Posts

Showing posts from June, 2014

Ku sedari

Ya Allah S.W.T  jauhnya diriku dari diriMu. Kerdilnya diriku disisiMu. Betapa jauh aku terpesong dari landasanMu. Ya Allah S.W.T masih layakkah aku begelar hambaMu? Masih layakkah aku bergelar Islam? Aku lupa kewajiban bergelar islam. Aku lupa bersyukur atas nikmat yang Kau berikan. \ Ya Allah S.W.T berikan aku taufik hidayahMu Ya Allah. Betapa aku menyesali segala perbuatanku. Betapa aku ingin kembali ke Islam sebenar benarnya Islam. Betapa aku ingin ke syurgaMu seperti pejuang pejuang Islam. Betapa aku ingin berjihad ke jalanMu. Ya Allah S.W.T kau hadirlah hambaMu yang dapat membantuku. Supaya aku sentiasa beringat denganMU. MenyayangiMu lebih dari segalanya di BumiMu. Membimbingku besama dengannya di syurgaMu. "Lahumul  bushraa filhayaatiddunya wafil aakhirati la tabdiila likalimaatillahi dzaalika huwal fauzal’azim.”