Dua jenis tabung; Tabung dunia dan Tabung akhirat

Assalamualaikum,

Salam jumaat. Nak dijadikan cerita, hari tu Faz pergi hospital, sebab sakit mata. Tak tau kenape tetiba je mata bole bengkak. Terjumpa seorg kakak ni. Comel sgt sgt. Cara pemakaiannya cukup melambangkan akhlaknya. Kata org "don't judge a book by its cover." Kan? Jadi sebab terpegun dgn ciptaan Allah tu, Faz pun duduk la sebelah dia. Fuyoohhh. Senyuman kakak tu pun manis sgt. Baru je nak melabuhkan punggung ni kakak tu pun bagi salam.
"Assalamualaikum"
Tercenggang 5 saat sebelum menjawab salam. Mula la kakak tu bertanya nama dan blablabla. Bukan je cantik, tapi lemah lembut dan peramah orgnya. Kalau la Faz ada abg dah lama faz kenalkan dia dgn abg faz. Hehe. Sampai la satu topik tu yg membuatkan faz terfikir dgn nasihat dia. Walaupun baru kenal, tapi dia layan faz seolah olah macam adiknya sendiri.
"Faz tau tak, ada berapa tabung kita sebagai manusia?"
"Tabung? Tak tau. Faz tak guna tabung, faz simpan duit guna kad bank je kak."
"Haha. Bukan tu maksud akak. Takpe, akak explain"
Faz dah mula resah 'Alamak lama pulak nurse ni nak panggil nombor aku. Kang kene ceramah lak.' Faz ni dah la lemah bila someone dah buka muqadimmah dia.
"Nak dengar ke tak ni? Kalau tak akak tak cte." Mungkin akak perasan perubahan muka faz kot. Nak tak nak Faz..........
"Ehh. Mesti la nak. Bukan selalu pun dapat jumpa akak." Nahhh. Pandai aku. Hehe.
"Kat dunia ni, kte ada 2 tabung. Satu tabung di dunia. Satu tabung lak di akhirat. Tabung di dunia, seperti yg kte sedia maklum. Mestila tabung duit kan? Kalau kita bijak menabung, banyak la duit kte. Tapi bagaimana kalau kte malas nak menabung? Tabung akhirat lak merupakan tabung pahala dan dosa. Sama fungsi dengan tabubg dunia, kalau kita banyak mengumpulkan pahala, maka penuh la tabung pahala kte, begitu gak kalau sebaliknya. Cuba faz lihat sisi persamaan tabung dunia dan akhirat. Walaupun 5sen faz letak dalam tabung tu, masih gak terisi. Begitu gak kalau faz buat baik dalam sehari, walaupun hanya senyum dengan org. Tu pun dah dikira pahala tau. Faz fahamkan maksud akak?"
Sejujurnya, memang deep apa yg kakak tu cuba katakan. Mungkin dari cara faz, dia dapat perhati sikap faz.
"Faham kak. Thanks atas contoh dan nasihat tu. In Sha Allah faz akan ikut dan cuba perbaiki diri."
"Faz. Akak bukan maksudkan faz tau. Akak cuma bagi contoh je. Faz jgn lak terasa hati. Dari cara faz akak tau faz pemalu. Tapi dik, kalau kte niat dr hati nak sedekahkan senyuman kat org, org akan tau senyuman tu ikhlas atau tak. Jgn takut atau malu nak buat baik. Semua org mkn nasi dik."
Tergelak faz dgr celoteh akak ni. Baru kenal kot, tapi serious faz selesa dgn dia. Nasihat dia pun alhamdulillah faz terima dengan hati yg terbuka. Mungkin keikhlasan dia menegur, faz dapat rasa. Tempoh pengenalan yg singkat, akhirnya nombor faz dipanggil nurse, sebelum faz melangkah akak tu sempat tinggalkan no hp, mcm biasa, akak cakap dia tak nak pengenalan terhenti disitu, sebagai hamba Allah lebih elok kalau silaturahim sebagai saudara tetap terjalin. Tu yg dia cakap. Mungkin ada hikmah kenapa tiba tiba no faz lambat dipanggil nurse masa tu, padahal pesakit sikit je. Dengar2 rupanya ada emergency org sakit jantung.
Alhamdulillah. Syukur sgt dpt berkenalan dengan seorg hamba Allah, yg mampu menegur faz walaupun baru kenal faz.

Sekian.....

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah