Kenapa mesti ada ilmu? Pesan Boss ku

Assalamualaikum,

Hari ini rasanya faz teringin nak share sikit  nasihat yang pernah boss faz kongsikan. Boss faz yg faz cakap garang tu, sebenarnya takde la garang mane pun. Dia baik sebenarnya, cuma cara percakapan, dan mukanya yg garang tu buat org sering salah anggap kat dia, termasuk faz. Hehe. Sekarang alhamdulillah hubungan kami di office semakin baik. Faz pun dah selesa dengan dia, cuma perlu lebih berinteraksi dan komunikasi dengan dia.

Faz bersyukur dan beruntung dipertemukan seorg boss yg prihatin dan tidak lokek ilmu. Pertama sekali faz masuk sini, boss sering berpesan, " Walau pandai macam mane pun awak, bijak mane pun awak masa kolej, tapi sy tak pandang semua tu. Di alam pekerjaan, apa yg sy pandang cuma attitude, keberanian awak untuk belajar benda baru. Sebab tu ilmu itu penting, tak kira apa pangkat awak, kalau awak ada ilmu, orang akan hormat awak. Even kalau pangkat awak cuma seorg pekerja biasa kalau awak ada ilmu, awak takkan takut untuk bersuara. Justeru, keyakinan pada diri awak akan meningkat. Takde la awak takut takut nak tanya lagi."

" Setiap pekerjaan yang kita buat, mesti berlandaskan agama islam. Mesti berdasarkan Allah. Kerana Dia kita lakukan pekerjaan ini. Supaya mendapat keredhaan Allah. Sy tak kisah kalau org tak suka sy, Sy tak kisah org menguttk sy dari belakang. Sebab sy bekerja bukan nak minta pujian dari manusia tetapi sy bekerja kerana Allah."

Terkedu faz. Ouch sgt. Sungguh berdosanya diri ini kerana mengata dia dari belakang :'(
Sekarang faz cuba memperbaiki diri dan mengikut segala nasihat dia beri. Alhamdulillah, belum terlewat untuk faz memperbaiki semuanya kembali. Sebenarnya banyak lagi nasihat yg pernah boss bagi. In Sha Allah faz akan cuba ingatkan dan update dari masa ke semasa.

p/s: Lebih kurang camtu la nasihat dia. Mungkin ada pertukaran dialog sedikit. Sebab faz tak dapat ingatkan exactly yg dia cakap. Bahasa agak kasar, tetapi boss faz memang terbaik (y)

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah