Jaga tepi kain org!

Assalamualaikum.

Tak sabar rasanya nak bercuti di KL. Nak jumpa kakak. Dah 7bulan tau tak jumpa. Penat pujuk akak belikan tiket, dapat gak. Faz berniat nak stay lama sikit dgn akak. Tp akak sibuk keje. Lagipun faz ni penakut orgnya jd stay kjap je la kat sana. Lama2 jauh dgn ibu kang rindu lak kan. Hehe.

Banyak yg nasihatkan faz spy berhati hati kat negeri org. Alaa. Bagi faz sama je la kat mane mane pun. Kalau tau jaga diri, In Sha Allah selamat. Kite kan ada Allah yg melindungi. Tak kira la kat mane, kalau Allah nak bagi ujian pun kte tak dpt nak elakkan. Jadi berdoa je la.

Satu je la yg faz tak puas hati, ada lagi manusia yg suka sgt jaga tepi kain org ni. Ada ke dok ckp faz g KL sebab nak foya foya. Pelempang kang. Kte jumpa akak kot. Nak foya lagu mana. Minat pun dok. Perghhh. Takpe la. Mulut org tak leh nak kasi tutup. Sabar je la. Yg penting niat faz ke sana tak menyimpang. Semoga hang dibagi petunjuk la hendaknya ye.

Sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah