Aku tak ingat...

Assalamualaikum..

Tak tau kenapa hari makin hari memori hidup aku semakin menghilang.  Sekarang aku semakin jarang untuk bercerita di dlm blog. Setiap kali aku cuba flash back kenangan yg terjadi dlm hidup aku utk dijadikan cerita, aku gagal. Semua umpama tinggal kenangan, tiada satu pun aku ingat. Malah kenangan bersama sahabat, bekas kekasih, keluarga, member, tiada satu pun aku ingat.

Kenapa? Kenapa?

Skemanya ayat faz. Hehe. Sebenarnya takde apa yg nak dirisaukan. Kecewa tu memey ada la kan. Tapi bila faz fikir balik, mungkin ada hikmah kenapa faz jadi pelupa tahap tak tau mcm mane nak cakap. Apa yg dpt faz buat skarang hanya mampu berdoa agar dikembalikan kenangan dan memori indah bersama keluarga dan sahabat.

Faz perasan yg faz mula tak ingat, setiap kali faz buka blog dan mula nak bercerita. Sampai ada satu saat tu, faz paksa diri untuk bercerita hal someone, faz sampai menangis sebab memang tak dapat nak ingat. Nama dia pun faz boleh lupa. Sedangkan dia org yg terpenting dalam hidup faz.

Mula ingat perkara biasa, sebab number telephone sendiri pun faz tak ingat,mana nak ingat benda yg lebih kurang remeh,  kenangan lama. Tapi lama kelamaan perasaan risau tu, tak dapat nak dibendung lagi..

Setakat ni, takde siapa pun yg tau. Nak bagitau family, takut lak korg risau lebih kan. Nak bagi tau member, takut dorg ckp perkara biasa. Jadi sekarang apa yg faz dapat buat hanya berdoa. Berdoa agar dikembalikan memori hidup faz semula.

Apa yg paling faz sedih sangat sangat, faz tak ingat satu pun kenangan arwah ayah. Faz hanya bergantung dengan kisah kisah yg faz tulis dalam blog tentang beliau. Nasib baik ingat yg diri ini pernah menceritakan tentang beliau.

Faz mohon doakan faz ye.

Sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah