Kesakitan Si Isteri

Assalamualaikum,

Idea entry faz kali ini dibagi sepenuhnya oleh rakan kolej yg kini merangkap rakan sepejabat dengan Faz. Tengah faz pusing nak fikirkan untuk entry seterusnya. Dia cakap "apa kata kalau faz buat entry mengenai suami isteri pulak. Okay, I bagi situasi. Kalaulah si suami faham kesakitan yg dialami oleh si isteri ketika bersalin, si suami mesti takkan menyakiti hati si isteri. Pandai pandai faz la cari apa yg tersirat."  Jujur, faz tak berani sebenarnya, sebab faz belum berkahwin tetapi kali ni faz akan mencabar diri faz untuk cuba mendalami apa yg dia cuba sampaikan. In Sha Allah. Pertama sekali faz ingin memohon maaf jika cerita faz menyinggung sesetengah pihak. Harap dimaafkan ^^

Di awal perkahwinan semuanya indah indah belaka. Buat apa pun tak menjadi masalah. Pergi pejabat bayangan Ana, isteri yg dinikahi seminggu yg lalu bermain difikiran Am. Kata org tua dulu dulu, jauh dimata dekat dihati. Renggang sedikit pun menjadi kegelisahan di hati. Ikrar janji setia sentiasa membasahi bibir Am sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Am dan Ana sering diuji pelbagai cabaran dan dugaan.

Genap 5 tahun pernikahan Am dan Ana. Mereka belum dikurniakan zuriat. Am semakin resah dihujani pelbagai soalan oleh kedua dua belah pihak keluarga. Sehingga Am dan Ana dipaksa untuk melakukan ujian di hospital. Ana disahkan mempunyai masalah untuk mempunyai zuriat dan peluang untuk melahirkan anak amat tipis. Menerima berita tersebut Am menjadi semakin stress. Bagaimana dia mau menghadapi keluarganya yg mengharapkan zuriat dari mereka. Sanggupkah dia menghancurkan harapan ibu dan ayahnya yg ingin menimang cucu, kerana Am satu satunya anak tunggal harapan ibu dan ayah.

Hari demi hari sikap Am semakin berubah. Layanan Am terhadap Ana juga tidak seindah seperti diawal perkahwinan mereka. Ana khuatir cinta Am dengannya akan pudar dan berbelah bagi. Sepatah yg ditanya, sepatah yg dijawab. Begitula hari hari Ana dan Am. Kurang kata kata indah. Kurang berkomunikasi sesama sendiri. Ketakutan Ana menjadi kenyataan apabila Ana terjumpa Am dengan seorang wanita yg penuh gaya keluar makan. Sikap Am dengan wanita tersebut juga begitu mesra. Betapa peritnya untuk Ana menerima kebenaran yg dilihatnya.

Namun Ana masih melayan Am seperti biasa dan tidak meminta untuk penjelasan apa yg dilihatnya. Ana tidak kuat untuk mengetahui kebenaran yg terjadi. Ketika Am cuba merapatinya, Ana semakin pitam dan terbaring. Am membawakan Ana ke hospital. Ana disahkan mengandung tetapi kandungan Ana ditahap yg boleh menyebabkan salah satu nyawa mungkin akan pergi jika tidak dijaga dengan betul. Dalam menerima berita gembira terselit kerisauan yg melanda di hati Am.

11 Januari 2013, Ana selamat melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Cintayana. Am menangis kegembiraan dan kesedihan bila melihat sendiri keperitan dan kesakitan Ana ketika berperang dengan nyawa sendiri untuk menghadiahkan dia zuriat. Am membisikkan di telinga Ana "Terima Kasih sayang untuk segala pengorbananmu". Ana membalas sambil tersenyum
 "Ana tidak pernah berhenti berdoa sejak dari awal perkahwinan kita supaya Allah menghadiahkan kita seorang anak walaupun Ana tau betapa bahayanya nyawa Ana jika Ana mengandung. Tetapi syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah membantu dan mendengar doa Ana. Betapa Ana takut jika berkongsi kasih dengan wanita lain. Betapa Ana tidak kuat jika kasih sayang dan cinta abg berpaling tadah. Betapa Ana amat menyintai abg dan menerima segala kekurangan abg kerana Allah. Ana redha dengan setiap dugaan yg Allah berikan dan Ana berjanji akan sentiasa mencintai abg hingga titisan nafas terakhir Ana. Sungguh Ana sayang Abg dan Anak kita kerana Allah." Am menangis dan mengucup dahi Ana dan memanjat kesyukuran kehadrat Allah kerana dikurniakan seorang isteri yg taat kepada suami.


-TAMAT-


Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah