Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

18 Oct 2014

Boulevard Kuching Sarawak

Assalamualaikum,

Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi mimpi. Wah wahh.. Merdu sungguh nyanyian Hafiz dan Datuk Rossa. Tengok? Dari lagu pun boleh dapatkan ilham. Untuk mendapatkan ilham yg berbeza dari sebelum ni, entry faz kali ni akan memperkenalkan beberapa buah kedai yg ada di Boulevard Kuching Sarawak. Jika ada kesempatan melawat Kuching sila sila la singgah di sini.
Trio: Kedai yg amat menarik perhatian dengan menjual pelbagai baju dan seluar yg berbagai warna. Harganya juga tidak terlalu mahal. Berbaloi dengan apa yg di jual. Anda pasti akan berpuas hati.

Brands Outfit:Merupakan persaing besar utk trio dan kedainya hanya berdepan dengan kedai Trio. Kedai ini merupakan kedai kegemaran adik faz, Abob sebab kualiti baju dan seluarnya yg membuatkan para remaja berpuas hati dan harganya juga berbaloi.

SHINS: Kalau tak silap faz kedai ini menjual alatan make up. Semestinya kedai yg amat digemari kaun hawa. Walaupun Faz tidak berminat untuk membeli make up. Tapi tempatnya yg terbuka dan strategik, mudah untuk dicari membuatkan faz selalu pergi ke sini. Sekadar untuk melawat. Hihi.

Footin: Merupakan kedai yg menjual kasut utk para remaja. Rekaan kasut yg amat simple dan tidak terlalu fancy. Sesuai utk seseorg yg berperwatakan cool dan steady. Harganya pula boleh tahan (y)

Hallmark:Ini merupakan kedai yg paling faz suka. Kedai menjual patung dan hadiah yg comel. Kedai nya kecil tetapi kemas, padan dan merambangkan mata.  Kalau faz di ajak ke kedai ini, tidur sini pun faz sanggup. Terbaikk!!

ELITE PROSPORT: Sesuai utk permain basketball. Corak dan hiasan kedai yg begitu menarik perhatian pengunjung. Konsep yg unik dan jarang ditemui di Kuching. Faz yg asal dari kuching pun terkejut dengan kemunculan kedai ini. Entah bila dia dilahirkan. Faz pun tak tau :o

SOS: Juga merupakan kedai kasut. Kebanyakkan kasut direka khas utk sesiapa yg bekerja dan harga tidak terlalu mahal untuk dimiliki.

DAISO: Akhir sekali, memperkenalkan kedai yg sesat datang khas dari Jepun. Kihkih. Faz gelar kedai ini kedai RM 5. Semua harganya RM5. Tidak kira barang besar dan kecik. Pembeli tidak akan pernah merasa rugi membeli disini. Kedainya juga sangat besar. Barangan dalam yg begitu menarik. Walaupun harganya murah tetapi kualiti barangnya amat bermutu tinggi. Tau aja la kalau datang dari Jepun.



Ini sahaja yg sempat faz terokai. Disebabkan kedainya yang terlalu lalu banyak ditambah pula kaki faz yg secondhand. Berjalan sedikit sudah penat bagai berlari 10KM, Jadi tidak sempat untuk pergi ke kedai kedai lain. Begitu banyak lagi sebenarnya kategori kedai disini. In Sha Allah, di masa yg lapang nanti, Faz akan sambung meneroka setiap kedai yg berada disini. Dan untuk mengakhiri entri kali ini, dengarkan lagu Salahkah nyanyian Hafiz dan Datuk Rossa. Semoga terhibur.


 Sekian :)

2 comments:

  1. blogwalking . jangan lupa singgah :) http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete