Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

27 Oct 2014

Aku perlu yakin pada diri!!

Assalamualaikum,

Hari ni faz tak rasa nak kongsi pendapat or buat cerita lain. Izinkan faz utk meluah perasaan ya. Korg pun tau kan faz da mula pratikal. Sebenarnya faz belum biasa dengan suasana baru ni walaupun sudah lebih seminggu. Boss faz sering pesan kerja bukan benda yg main2, ia melibatkan pelbagai pihak, kalau salah maklumat yg kta beri, maka semua pihak akan susah. Sebelum ni faz buat kerja semua sambil lewa, semua main main. Bila boss faz sudah bilang begitu, membuatkan faz terfikir mampukah faz melakukan kerja yg diamanahkan. Mampukah faz menghadapi masalah yg akan dtg.

Setiap kali dibagi tugas, faz akan rasa faz lemah, tidak kuat. faz akan tanya pada diri, "Dapatkah aku?" Baru sebentar tadi, faz menangis kerana rasa diri ini tidak mampu melakukan tugasan yg di beri. Faz tau Allah tidak akan menduga hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu, tetapi faz belum sedia menggalas tanggungjawab yg besar.

Ya, faz masih boleh tersenyum, ketawa. Tetapi jauh disudut hati faz, menangis mengenangkan diri yg masih belum sedia utk melangkah lebih jauh. Faz tidak tau kenapa faz tidak dapat berfikiran lebih jauh, lebih matang. Faz tidak tau kenapa faz harus takut sebelum mencuba. Apa yg dinasihat boss faz, semuanya benar. Membuatkan faz terfikir dgn sikap faz yg penakut, cuak utk berhadapan dgn org, takut menghadapi masalah.

Faz ingin berubah, berfikiran luar dari kotak, bersedia dari segi mental, jadi seorg yg matang. Faz harus memulakannya, faz perlukan semangat sokongan dan nasihat. In Sha Allah. Faz akan cuba. Cuba utk berjaya. Faz perlu yakin pada diri sendiri. Faz boleh buat. Faz boleh buat. Faz boleh buat!!!!! Faz tidak akan berputus asa. Faz akan belajar dari kesilapan. Faz akan yakin dan percaya faz boleh buat. #prayforFaz.

Sekian..........




26 Oct 2014

Bawa haluan sendiri.

Assalamualaikum,

Tak tau kenapa faz rasa nak menjauhkan diri dari semua org. Tak tau kenapa perasaan itu kuat sgt dalam diri faz. Maksud faz, okay jujur. Faz rasa sangat humble, diri ini tak di hargai and so on.Boleh tak lepas ni faz bawa haluan faz sendiri je? Takyah dah sibuk hal sekeliling.

Faz tau faz kejam sebab cakap camtu. Tapi faz dok perhati, faz ada ke faz takde ke, sama je. Takde org yg hiraukan kehadiran faz. Mungkin faz tak pandai nak bergaul dgn org, kasi org nampak " Hey guys, faz here.blablabla" tapi perlu ke setiap masa faz nak buat camtu?

Faz penat la. Penat jaga hati semua org. Penat nak jadi apa yg korg nak faz jadi. Pergi kandang lembu ikut sama mengembu. Padahal diri ini cuma seekor itik. Faham tak apa yg faz rasa?

Sekarang ni pun faz susah nak percaya kat sesiapa, tempat faz meluah pun cuma kakak shidah dgn blog je. Nak cte kat org? Entah la. Kehadiran faz lagi org tak nampak, inikan pula nak bercerita dgn org kan.

Jadi Faz buat keputusan nak ikut flow faz je lepas ni. Senang ke susah ke, "Biar aku seorg tanggung. Asalkan Allah is with me. Aku selamat"

Menangis? Yesss. Faz dah puas menangis. Now, faz kene tabah. Tabah demi keluarga yg perlukan faz.

Sekian........

25 Oct 2014

Buka buku baru? Dapatkah aku?

Assalamualaikum,

Hurm. Mungkin senangkan faz cakap kat org "Hei, korg mula la hidup baru"
"Oiii. Lupa la cte lama tu, yg sudah tu sudah la jgn dikenang"
" Ahhh. Buka je buku baru kan senang"
Hehehe. Tu la yg selalu faz sebut dan baru kat entry tadi tu faz sebut buka buku barukan.
Baru Faz sedar, bukan mudah nak buka buku baru. Bukan senang nak lupakan kisah lama. Bukan senang nak tutup dan buka sejarah hidup. Kalau sekadar buku yg dibaca boleh disimpan. Memang senang tapi buku hidup. Huhu... Faz cakap je pandai. Tapi sendiri nak buat...... Contoh je cte hal sahabat faz. Tu memang paling susah faz nak lupa. Makin faz niat nak lupa, makin segar dia di ingatan. Faz pun tak tau kenapa sejak dua menjak ni faz asyik nak fikirkan dia. Ya Allah. Dah lama kot kisah kami. Persahabatan kami terhenti. Tapi kenapa mesti sekarang faz nak ingatkan kembali. Faz dah cuba lupakan. tapi hurmmm. Kalau nak cakap faz ni cakap tak serupa bikin. Sila laaa.. Faz benarkan.

Pernah gak faz minta pelik pelik sebab nak lupakan dia.. Biasalakan. "Kenapa la aku tak lupa ingatan macam dalam cerita kan senang" Hehe. Tu la selalu faz cakap. Bila ada yg tegur faz, "Kau tau tak kata kata tu satu doa, kang Allah bagi betul2 lupa ingatan kang, padan muka hang" Tu la yg slalu faz dgr feedback kwn2 faz.

Faz dah cuba macam2 dah, tapi result masih sama.  Puas faz busykan diri. Namun bila dah free, ingatkan dia balik. Huhu. "Kenapa la aku ego sgt dulu"
"Cuba la aku balas msg dia dulu"
"Cubala aku mudah maafkan dia"

Cuba cuba cuba tapi nak putarkan masa? Jangan Harap. So, Nasihat faz. Jangan jadi macam faz. Menyesal kemudian tak berguna. Jadi conclusionnya. Faz tak dapat buka buku baru.. Tapi faz akan terus cuba, cuba apa?? Faz pun tak tau..

Sekian...

Ucapan Salam Maal Hijrah.

Assalamualaikum,

Masih sempatkan kalau nak wish maal hijrah? Jadi dikesempatan ini, Faz ingin mengucapkan Salam maal hijrah untuk saudara sesama islam yg menyambut. Eh? Ada ke org sambut? Hehe. Takpe takpe yg penting hati kita bersih di tahun baru ini. Haaa. Apa lagi korg, mula la buka buku baru dan tutup buku lama k?

Faz nak bagi ucapan sikit la.... Hehe. Kalau tak nak baca, mohon tak yah scroll sampai bawah.

Untuk org yg kenali Faz dan rapat dengan Faz:
Pertama sekali, faz nak mintak maaf kat sesiapa yg faz pernah mengumpat secara sengaja atau tak sengaja. Faz mintak maaf kalau terkasar bahasa, tindakan atau apa2 yg boleh buat korg sakit hati dan tak suka kat perangai faz. Terutama sekali ibu. Ibu maafkan faz kalau buat ibu kecil hati dgn faz. Faz tau semakin faz membesar, faz banyak buat ibu sakit hati. Bu, Faz tak dapat nak janji dan tak nak janji. Sebab faz takut tak dapat nak tunaikan or tak sempat nak tunaikan. Tapi faz akan cuba sedaya upaya untuk menyenangkan ibu kelak. Ibu ikhlas dari hati faz sayang sgt kat ibu. errrr... tapi faz malu nak luahkan kat ibu. Takpe ahhh... Nextttt, Kak Apon a.k.a Shidah. Kak..... Faz syg akak tau. Ingat tu. Walau kat mane pun akak berada faz akan selalu dgn akak. Kat ne? Kat hati.... hehe.. Percaya la...Faz akan berada disamping akak tak kira susah or senang, Thanks sebab jadi kakak yg baik dan bertanggungjawab. Faz akan cuba jadi adik yg setia mendengar setiap masalah akak, walaupun masalah sebesar semut. Nak cta sikit, Kakak faz ni lain sikit tau, walaupun jauh, dia sanggup call faz kalau masalah dia cuma takutkan kucing. Haaa itu contoh je. Tapi memang dia akan kol faz kalau ada masalah. Kadang kadang kalau faz rajin nak kira, dalam sehari paling banyak 15 kali dia call. Dan sekali kol 45minit kteorg bercakap. Bayangkan~ Mane tau?? Hp sekarangkan makin canggih, tengok je la kat call log. Haha. Akak Shidah. Faz syg akak k? Ok bai.. Adik?? Errr. tak yah kot, nak mintak maaf pun, esok subuh2 confirm bertekak balik. Baik tak yah.. Huhu.

Now, Kawan kawan, sahabat and so on. Korg. Faz mintak maaf k? Kalau ada buat salah. Faz sayang korg. K? Tu je.. Hahahaha. Nanti ah faz msg sorg2 ckp. Tapi tak janji..

Awak.. Errr, Awakk. Yg pernah menjadi sahabat faz. Ye. Awak.. Faz pernah cerita hal awak. Dah berapa kali dah. Walaupun tak mention. Tapi tu memang khas utk awak.. Jadi ucapan ni pun utk awak.
Faz nak mnta maaf wak sebab slalu susahkan awk dgr masalah faz dulu. Thanks sebab pernah jadi someone special dalam hidup faz, maksud faz, sahabat susah senang faz. Faz tak dapat lupakan awk walaupun dah temui kawan baru. Awak lain sgt, Mungkin ada yg pernah ckp, Allah akan hadirkan seseorg yg lbh baik dr sebelum ni, tapi faz harap sgt diketemukan dgn awak kembali. Dulu faz ego tak nak balas msg awak. Ye faz salah. Faz ingat awk takkan tukar num, Tapi bila faz yg tukar num phone, tipu cakap faz tak cuba contact awk balik kan? Tapi num awak tak deli, dan takde dlm perkhidmatan. :'( Mungkin dah takdir kita camni. Mungkin setakat tu je kita berkawan. Mungkin Mungkin Mungkin. Hanya Allah yg tau tersurat dan tersirat.

Jadi azam baru:
Azam faz tahun ni. Ahhh. Mesti la korg dah agak kan. Tapi faz tetap gak nak bagi tau.
1.) Faz harap dapat melihat BINTANG Ciptaan Allah. Amin.
2.) Faz nak gembirakan Ibu dan keluarga.
3.) Berubah kearah kebaikan. InShaAllah menuju ke jalan Allah. InShaAllah. Amin.
4.) Faz nak kurangkan fikir kebahagian dunia dan hal dunia. Dan focus ke akhirat. Amin.
6.) Harap org maafkan faz.....
5.) Dan Lain Lain.......( Tak dapat dinyatakan kerana personal) Hehe.

p/s: Mulakan Niat kerana Allah. InShaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar dan takkan henti dipersimpangan jalan. InShaAllah. Amin......

Sekian...




24 Oct 2014

Aku ingin melihat Bintang

Assalamualaikum,

Hai semua, ready tak utk malam ni? Ada apa malam ni. Faz nak ajak korang tengok bintang sama sama dengan faz. Faz teringin sgt nak melihat bintang. Percaya tak kalau faz cakap yg faz tak pernah melihat bintang seumur hidup?
Kalau bintang buatan manusia tu memang hari2 faz lihat, tp bintang ciptaan Allah belum pernah lagi.

Faz ada masalah mata. Dah berapa kali g check doktor sebab sakit mata. Kalau pening2 ke mesti effect kat mata. Mulanya ingat benda biasa je, dah makin lama makin teruk. Jadi pergi la check doktor. Dia suruh g buat cermin mata baharu sebab degree makin bertambah. Faz pun cepat2 la g buat cermin mata. 5 kali dorg check degree mata faz 500++, bila kali ke 6 baru betul 250++ degree. Tak la teruk sangatkan? Lama gak ahh faz cari ubat nak kasi mata baik, mcm2 da org kenalkan kat faz petua dan ubat, tp satu pun tak berkesan. Kuasa Allah nak uji hambaNya. Faz ada gak usaha nak baikkan mata, tp kalau dsuruh mkn ubat jenis pil tu memang liat sikit nak buat. Pahitt. Yarkkkssss~ Ibu cakap kalau nak baik, kene jugak mkn. Huhu. Sejak guna cermin mata ni, kepala ada la kurang sikit pening. Tak banyak, sikit je.Tapi waktu malam je la masalah sgt, tak dpt tengok lampu, cahaya nak berjalan malam pun susah. Itu la salah satu sebab kenapa faz gerun nak amik lesen memandu. Kadang kadang kalau tengok barang lama sedikit, mula la mata ni nak berair.

Kalau mata ni dah baik, hajat faz satu je, nak tengok Bintang ciptaan Allah yg maha pencipta. Amin. Jadi doakan mata faz cepat baik ye.

Sekian....

Janji tinggal Janji

Assalamualaikum.

Manusia mudah lupa, Manusia mudah alpa, Janji tinggal janji. Itulah sifat manusia. Aku juga begitu. Kenapa? Aku juga seorg manusia. Pelbagai janji yg aku taburkan. Kadang kadang janji yg lebih dari kemampuan sendiri. Janji kepada diriku. Janji kepada org yg ku syg. Entah mengapa, begitu sukar utk aku menunaikan janji yg aku sendiri taburkan. Mungkinkah aku terlalu kejam? Mungkinkan aku terlalu jahat? Membuatkan org percaya janjiku.

Kini, aku merasa peritnya dimungkiri janji. Aku merasa apa yg aku buat dgn org. Berjanji tetapi tidak ditepati. Ya. Sakit, sakit merasakannya. Meskipun janji yg dibuat hanya sebesar zarah. Tetapi jika dimungkiri sakitnya seluas lautan. Tidak dapat digambarkan dengan kata kata.

Aku musykil kenapa aku mengungkapkan janji jika tidak mampu ditepati? kenapa tidak berterus terang jika tidak dapat menunaikan? kenapa aku begitu senang menaburkan kata kata umpama dusta kerna aku tidak tunaikan. Aku Aku Aku yg mulakan. Jadi jawapannya semua bergantung kepada diriku.

Maafkan aku. Kerna tidak pernah menunaikan janji. Maafkan aku melupakan janji yg ku buat terhadapmu. Maafkan aku tidak berterus terang dengan mu.

p/s: Tolong maafkan Faz, Wak.....

Sekian.....

23 Oct 2014

Khas utk 5 Arts 1 a.k.a 5Ayam1 (2011)


Assalamualaikum.


Bila duduk sorg2 ni kan, terkenang pulak masa sekolah menengah. Rindu sangat sangat kat schoolmate, classmate faz.  Ni bukan cerita or story.. Ni sekadar flashback gambar ^^
Barisan pertama dari kiri:
Agnes, Sophia, Cynthia, Aida, Shirley, Jaclyn, Rebecca, Mal, Deb.

Barisan kedua dari kiri:
Deidre, Priscilla, Monalisa, Allison, Amy, Stephanie, Diana.

Barisan ketiga dari kiri:
"Semuanya cikgu, jadi Identiti adalah misteri. Kahkah >_<"

Barisan keempat dari kiri:
Azrina, Nazzlyana, Rafidah, Eah, Aesha, Azirah, Anis, Shahira, Bai, Mansoorah (Eh, Man..... Hai Man~ Hihi), Faz (Me), Syafiqah, (Last but not least) Dayang Hafizah.



Waaaaaa. Korg!!!!!! Aku ingat nama korg semua laaaa. *tepuk sikit. Haha. Rindu sgt sgt kat korg. Serious!!!!!!! Nak sgt jumpa korg semua terutama Mansoorah ^^ Hehehe.

Nanti ada masa set la date kte reunion k? Aku tak tau nak cte apa hal korg dlm blog ni sebab banyak sangat kenangan pahit dan manis dgn korg. Nanti ada masa aku buat buku hal korg. Haha (ACAH JEEE)

Semua gambo ni aku curi dari FB Aida dafina. Hahaha. Sorry Aida. Thanks...
Sayang korg..... Rindu korggggg :'(

p/s: MOHON Jgn perli aku cakap loghat formal. Hehe.

Tu je kottttt.. Sekian...

Persahabatan

Assalamualaikum,

Masih segar di ingatan perkenalan Faz dgn Dia. Masa tu umur faz 10 tahun. Kenal dia time tuisyen math. Mulanya faz masuk tuisyen, faz memang tak suka dia, sebab dia bajet macho sangat. Biasa la budak2 lagi time tu. Kalau dah tak suka tu maknanya tak nak kawan la kan? Hehe.

Sampai la satu saat, cikgu math bagi kami latihan math dlm kelas dan nak kene habiskan on time kalau tak siap tak bole balik. Waktu tu cuma tinggal Faz, dia dan sorg lagi, faz tak ingat nama. Hehe. Dia pun tegur la faz. "Hai Faz. Kenape ni. Nak aku bantu ke?"
"Hurm.. Takpe ah. Aku bole siapkan sendiri. Lagipun dah akhir sgt ni, kau balik je la." Bajet mahal, padahal memang perlu sgt bantuan dia masa tu. Dia cam faham je jd dia letak balik beg, duduk depan faz, ambik buku faz terus ajar faz. Mula tu faz marah la kan. Asal biadap sgt amik buku org tanpa kebenaran. Tapi bila faz tengok semua org dah balik, faz relakan je la hati ni biar dia ajar. Thanks kat dia sebab bantu faz time tu walaupun faz tak minta.

Keesokkan harinya tuisyen, dia terus amik port duduk sebelah faz. Hairan la kenapa tak duduk tempat dia sendiri, tak pun banyak lagi tempat kosong lain dia nak duduk. Malas pulak faz nak tanya, jadi faz biarkan je la. Lama kelamaan kte org pun jadi semakin rapat. Tuisyen selalu start pukul 7.30. Kami dtg kul 5.30 sebab nak lepak sama. Dia pernah ckp kat faz yg dia suka sgt berkwn dgn faz dan nak faz jadi "bestfriend" dia selamanya, walaupun kteorg ada couple masing2 dia nak  kteorg tetap rapat macam ni. Sebab dia takde bestfriend lain selain faz. Faz pun sama. Sejak dari tu, kalau dia ada couple memang dia akan cte dgn faz. Faz terkejut jugak bila dia cte yg couple dia jeles tengok faz dgn dia, and couple dia minta dia jgn berkwn dgn faz lagi. Time tu kami darjah 6, bagi dia tu pun masih cinta monyet, jadi dia tinggalkan couple dia mcm tu je. Faz tanye la kenapa, dia cakap "Eleh, baru je couple dah kongkong aku tak bole kwn dgn org. Dia ingat dia sape" Faz gelak je.

Yela time tu lagi mudakan, faz mana tau apa itu couple and so on. Handphone pun takde lagi. Lain la dia, semua dah ada, mak ayah pun sporting. Jadi tak hairan la kalau dia gatal nak couple awalkan. Hehe. Itu la aktiviti faz selalu bila dgn dia.

Sampai la hujung tahun form 2, faz berkenalan dgn first love faz. Faz cte kat dia yg faz dah syg kat laki ni. (sebab first love kan) Dia la banyak nasihat faz, jgn mudah percaya ckp lelaki. Time tu tgh sibuk bercouple mana la nak dgr nasihat org. Bila faz putus je dgn first love faz, dia org yg paling faz percaya, da tak segan lagi nak nangis depan dia. Faz masih ingat apa dia ckp time tu, "Ala faz. Kta kan masih muda. Setakat cinta monyet mcm ni, tak yah la nak nangis sgt. Aku dah cakap dulu jgn percaya ckp lelaki, kau tak nak dengar. Dah la jangan menangis, dah la muka buruk, bertambah buruk lagi kau nangis. Kau kan ada aku? Apa guna aku jadi sahabat kau. Lagipun cuba kau fikir, kenapa kau nak nangis sedangkan dia happy je. Kau tak rasa ke kau bodo? Baru first love kot, bukan husband. Ish. Jgn bagi malu aku sbg sahabat kau k-_- Buruk je menangis sebab lelaki. Baik kau nangis sebab aku. Ada gak faedah. Kan syg? kihkih" Masa tu, mcm nak lempang je muka dia guna selipar. Faz sedih, dia g buat lawak. Semenjak kejadian tu, faz tak lagi menangis sebab lelaki. Memang betul apa yg dia ckp. Sungguh bahasa dia serupa longkang, tapi semua tu ada kebenaran.

Sejak dari tu faz mula syg kat dia lebih dr seorg kwn. Tapi faz tak pernah luahkan kat dia sebab faz takut kalau faz luahkan, dia mula jauhkan diri dan akan menggangu persahabatan kami. Jadi faz buat keputusan nak diamkan diri.

5 bulan faz pendam, sampai pertengahan tahun form 3 kot, dia kenal perempuan ni dan...........

Sekian...

Suasana tempat kerja(Pratikal)

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menahan hati nak post blog, akhirnya faz berjaya curi sedikit masa utk menulis semula. Maklum la da start pratikal ni, memang agak penat sikit. Faz tak biasa dengan suasana alam pekerjaan, bila dah masuk dunia baharu memang agak janggal. Hari pertama dan kedua tu busy sgt sebab boss bagi kerja dan kene siap on time. Dah 2 malam tu jugak faz tidur pukul 1 - 2 pagi sebab nak siapkan keje. Boss cakap kalau keje yg faz amik ni mungkin masa rehat kami terganggu dan terhad. Contoh sabtu ahad pun kene keje jugak. Kami mungkin akan travel ke kawasan pendalaman dan agak jauh dari Kuching. Keje ni pun agak mencabar, menjaga kawasan yg selalu berlaku kecurian cable. Nak tak nak kene turun padang berurusan dgn pihak polis, penduduk kpg and so on.

Mulanya faz hairan gak dengan tempat faz pratikal ni. Sebab kawan2 faz pratikal before ni, takde la sebusy faz. Takde sampai travel kat mane2. Kenapa masa kwn faz pratikal, waktu rehat dorg tak diganggu, kenapa bila time faz mesti waktu rehat faz diganggu. Betul ke ni tempat pratikal? Tu la persoalan yg asyik bermain diminda. Tapi bila faz fikir fikirkan balik, mungkin ini satu cara utk faz menghadapi pengalaman baharu. Mungkin Allah nak uji tahap kematangan faz. Mula memang susah.
Lama kelamaan faz sayang gak dengan tempat faz pratikal ni."Sebenarnya Faz redha je dgn keje ni" Bahagian keje yg faz dan kwn faz amik agak private sikit. Sebab dalam office faz, cuma ada 4 org bos dlm bilik dorang sendiri, dan kat luar bilik dorg cuma ada faz dan kwn faz je. Pekerja lain memang takde. Kadang2 faz dan kawan la yg jadi P.A boss. Diakui dalam office memang agak aman. Takyah dengar gossip2 org, dan nak buat keje pun selesa.

Orang2 kat tempat faz keje termasuk boss2 faz layan faz dgn kwn faz memang baik. Best sangat. Tapi tak tau la lama2 nantikan. Keje mana takde masalah dgn org, mungkin sbb faz dan kwn faz masih baru, jadi masih tak tau sikap dan hati budi org mcm mane. Lagipun faz bukan pandai tengok org dari perkenalan pertama. Susah la nak agak org tu baik ke tidak. Apa yg penting, think positive. Faz dtg sana nak menimba ilmu, hope semuanya berjalan dengan lancar sampai habis tempoh pratikal.

Fuhh.. Esok cuti...... Hehe, advance awal cuti Maal Hijrah. Jadi disini faz nak ucapkan Salam Maal Hijrah bagi penganut Agama Islam dan  Happy holiday buat yg bukan beragama islam. Errr. tu je kot utk kali ni. Sebab penat sgt tak cukup rest. Jadi nak amik kesempatan rest lama2 esok. Hehe. Selamat Bekerja korg ^_^ Sekiann....

20 Oct 2014

First Day Pratical

Assalamualaikum,

First day pratikal? Seperti yg dijangka. Memang memang memang tak tau nak cakap camne. Faz diletakkan dibahagian kecurian cable. WHAT? Kecurian cable yg sepatutnya org lelaki yg buat. Nak tau apa kerja yg bakal faz hadapi 4 bulan ni?

  1. Uruskan data cable seluruh sarawak. 
  2. Anjurkan event di sekolah2, universiti, kolej and so on.
  3. Travel ke tempat pendalaman dan berceramah.
  4. Buat movie berkaitan kecurian cable.
  5. Berurusan dengan polis berkaitan kecurian cable sesuatu tempat.
  6. Dan lain-lain.
Nampak macam senangkan? Bos faz cakap kalau nak berjaya kene ada minat nak buat sesuatu keje. Jadi nak ke tak nak, keje lelaki ke tak. Faz kene paksa diri untuk minat buat semua tu. Biasa la first day, memang banyak merungut, banyak keje. Faz mengaku, tadi pun da hampir give up. Bila faz cte kat 'someone' tu, dia cakap "Ala faz, faz keje kat mane2 pun sama gak. Takde keje yg senang. Kalau faz nak berjaya, faz kene hadapi dan anggap ni satu cabaran kecil dalam hidup faz. First2 memang susah. Lama2 faz biasa la. Banyakkan berdoa. Jangan sesekali cakap give up or susah. Kalau asyik merungut menangis, mcm mane nak hadapi sampai 4 bulan. Ni baru sehari." 

Jadi atas nasihat dia dan org lain yg ada nasihat kat faz, faz akan cuba bersabar dan minat utk buat semua ni. In Sha Allah. Nak cte banyak2 sebenarnya ni, tapi nak kene sambung keje balik & siapkan speech utk present hari rabu ni. Huhu. Salam Maghrib dan Selamat bekerja. 
Sekian.

#prayforFaz ^^

p/s to someone: Yg ni takde rungutan dan marah dan sedih. Puas? Okay awak menang. Bak sini 10 bungkus CHOKI CHOKI. Post SEKARANG gak. #CHOKICHOKI


19 Oct 2014

Belajar dari kesilapan

Assalamualaikum,

Selamat bercuti buat rakan2 U. Waa. Seronok la korg cuti walaupun seminggu je. Esok faz akan mula praktikal. Berakhirnya diri ini bergelar pelajar dan akan melangkah ke alam yg baru. Serious, faz takut sgt sgt. Nak kata ready tu, memang tak. Baju untuk esok pun belum sediakan. Mood faz lagi nak bercuti.

Result last sem pun da keluar. Alhamdulillah cukup makan je. Fundamental web design dapat A dan Total quality management dapat B+ je. Frust sangat sebab tak dpt 3 pointer mcm yg faz harapkan. Faz da janji dekat ibu nak dptkan 3 pointer dlm genggaman. Ingat lagi kan faz pernah cte seminggu sebelum pergi Final exam, faz tengah bersukaria terbang kat KL sebab nak g launching Encik Mimpi. Jujur faz cakap, faz tak sempat nak study. Tak ready apa pun time nak final tu. Menyesal? Tipu la cakap takkan? Sebab result ni penentu masa depan kita nanti. Faz rasa bersalah sangat kat ibu sebab tak dengar cakap dia. Kalau lah Faz dengar, benda ni mesti takkan jadi. Faz mesti akan dapat apa yg faz target sebelum ni. In Sha Allah. Selepas ini faz takkan ulangi kesilapan mcm ni. Biarlah ini jadi pengajaran utk faz. Walaubagaimanapun, mungkin ada hikmah utk setiap kejadian ni. (Curi word Aisyah Umar kejap) hehe. Chewahh.

Hehe. Biarlah yg lepas itu lepas. Tak yah nak dikenang lagi. Now, focus utk future. Sebab banyak org kata, "Gagal sekali, Tidak bermakna gagal selamanya kan?" Itu la realiti hidup sebagai seorg student.

Faz agak risau sebenarnya ni. Dengan perangai faz yg agak kebudak budakkan, kena marah sikit dah nangis. Dapat ke faz tempuhi alam pekerjaan? Dapat ke faz perwatakan seperti pratical student? Dapat ke faz berfikir macam org dewasa utk menyelesaikan masalah? Pening sangat memikirkan.

Banyak gak faz minta tips kat kwn2 faz. Dorg memang banyak membantu. In Sha Allah faz akan cuba ikut nasihat dorg tetapi tak tau berkesan ke tidak. Jadi yg itu faz serahkan kat Allah. Okay la. Nak release stress dulu. "Choki choki, Where are you? I need you" haha.

Sekian ^^

18 Oct 2014

Maafkan aku, Wahai sahabat

Menangis?
Kenapa harus aku menangis?
Untuk buktikan aku kalah?
Tapi kenapa?
Bukankah ini yg aku pinta?

Hari demi hari
Waktu terus berjalan
Untuk aku lupakan dirimu
Yg telah pergi 
Nun jauh disana
Atas permintaanku

Ku kirimkan sepucuk surat
Menyampaikan rasa rindu kepadamu
Namun tiada balasan
Ku akui kesilapanku
Melepaskanmu tanpa berfikir

Kini aku kesal
Kembalilah kasih
Jujur aku rindu
Buang semua egomu
Pulanglah kesisiku
Jika kau rasa
Apa yg aku rasa

Aku terus menunggu 
Menanti jawapan darimu
Tapi kau terus menyepi
Membiarkanku tanpa kesian
Mungkin ini balasan utkku
Kerna melukakan hatimu
Maafkan aku
Wahai sahabat

Boulevard Kuching Sarawak

Assalamualaikum,

Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi mimpi. Wah wahh.. Merdu sungguh nyanyian Hafiz dan Datuk Rossa. Tengok? Dari lagu pun boleh dapatkan ilham. Untuk mendapatkan ilham yg berbeza dari sebelum ni, entry faz kali ni akan memperkenalkan beberapa buah kedai yg ada di Boulevard Kuching Sarawak. Jika ada kesempatan melawat Kuching sila sila la singgah di sini.
Trio: Kedai yg amat menarik perhatian dengan menjual pelbagai baju dan seluar yg berbagai warna. Harganya juga tidak terlalu mahal. Berbaloi dengan apa yg di jual. Anda pasti akan berpuas hati.

Brands Outfit:Merupakan persaing besar utk trio dan kedainya hanya berdepan dengan kedai Trio. Kedai ini merupakan kedai kegemaran adik faz, Abob sebab kualiti baju dan seluarnya yg membuatkan para remaja berpuas hati dan harganya juga berbaloi.

SHINS: Kalau tak silap faz kedai ini menjual alatan make up. Semestinya kedai yg amat digemari kaun hawa. Walaupun Faz tidak berminat untuk membeli make up. Tapi tempatnya yg terbuka dan strategik, mudah untuk dicari membuatkan faz selalu pergi ke sini. Sekadar untuk melawat. Hihi.

Footin: Merupakan kedai yg menjual kasut utk para remaja. Rekaan kasut yg amat simple dan tidak terlalu fancy. Sesuai utk seseorg yg berperwatakan cool dan steady. Harganya pula boleh tahan (y)

Hallmark:Ini merupakan kedai yg paling faz suka. Kedai menjual patung dan hadiah yg comel. Kedai nya kecil tetapi kemas, padan dan merambangkan mata.  Kalau faz di ajak ke kedai ini, tidur sini pun faz sanggup. Terbaikk!!

ELITE PROSPORT: Sesuai utk permain basketball. Corak dan hiasan kedai yg begitu menarik perhatian pengunjung. Konsep yg unik dan jarang ditemui di Kuching. Faz yg asal dari kuching pun terkejut dengan kemunculan kedai ini. Entah bila dia dilahirkan. Faz pun tak tau :o

SOS: Juga merupakan kedai kasut. Kebanyakkan kasut direka khas utk sesiapa yg bekerja dan harga tidak terlalu mahal untuk dimiliki.

DAISO: Akhir sekali, memperkenalkan kedai yg sesat datang khas dari Jepun. Kihkih. Faz gelar kedai ini kedai RM 5. Semua harganya RM5. Tidak kira barang besar dan kecik. Pembeli tidak akan pernah merasa rugi membeli disini. Kedainya juga sangat besar. Barangan dalam yg begitu menarik. Walaupun harganya murah tetapi kualiti barangnya amat bermutu tinggi. Tau aja la kalau datang dari Jepun.



Ini sahaja yg sempat faz terokai. Disebabkan kedainya yang terlalu lalu banyak ditambah pula kaki faz yg secondhand. Berjalan sedikit sudah penat bagai berlari 10KM, Jadi tidak sempat untuk pergi ke kedai kedai lain. Begitu banyak lagi sebenarnya kategori kedai disini. In Sha Allah, di masa yg lapang nanti, Faz akan sambung meneroka setiap kedai yg berada disini. Dan untuk mengakhiri entri kali ini, dengarkan lagu Salahkah nyanyian Hafiz dan Datuk Rossa. Semoga terhibur.


 Sekian :)

17 Oct 2014

Persahabatan VS Percintaan??

Assalamualaikum,

Dulu faz pernah ada seorang sahabat yg paling faz syg, rapat. Dimana ada faz, disitu ada dia. Kteorg tak pernah berenggang, Dah macam isi dengan kuku. Kalau gaduh pun da macam adik beradik da. Kalau faz ada masalah, dialah tempat faz mengadu. Dia pun sama gak. Kte memang selesa bercerita, even benda tu personal sgt. Lama kelamaan perasaan sebagai seorang sahabat tu bertukar tau. Faz makin sayang kat dia. Di akui lebih dari seorg sahabat. Kami memang suka bergurau dengan panggilan org bercouple, walhal kawan je masa tu. " Syg kat ne? lama da aku tunggu ni" ahh. Normal la kan cakap camtu dengan kawan. Dia pernah cakap kat faz,"Faz, kalau kau ada couple pun, kau jgn lupa kat aku k. Aku mintak sgt kau jgn berubah, Susah aku babe, kalau kau takde. Aku janji gak kat kau, kalau aku ada couple, aku takkan berubah dan tetap akan layan kau mcm ni."

Sampai la one day, dia buat pengakuan kat faz yg dia dah da couple. First2 dia couple dengan perempuan ni, layanan dia dgn faz memang tetap sama, kte org still lepak sama. Lama kelamaan dia cte kat faz, dia dan kekasih dia hari hari gaduh besar sebab kekasih dia cemburu lihat kami terlalu rapat. jadi faz pun tanya la kat dia, "So beb, kau nak buat camne skarang?"
"Aku pun tak tau faz, aku sayang sangat sangat kat dia faz. Aku tak dpt tau hari hari gaduh sebab hal ni." jujur faz memang terkedu sgt masa tu. Dia memang pernah ada couple before ni, tp bila couple dia mula buat perangai, dia tinggalkan camtu je. Tapi kali ni, berbeza sgt. Memang di akui, kalau faz jadi lelaki pun faz mana nak tinggalkan perempuan cantikkan.
"Takpe la beb. Aku faham, kalau itu yg kekasih kau nak, aku akan undur diri, asalkan kau bahagia disampingnya. Aku pun perempuan, jadi aku faham kenapa kekasih kau rasa cemburu. Kalau aku kat tempat dia pun, aku akan buat benda yg sama." dengan hati yg berat faz putuskan persahabatan yg begitu lama dengan dia sebab kekasih dia.
"Thanks beb. Aku minta maaf terpaksa memilih cinta berbanding persahabatan kte. Aku nak kau tau, aku tetap anggap kau sahabat dunia akhirat dan tak kan ada yang berubah. Aku sayangkan kau still mcm dulu. Ingat tu."

'WHAT! Tak berubah kau cakap! Sedar la weii. Semua dah berubah! Dah takde apa yg sama.' Andai dapat aku luahkan apa yg tersirat di hati, alangkah bagusnya. Tetapi demi memikirkan kebahagian dia, aku relakan dia pergi bersama org yg dia cintai. Memang sentap ah. Banyak sangat kenangan kami bersama. Lagipun. apa la hargai persahabatan kami jika nak dibandingkan dengan cinta dia dengan kekasihnyakan?

Sejak dari tu, Faz pun membawa diri. Kuatkan hati utk hidup tanpa sahabat yg faz sayangi disisi.
Dia ada gak msg ckp rindu, sakit, kecewa, masalah diaand so on. Tapi faz buat tak endah je. Lansung tak balas msg dia. 'Eleh, kau rindu sakit kecewa, kekasih kau kan ada jd penawar kau, jadi sahabat baru tempat kau mengadu. Aku? Sakit, rindu, kecewa aku dulu ada kau hiraukan, fikirkan?'

Jadi disitu la bukti ketabahan faz sebagai seorg gadis. CHEWAH~ tapi mata sebijik mata panda sebab menangis. Lama gak faz cari penawar dengan membusykan diri supaya tak fikir hal dia. Nak buat camne kan. dah takdir faz tertulis camtu. Faz terima je la.

Dah lebih 5 tahun kot berlalu, masing masing dah dewasa, dah pandai fikir. Teringin gak nak bertemu kembali dengan dia, nak tanya khabar dia camne. Apa yg faz nak cakap yg faz nak dia tau yg faz dah lama maafkan dia. Faz gak nak mintak maaf sepanjang persahabatan kami, kalau kalau faz ada buat salah, terkasar ke kat dia. Faz betul betul ikhlas mintak maaf. Faz tak pernah lupa satu pun kenangan kami bersama 'Ehhhh... Iye ke?' hehe. Agaknya kot. UUUUaaaaarrrrgggghhhhhh~ menguap..
Okay la, sampai ni je entry faz kali ini.
Sekian....... :]






16 Oct 2014

Oh, si selfish

Assalamualaikum,

Apa khabar semuanya? Sihat? Kalau sakit p makan ubat awal awal k. Sebenarnya, faz tgh fikir nak letak tajuk apa entry kali ni. Kalau tajuk sedih nanti, korg boring pulak nak baca. Sebab sebelum tulis, faz buat researh tentang tajuk yg paling banyak jumlah pembaca. Ternyata org kini suka baca tentang artis, hal yg berkaitan diri sendiri and so on. Maklum la faz pun masih baru lagi, jadi kene buat research dulu, blogwalking dulu baru blh perbaiki diri. Kalau tak, sampai bila bila pun org tak tau kewujudan blog faz kan? Sambil sambil faz menaip ni, tgh dok pusing fikir tajuk apa yg sesuai. Errrr. Takpe. Kte teruskan bercerita dulu.

Sekarang ni faz tgh geram dengan perangai sesetgh org yg sgt sgt pentingkan diri sendiri. Kalau blh dia nak kte faham tentang dia je. Tapi dia tak pernah pun fikir hal org lain.
Antara situasi yg kwn2 faz dan faz sendiri pernah mengalami:

Situasi 1: Dia tak tanya pun kte busy ke tak, dah tu dia minta teman kte nak g shopping sebab dia boring dok rumah. Bila dia dengar je kte busy, mula la dgn rajuknya, sentapnya memanjang. Nak tak nak kte kene la temankan dia walaupun keje kte melambak giler time tu. Kalau sekali sekala takpe la. Ni hari hari dia boring, dah tu hari hari jugak ah dia nak minta teman g shopping. Nasib baik kekasih, kalau tak~ memang da kene cepuk da org ni. (Haaa. Yg ni selalu terjadi kat kwn faz. Kihkih)

Situasi 2: Kadang kadang... ehh.. Ni bukan kadang kadang tapi ini memang selalu terjadi kat Malaysia. Tempat parking kereta punya la besar, dapat muat 2-3 buah kereta, dia p park kereta dia sorg. Mau tak sakit hati melihatnya. Tau la kereta dia besar, org lain pun nak parking kereta gak. Kalau ada nama dia kat tempat parking tu memang takde hal, ni nama pun takde, sibuk je nak parking kete besar2. Apa dia ingat tempat tu dia punya. Fuhh. Geram ni. Nasib baik tak kene kat faz, kalau faz yg kene camtu memang dah pancit tayar dia, nak sgt kan stay tempat tu lelama, amik kau. Hehe. Faz cakap je k? Faz tak bawa pun kete, belum ada lesen. Dulu pernah nak amik lesen, tahun 2012. Tp bila da nak time table test tu 3 org kwn faz ckp dorg gagal table test, sebab takut gagal gak, faz tak amik la sampai sekarang. Burn camtu je duit faz. Yg ni faz ngaku, faz selfish sikit. Haha.
(kejadian parking ni selalu terjadi kat ibu dan akak faz)

Situasi 3: Situasi ni selalu terjadi kat faz, dimana brg faz hilang kene curi.  Selalu sgt da terjadi. Penat je faz g beli, senang senang je dia nak amik. Dia ingat faz beli guna daun ke? Walaupun murah, tu duit gak yg keluar. Dah la amik tak bagi tau, setiap kali faz beli mesti hilang satu. Geram sangat sangat. Kalau benda lain takpe ah, masih boleh dimaafkan, ni benda yg paling kte syg. Sedih tau. Nasib baik stock Choki choki kat kedai tak pernah habis. Opsssssss! Hehe. (lari dulu)

p/s: Jgn terlalu pentingkan diri sendiri. Kesian kat org lain. Kte sesama manusia, tak leh fikirkan perasaan dan emosi kte je..Huhu..

Yeayyy da dapat tajuk entry :*

Sekian...

Happy Birthday Yuhanis Naiva

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
            Happy Birthday To Yunaaaaaaa
               Happy Birthday To You...............

          Hehe. Disebabkan hari ni special day utk Hanis. Jadi faz dah ready siap siap ucapan ni seminggu lebih awal. Terharu tak? Kahkah. Kalau terharu nyanyi sikit lagu Fero utk faz..... Hehe. Takde la~ (acah)

          Dengan ini faz nak cakap tahniah sebab dah angka 2  kat depan tu. Huahuahua ^^.. Walaupun baru lagi kenal Yuna, tapi faz bersyukur sangat dapat kenal dan berkawan dengan yuna. Yuna baik sangat & comel. Hehe. Sebelum kta berkawan, pernah gak usha usha dreemers nama yuna ni kan. Tapi memang tak sangka now boleh jadi kawan dia. Faz memang suka berkawan dengan orang. Disebabkan faktor malu tebal sangat dan faz bukan jenis yang friendly, tu yg faz tak berani nak berkawan.

          Thanks sebab tegur faz dulu kat wechat walaupun faz yg add yuna dulu. Sebab yuna la faz dpt jumpa EM. Kalau Yuna and second mirah tak bagi tau haritu, faz memang takkan tau dan takkan g punya la.

         Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan bimbingan Allah. Semoga pertambahan usia selari dengan kematangan diri. Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak terpuji, pekerti mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, dam hidup yang dirahmati. Amin. In Sha Allah..
 
p/s: sorry takde hadiah lain nak kasi kat yuna. Have a safe flight for tomorrow. Happy holiday and have fun. Hope we can be friend till Jannah. Stay strong & cute..
In Sha Allah :) Love you..

Ahhh. Lagi satu jgn lupa bawak payung esok, takut faz tikam tepung dengan telur :D Kihkihkih...


Hatiku berlagu pilu

Assalamualaikum,

Sedihkan tajuk malam ni? Hurmm. Tapi itu la perasaan faz sekarang ni. Tak tau kenapa tetiba rasa nak nangis sangat sangat. Tapi takde sebab pun faz nak nangis sebenarnya. Mungkin mainan perasaan. Dah terlanjur hati ni sedih, jadi faz teruskan cerita sedih je la k?

Hari tu time entry Hari jadi Abob, faz ada cte hal Arwah ayah faz kan. Hari ni faz nak sambung balik cte tentang hero terhebat dalam hidup faz iaitu Ayah. Mungkin faz tak tau sangat tentang dia, tapi ada la sikit sikit ingat kenangan bersama arwah.

Waktu tu, faz merupakan anak bongsu dalam 3 org adik beradik. Dulu ayah faz seorg yg tegas, garang sgt. Terutama time belajar. Yg selalu jd mangsa, kakak2 faz la. Ingat lagi ada satu time, ayah balik tghhari hantar kakak balik rumah ayah pesan kat ibu jangan kasi kakak main diluar rumah, suruh dia belajar je kat rumah. Lepas je ayah keluar pergi kerja, mula la kakak buat hal, dia pergi main dengan jiran tangkap berudu tepi longkang dekat simpang luar rumah. Ibu time tu sibuk memasak, jadi dia tak tau la apa jadi kat luar rumah. Bila je akak faz dengar bunyi moto ayah dari jauh, akak pun lari masuk dalam rumah sambung belajar math. Kihkih. Sempat tauu. Ayah masuk rumah merenung kat akak, ayah tanya kat ibu, akak ada main luar rumah tak? Ibu cakap takde. Ye la ibu dok sibuk di dapur, mane la nak tau keadaan di luar. Ayah pun duduk sebelah akak, dia tanya akak ada tak main diluar rumah. Akak jawab takde ayah. Pandai akak kelentong ayah time tu. Ayah menung je muka akak, dah tu baru ayah berbunyi. "kalau takde kenapa peluh banyak sangat ni. Susah sangat ke soalan tu sampai berpeluh sakan?" nahhhh. Kantoii. "Tiongg, akak ada main kat luar tak tadi?" (Tiong tu nama panggilan faz, hanya ayah je panggil faz tiong sebab bila dengan ayah faz memang tak berhenti celoteh, ada je benda nak dicte, maklum la lagi kecilkan) Oleh sebab tiong, ehhhhh. salah.. Oleh sebab faz rapat sangat dengan ayah dan time tu budak kecil mane la pandai menipukan, jadi faz ckp la "Ada ayah, akak p main dgn jiran kat tepi longkang. Dorg g tangkap berudu ayah." Fuhhh.. mau tak bederau darah akak faz time tu bila adiknya dah berbunyi. Ayah apa lagi, marah la dia. Terok gak ahh akak kene pukul time tu. Kesian faz tengok. Tau tak apa faz ckp time tu, "very good kacang pulut, tu ahh tipu lagi" Kihkih. Sebab tu la kakak2 faz time kecik2 tak rapat dengan faz. Sebab hal camni la.

Sekali je ayah faz pernah marah kat faz, time tu faz demam dan faz tak nak minum susu. Sebab faz tau dalam air susu tu ibu bubuh ubat. Berlari faz dalam rumah sebab tak nak makan ubat. Dah tu ayah angkat faz, letak dalam buaian dah tu padat dengan botol susu. Gerun gilerr time tu. Nak tak nak, paksa je minum.

