Suasana tempat kerja(Pratikal)

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menahan hati nak post blog, akhirnya faz berjaya curi sedikit masa utk menulis semula. Maklum la da start pratikal ni, memang agak penat sikit. Faz tak biasa dengan suasana alam pekerjaan, bila dah masuk dunia baharu memang agak janggal. Hari pertama dan kedua tu busy sgt sebab boss bagi kerja dan kene siap on time. Dah 2 malam tu jugak faz tidur pukul 1 - 2 pagi sebab nak siapkan keje. Boss cakap kalau keje yg faz amik ni mungkin masa rehat kami terganggu dan terhad. Contoh sabtu ahad pun kene keje jugak. Kami mungkin akan travel ke kawasan pendalaman dan agak jauh dari Kuching. Keje ni pun agak mencabar, menjaga kawasan yg selalu berlaku kecurian cable. Nak tak nak kene turun padang berurusan dgn pihak polis, penduduk kpg and so on.

Mulanya faz hairan gak dengan tempat faz pratikal ni. Sebab kawan2 faz pratikal before ni, takde la sebusy faz. Takde sampai travel kat mane2. Kenapa masa kwn faz pratikal, waktu rehat dorg tak diganggu, kenapa bila time faz mesti waktu rehat faz diganggu. Betul ke ni tempat pratikal? Tu la persoalan yg asyik bermain diminda. Tapi bila faz fikir fikirkan balik, mungkin ini satu cara utk faz menghadapi pengalaman baharu. Mungkin Allah nak uji tahap kematangan faz. Mula memang susah.
Lama kelamaan faz sayang gak dengan tempat faz pratikal ni."Sebenarnya Faz redha je dgn keje ni" Bahagian keje yg faz dan kwn faz amik agak private sikit. Sebab dalam office faz, cuma ada 4 org bos dlm bilik dorang sendiri, dan kat luar bilik dorg cuma ada faz dan kwn faz je. Pekerja lain memang takde. Kadang2 faz dan kawan la yg jadi P.A boss. Diakui dalam office memang agak aman. Takyah dengar gossip2 org, dan nak buat keje pun selesa.

Orang2 kat tempat faz keje termasuk boss2 faz layan faz dgn kwn faz memang baik. Best sangat. Tapi tak tau la lama2 nantikan. Keje mana takde masalah dgn org, mungkin sbb faz dan kwn faz masih baru, jadi masih tak tau sikap dan hati budi org mcm mane. Lagipun faz bukan pandai tengok org dari perkenalan pertama. Susah la nak agak org tu baik ke tidak. Apa yg penting, think positive. Faz dtg sana nak menimba ilmu, hope semuanya berjalan dengan lancar sampai habis tempoh pratikal.

Fuhh.. Esok cuti...... Hehe, advance awal cuti Maal Hijrah. Jadi disini faz nak ucapkan Salam Maal Hijrah bagi penganut Agama Islam dan  Happy holiday buat yg bukan beragama islam. Errr. tu je kot utk kali ni. Sebab penat sgt tak cukup rest. Jadi nak amik kesempatan rest lama2 esok. Hehe. Selamat Bekerja korg ^_^ Sekiann....

Comments

  1. sangat berbeza dunia bekerja dengan dunia study..
    Takpe lama2 nnt ok la tue..
    Good luck dear.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah