Finally!!

Assalamualaikum,

Nampaknya apa yg aku takut takutkan akhirnya terjadi gak. Sedih memang sedih tapi nak wat camne itu dah pilihan dia. Mungkin kami tak ditakdirkan bersama.

Okay... Ctenya camni. Before ni faz ada minat kat sorg mamat ni. Minat yg camne ekk? Tak tau nak explain. Mungkin suka tengok muka dia serupa retis korea yg faz minat kot.
Yang ni. Kenal ke? Hehe. Ermm. Lee Jong Suk. Faz minat giler tengok lakonan dia. Paling faz suka tentang dia? Tu haa. Senyuman dia. Fuhhh. Cair. Tapi tu bukan pointnya. Faz akui faz minat mamat tu sebab retis ni. Nak kata muka dorg sebijik tu tak la, tapi ada la iras iras. 

Faz kenal dia kat insta tp faz tak follow pun dia, then tengok ada link twitter dia. jadi faz follow la twitter. Dia pun DM cakap thanks follow. Faz balasla. Lama kelamaan kteorg pun kawan. Bertukar phone number, lebih senang nak whatsapp 'Mohon jangan fikir aneh.' Hehe. Selalu dia yg msg faz, nak harapkan faz msg? Hampeh. Pemalu giler.

Nak kata dia baik tak gak, sebab mamat ni tak suka kalau faz dok puji dia baik, caring, sweet, cute, charming. Pelik kan? Kalau faz puji mesti dia marah faz. Tapi nak wat camne dah memang dia baik, takkan la faz nak cakap dia jahat kan? Nak tak nak kalau faz nak puji dia, puji dalam hati je la. Akui dia memang pendengar yg setia, dan pemberi nasihat yg sentap. Kalau dalam nasihat dia tak menyakit hati faz balik memang tak sah. tapi apa yg dia cakap memang betul :(. Memang untuk faz pun. Contoh, faz gaduh dgn adik, faz cte aa kat dia. Dia cakap " Alaaa. Sedar la diri awk tu dah tua. Dah nak masuk 21 pun, takkan ng adik pun tak leh nak mengalah. Jgn la macam budak budak." 
Kadang kadang tu sakit hati gak aa. Ingatkan dia nak sokong kita tp kta balik yg kena. Sabar je la. 


Tapi semenjak phone Faz hilang hari tu, kami da lost contact. Faz ada DM dia cakap phone faz hilang. Sampai tu je la kami contact. Hari tu buka dia punya twitter, mcm jiwang semacam je. Da berpunya kot. Hehe. Takpe, Faz doakan dia bahagia dengan pilihan dia. Faz lak focus apa yg faz nak buat. 

Faz bersyukur sgt dapat kenal dan berkawan dgn dia walaupun sekejap. Alhamdulillah. Okay la, nak sambung balik tonton cte Doctor Stranger ni. In Sha Allah, nanti sambung cte balik. Assalamualaikum.
Sekian.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah