Fairul Adzreen - Fero

Assalamualaikum,

             Hari ni faz nak cte hal seorang penyanyi, iaitu Fairul Adzreen a.k.a Fero. Sebenarnya time faz cte hal lagu dia dulu, faz nak cte serba sedikit hal dia, tapi faz malu. Ye la. Dia mana kenal kite, apesal kite dok cte hal dia kan. Kihkih. Jadi Faz amik keputusan nak cte lagu dia je masa tu. Akhir nafasku. Dah dengar tak???  Lau belum, pergi dengar dulu baru sambung baca k? Alhamdulillah, secara tak disengajakan, Faz dah dapat permission dari tuan empunya badan nak cte hal dia. Jadi Blog faz kali ni memang berkenaan dengan dia je la. Kalau ada auta tu mintak maaf awal2 k. Kalau "anda" bosan, blh scroll terus sampai bawah takpun takyah baca.

              First kenal Fero melalui instagram, time tu tak tau camne blh tergerak hati nak view dia punya IG. Pandangan pertama? "Handsome gak mamat ni ekk, tapi kurus gilerr. Ahh. Lantak dia lah" Jadi Faz tak buka lgi dia punya IG. hehe. Tu first time tau kewujudan mamat ni. Faz minat giler bukak youtube dan cari cover org kan, jadi search punya search terjumpa lagi muka mamat ni buat cover lagu Masih mencintai. Faz nak cari Encik mimpi punya, tapi muka mamat ni lagi yang keluar. Nak tak nak tengok je la. Pandangan Kedua? " Kau lagi~ tapi tak pe sedap gak suara mamat ni, Cair la~ Untung dia, dahla muda (masa tu faz ingat dia sama umur faz 20), Handsome, Pandai main gitar, Pandai nyanyi lak tu."

              Jadi faz pun subscribe la dia. Banyak video cover dia Faz comment, like, comment, like. Masa tu gak Faz dengar lagu dia sendiri, dan menangis. Haha. Lawak la time tu. Sebab minat giler kat lagu dia, Baru Faz follow IG dia, twitter, facebook, blog, soundcloud & wechat. KahKah. Tapi selepas EM la. Dia orang kedua kot faz minat. Sebab, kalau faz search je EM mesti nama dia keluar gak.. Jadi terlampau suka kan dia, Faz tnya la dia dlm wechat, dia masih ada album tak? Dia cakap ada. Faz dah pasang niat nak beli, dah tu kakak Faz ckp, kalau nak beli pilih antara nak album dia ke album EM. Nak tak nak kene la pilih EM. Huhu. Sedih sangat, sebab faz tak reti bank in duit, yg uruskan tu kakak faz. Kene la ikut cakap dia. Kalau tak, dua dua disc melepas.. 

                  Jadi time dah dapat disc EM, dan menang g launching album dia. Faz berdoa sangat dapat jumpa Fero area KL. Tapi sedih Fero time tu kat Penang. Sampai nak balik Kuching pun Faz tak jumpa lagi mamat ni. Takpe la bukan rezeki. Kahkah. Lagipun Album dia pun faz belum dapatkan. 

                 Masa Yuhanis beraya dengan Faz, time tu baru dengan rasminya faz cakap yang faz minat kat Fero. Korg mesti fikir kami cte hal EM kan, kahkah. Sebab EM tu misteri jadi faz taknak la amik tau sgt hal dia, Bagi faz, faz sokong dan minat kat dia dah cukup sebagai dreemers. Banyak gak la faz tau hal fero ni dari Hanis. Hanis untung sgt sebab dpt kenal fero dgn lbh dekat, fero dok hantar lagu kat hanis, bergamba dengan Hanis. Ahhhh. Bestnyaaaaaaaa~ Thanks kat hanis sebab share lagu yg fero hantarkan dan cte hal fero kat faz. Tak sangka fero memang baik. Kalau dia jadi artis pun, Faz akan tetap sokong fero walaupun sekarang ramai yang minat dan sokong dia. 

               Faz ada gak mintak pandangan orang tentang fero ni. Ada yg ckp fero handsome tapi muda, nampak macam belasan dan baru masuk puluhan, Tapi bila faz cakap umur dia dah 28 semua tak percaya, faz sendiri pun tak percaya. Awet muda la Fero ni. 

p/s: Jadi dengan rasminya, hajat nak tulis hal Fero sudah tercapai, nak cover lagu dia lagi. Tapi oleh kerana suara tak sedap, tak yah je la. Kahkah.. Goodluck Fero. Always support awak sampai bila bila. Stay comel & Pacak..

Akhir sekali, dengarkan cover selamaku bernafas dari Fero. Credit to Hanis sebab hantarkan :)
Sekian..................



Tak reti nak edit vid guna phone jadi nampak cincai sikit arr.. Sorry..

SNS Fero:
Twitter/Instagram/WeChat/Keek: @fairuladzreen
                 

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah