Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

10 Nov 2014

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Assalamualaikum,

Seronoknya masa cuti. Boleh habiskan masa utk diri sendiri. Salah satu hobi faz time cuti selain blogwalking dan blogging, faz  suka menyanyi tapi suara tu memang tak sedap la(suara katak). Tak yah dicakap. Hehe. Jadi ni faz nak cte hal faz temui lagu ni dan terjatuh tergolek cinta kat lagu ni. Pernah dengar tak Terbang tunduk by Fynn Jamal? Tau??? Hehe. Elok la kalau tau, sebenarnya faz baru tau kewujudan lagu tu semalam. Pernah dengar la lagu tu before ni. Tapi biasa la pendengarkan, macam macam ragam.



Dulu dengar kat radio, kan suara Fynn Jamal ni serak, lirik dia pun agak sukar utk difahami sedikit. Jadi bila faz dengar je lagu ni kan radio "Ishh, apa lagu ni merapu, dengan suara serak bagai.." Terus tukar radio lain. Tu la faz bila dengar lagu yg bingit. Hope peminat Fynn Jamal tak marah k?

Nak cte camne mula jatuh cinta kat lagu ni lak. Semalam tengah faz temankan ibu faz kat office. Masa tu memang faz benggang sangat kat hamba Allah ni yg sgt mementingkan diri sendiri. Tak yah nak cte sgt la k. Sebab mood tak elok, faz pun p la layan youtube. Buka cover org(Cam biasa la org yg faz minat). Terjumpa laaa dia bawa lagu ni live. Hayati giler lirik dia. Cari punya cari. Dush dushhhhhh.. Lagu Fynn Jamal rupanya. Alamak. Baru tau. Jadi faz cari la music video serta lirik dia. Memang meremang bulu roma gua bai. Sampai ke hati. 'Minat lagu ni bukan sebab org yg nyanyikan cover lagu ni k?' Makna lagu ni memang #deep sgt. Sejak dari semalam sampai laa ni. Lagu tu masih melekat di minda faz. Banyak sangat maksud tersirat. Bagai mengingati kita sebagai manusia utk jgn berasa diri tinggi. Faz pendek, memang ar tak pernah rasa tinggi. Errr. Maksud lagu ni, jgn pernah lupa diri walaupun da berjaya or da ada pangkat.

#feromusic #fairuladzreen #akhirnafasku
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.


Memang kene sgt lirik ini utk kita sebagai manusia termasuk peringatan kat faz sendiri. Walaupun suatu hari nanti In Sha Allah kalau faz akan berjadi seorg insan yg berkerjaya, Amin. Faz harap, faz takkan lupa diri dan sentiasa menjadi seorang yg rendah diri, dan menjadi diri sendiri. Tak kira la apa orang nak cakap hal kita. Org nak caci ke maki ke puji ke. Asalkan dorg bahagia. tapi ingatla Allah Maha Adil. Eh.. Ada kene mengena ke dgn lirik ni? Haha.

Faz teringin nak buat cover lagu ni, tapi suara tak berapa baik 'Ni bukan alasan ok' Sebab sibuk online, nahh. Lupa minum air, jadi suara pun makin hilang. Huhu. Faz da sertakan Vid terbang tunduk by Fynn Jamal dan Vid cover dia. Jadi dengarkan~ Penat tau faz cari ' Eceh, mengada, padahal taip nama lagu je pun' Hehe.


Untuk itu, dengan rasminya Faz minat lagu ni. Alhamdulillah. Hehe.
Sekian....




2 comments:

  1. Dengan rasminya??? Ada acara potong reben ka?? Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mohon Abg jemi buat event khas utk acara potong reben k?

      Delete