepak dgn kawan dia. Lelaki tak suka bila perempuan halang dia lepak dgn kawan. Kalau adik tak tahan, adik ikut je dia melepak.
4. Percaya pada suami. Tak kira teruk mana pun dugaan yg menimpa, adik kene gak percaya pada suami adik. Jgn percaya bulat bulat pada mulut org yg mengata terutama bila dia takde bukti.
5. Sentiasa bersih dan cantik. Tu basic. Mulai sekarang ibu nak adik jaga badan. Ibu tengok adik da tembam macam ibu da.
6. Control baran tu . Jgn kuat sgt berleter mcm mak nenek. Ibu pun tak tahan dengar adik berleter. Berdesing telinga.
7. Jgn kuat sgt merajuk. Tu biar bakal suami adik yg pujuk.
8. Sentiasa amik tau keadaan keluarga dia terutama ibu dia. Adik kene syg ibu dia dan jaga ibu dia macam adik syg ibu dan jaga ibu.
Adik dengar tak apa yg ibu cakap ni? Ibu nak adik ngat pesan ibu ni sampai bila bila."
Tu la nasihat ibu faz. Susah gak nak ingat. Jgn kate nak ingat, nak buat pun belum tentu faz dapat. Tp In Sha Allah, faz akan latih mulai sekarang. Sekali lagi, terima kasih ibu. Untuk segala nasihat dan kata semangat dari ibu. Sayang ibu.

Sekian.

Kakak payah nak kahwin....

Assalamualaikum..

Susah gk bile kte ada kakak ni. Bukan susah ape, susah sgt nak disuruh kawen. Huhu. Faz merupakan anak bongsu perempuan ibu. Nak kate faz manja, silakan. Sebab faz akui sekarang faz agak manja. Mungkin faktor umur kot. Okay. Nak dijadikan cte, faz ada dua org kakak. Berumur 24 dan 23. Kalau ikut adat melayu la kan. Kalau nak nikah kene tggu akak nikah dulu, kalau tak pun langkah bendul. Kan?

Akak pertama faz, Alhamdulillah tak lama lagi akan melansungkan majlis pernikahan dia. Calon suami org Perak. Hehe. Syukur sgt. Sebab akak jugak la faz berkenalan dgn seseorg yg kebetulan org perak gak. Amboi. Nak same gak. Thanks akak sbb da crkan calon utk adik. Alhamdulillah baik orgnya. Kakak suka, ibu pun suka. Tp tu la masalah faz sekarang, ibu faz dok suruh faz nikah awal sebab bagi ibu kalau dah menemui seseorg yg mampu nembimbing lansungkan je. Ibu dulu pun kawen muda gak. Yg menjadi penghalang faz sekarang ialah kakak kedua faz yg tak reti reti faham yg adik dia ni nak nikah, faz tak nak la langkah bendulkan. Memang tak salah, tp kan lebih afdal kalau ikut urutan.

Jadi tadi masa makan, faz cakap depan ibu dan depan dia "Akak kan da ada calon, kawen je la. Akak da keje, ada kereta, mampu lagi. Da wajib kawen da. P la kawen."
Tau tak akak faz jawab apa. Huhhh. Sebal betul hati ni.
"Tak nak. Akak nak enjoy. Akak nak kawen umur 30. Da puas hidup baru kawen"
Ibu da tak leh cakap apa da. Geleng kepala mendengar. Ibu pernah cakap kalau boleh ibu nak semua anak anak ibu melangkah ke alam pernikahan. Akhirnya ibu pun bersuara "Kalau akak taknak kawen, adik langkah bendul je la. Bagi je akak cincin murah. Ibu tak kisah kalau adik langkah bendul. Tak yah tunggu akak. Lagi pun kak along da nak nikah. Boleh je teruskan lepas akak nikah."

"Eh. Adik dah ada calon ke? Langkah je bendul akak nak cincin mahal. Bagi akak yg mahal."
"Jangan nak mengada. Ibu yg tentukan. Kesian kat adik"
Faz syukur sgt bila ada ibu yg tlg back up kan. Ibu faz memang yg terbaik.

Tp itu bukan bermakna faz boleh teruskan tanpa berfikir walaupun ibu yg benarkan faz langkah bendul. Macam yg faz ckp, faz kalau boleh nak ikut urutan. Lagipun apa pulak org sekeliling akan cakap kalau faz mendahului dari akak faz. Memang la kte tak yah fikir apa yg org ckp. Tp faz kene jugk fikir nama baik ibu. Tak fasal fasal nama ibu pulak yg buruk nnti. Bende ni bukn boleh buat main. Jdi faz minta doakan yg terbaik utk faz sekeluarga ya.

Sekian..

12 Apr 2015

Aku pun tak faham member ni.

Aku tak tau la apa masalah member aku sorg ni kan. Tiba tiba muncul dah tu cakap
"Faz dah ade couple dah tak ingat kat kte lagi. Jgnkan nak ingat, nak cte, nak kenalkan kat kte pun tak. Mentang mentang la tgh hangat bercinta. Iya, mane la nak ingat kawan lagikan. Nak ajak lepak pun payah."
Eh. Lama ni aku ade couple aku cte kat kau pun kau tak amik tau bhai. Dah tu lama ni kau msg aku, tnye khabar aku pun tidak. Apa ke rabaknya aku nak cte kat kau aku bercinta ng sape. Lagipun sejak bile lak aku ade couple? Yes. Memang aku selama ni dok bercerita kat twitter, moment wechat yg aku jatuh cinta, tp tak semestinya aku bercouple ng org tu.

Eh.. sorry, emosi sat. Faz bukan apa, faz memang kurang faham ng member faz yg mcm ni. Selama ni takde lak die tanye kabar kte, tetibe kte dok mereput cte kte jatuh cinta. Dia mengata kte mcm mcm. Bukan aku kahwin senyap senyap pun. Ishh. Nak aku je jaga hati kau kan. Huhu. Lain kali aku report setiap aktiviti aku kat awak ye wahai kawan. Tak pun aku buat jadual harian aku. Jadi takde la kau terlepas cerita tak seberapa aku. Kan? Haha.

11 Apr 2015

Bercinta semula?

Perasaan ini? Ahhh. 3tahun aku tidak merasa. Muncul dirinya, membuatkan aku berada diawangan semula. Adakah ini dikatakan cinta? Umur bukan penghalang untuk aku menyayanginya. Aku memang kisah jika melibatkan umur. Tetapi setelah dinasihat oleh ibu dan kawan baik ku. Aku mula menerimanya.

Perkenalan kami seolah olah dirancang oleh kakak ku sendiri, membuatkan aku tidak tegar untuk melukakan hatinya. Sungguh sukar untuk aku membuka pintu hati ku kembali. Seseorang pernah berkata "Tidak salah jika engkau mencuba bercinta kembali. Mencuba menerimanya seadanya."

Sememangnya dia mempunyai ciri ciri yg ku cari. Penyabar, sering mengingatiku utk solat, prihatin, dan yg paling penting pilihan keluargaku.

Alhamdulillah, ibu juga merestui hubungan kami. Ibu juga lah yg memberi nasihat kepadaku utk menerimanya dalam hidupku. Ibu berkata "Jika tiba masa utk kamu pergi bersamanya, ibu relakan. Jarak bukan pemisah jika dia benar jodoh kamu. Umur bukan penghalang. Kerana ibu juga berkahwin muda. Dan Alhamdulillah ibu bahagia. Ibu juga berharap anak ibu seperti ibu juga"
Kerana ibu juga, aku sedia segala galanya. Aku berterima kasih atas nasihat org sekelilingku terutama ibu dan kawan baikku. In Sha Allah. Jika benar dia merupakan jodohku, aku akan menjaganya hingga ke jannah. In Sha Allah.