Tu la salah satu kenangan yg faz ingat bersama dengan arwah ayah. Faz seorang je tak pernah kene pukul oleh ayah. Akak2 faz hari2 merasa, mau tak sakit hati dorg dgn faz. Hehe. Tapi alhamdulillah bila makin membesar ni, kami org makin rapat malah dah dok jauh camni pun, saling merindu sesama sendiri. Arwah ayah memang salah seorang idola faz sebab ketegasan dia, kakak2 faz berjaya. Faz bangga jadi anak dia. Thanks ayah. Sampai bila bila pun faz akan sayang ayah dan keluarga. (itu mestilakan). "Eh, tadi cakap sedih, tapi ni tak sedih pun." Sedih gak ahh bila mengenang kembali kenangan bersama arwah. T.T

Untuk korg yg masih mempunyai ayah, hargai dan sayangi la ayah korg. Jgn jadi mcm faz, belum sempat nak balas baik jasa baik ayah selama 5 tahun menjaga, mendidik, mengasuh faz.
Sekian :]

15 Oct 2014

Jadilah Diri Sendiri, Nescaya anda akan selamat

Assalamualaikum,


First of all, berbalik kepada tajuk~ Apa pandangan pertama korg bila tajuk ni jadi entry? Takpe, nanti boleh komen or PM and kongsi la pendapat korg k? Ni biar Faz bagi pendapat faz dulu. Tajuk ni merupakan salah satu topik yg paling faz suka dan pendirian dalam hidup faz. Nak tau kenapa?

Jujur, ya Faz pernah menjadi orang lain. Yang memang jauh dari diri faz sendiri. Sebab dulu faz memang suka populariti tetapi bukan publisiti. Tapi faz tak pernah rasa bahagia. Nak tau kenapa? Masa jadi orang lain, ramai gak yg kenal faz bagi komen negatif dan positif. Kalau ikutkan hati, memangtak la faz kisah apa dorg nak katakan, Yela hidup faz, biar faz la yg tentukan. Tetapi faz terfikir, apa perasaan org sekeliling melihat perubahan faz yg mendadak dan macam mana perasaan faz bila faz sendiri yg terkena. Jadi faz buat keputusan utk kembali ke diri sendiri balik. Tak nak lagi dah ikut cara org lain.

Biar la org tak kenal kita, biar la org kata baik atau buruk pasal kita, asalkan orang yang sentiasa disamping kita saat senang dan susah selesa bersama sama dengan kita. Mungkin kita boleh berubah, jadi baik dan jadi lebih lebih baik dari sekarang tapi jangan abaikan perasaan org sekeliling kita. Minta pandangan dorg, minta nasihat dorg.

Pernah sekali faz tanya kat seorang hamba Allah ni kan, "Apa aku nak jadi bila dah besar nanti?"
Dia p jawab  "Takpe kau jadi je diri sendiri.. Kau akan selamat" memang sentap la bila dia cakap camtu, tapi diakui ada kebenaran apa yg dia cakap walaupun jauh sangat menyimpang dari soalan yang faz berikan. #deep

Alhamdulillah, sekarang ni Faz dah jadi Faz balik dan akan sentiasa jadi Faz sekarang dan selamanya. Faz happy sangat sangat dengan diri faz sekarang ni. Jadi terimalah Faz seadanya k? CHEWAHHHHH~ Hehe.

Lastly, faz nak pesan "Jadi je diri sendiri kalau nak selamat" Haha. Tak berbaloi pun kalau kita ikut life org. Apa apa pun, ambil yang keruh, buang yang jernih. Ehhhhhh~ betulke? grr. takpe la. Asal sama je bunyinya. Now nak g lunch dulu~

Sekian.....

Alam baharu

Assalamualaikum,

Sedar tidak sedar, minggu depan faz sudah mula pratikal dengan Telekom Malaysia. Masih banyak lagi persediaan yang belum faz buat, terutamanya mental. Sebab faz ada dengar ura ura mengatakan bakal boss faz nanti seorang yg tegas dan garang. Tak tau benar atau tidak. Apa apa pun faz perlu sedia payung sebelum hujan.

Cepat betul masa berlalu, rasa baru semalam habis pmr. Bangun je pagi dah nak masuk alam pekerjaan. Korang pun mesti pernah mengalami perasaan macam ni kan? Rasa nak putar balik zaman kanak kanak tu, Allah je yg tau. Kalau faz, faz gelar zaman kanak kanak faz, zaman choki choki. Hehe. Minat giler dengan choki choki.

Kalau choki choki faz hilang satu faz da nangis, dan janji akan cari siapa yg curi choki choki tu sampai lubang cacing. Haha. "tak bole bla kan". Sekarang ni, takde la buat perangai macam tu lagi. Paling tak pun, kalau choki choki hilang, sentap sikit je. Kalau benda lain, faz memang tak kedekut nak share, tapi kalau choki choki tu~~ Tunggu ahh mood faz baik, baru bole minta.

Habis da cte zaman choki choki, ni nak cte zaman kereta terbang pulak. Kuikui. Zaman akan datang la maksudnya. Faz tak tau nak ikut lagu mana nanti. Minat faz memang lebih dekat blogging, ngarang ngarang cte. Tapi kalau takde sokongan susah gak ekk. Ikut je la dimana angin membawa. Asalkan pekerjaan faz nanti, membawa rezeki yg halal utk faz dan keluarga faz. Minat tu, belakang kira la k. Doakan yg terbaik utk faz tau...... Thankyou. Sayang korg..
Sekian..................

Keluarga KBBA Borneo

Assalamualaikum,

 Blog faz hari ni nak cte hal keluarga baru yg memang agak baharu faz kenal. Excited nak cte hal dorg ni. First of all, faz nak welcome kan diri faz dalam group KBBA. Tau tak short form utk apa tu? P google sendiri k? Faz agak kejam hari ni. Haha. Takde ahh. Faz pun belum terdedah lagi dengan group ni. Tau pun gitu2 je. Belum ada masa nak buat research. Sebab dua tiga hari ni memang agak busy buat blogwalking. Best sgt bejalan sampai lupa makan,mandi tp solat tu tak lupa la k. Terlewat sikit je :D Maaf.

Group ni adalah antara group yg paling sporting pernah faz jumpa. Dengan lawak yg tak pernah kering kontang, typo yg wajib ada setiap saat, pengeluaran bahasa jiran seperti Indonesia, Jerman, Korea dan banyak lagi, pendapat masing2 yg berbeza, berkongsi pengalaman kerja,peribadi dan belajar, berkongsi ilmu dan yg paling best kami berkongsi minat yg sama iaitu Blogging. Hehe. Mesti la. Kenal pun melalui blog.

Banyak yg faz belajar dari dorg, memang terlalu banyak, kalau nak dikongsi disini, sampai besok pun korg tak habis baca. Sebab faz memang tak kisah kalau menulis panjang2, takut korang yg tak larat nak baca nanti. Hehe. Walaupun baru kenal, faz dah anggap dorang mcm keluarga faz sendiri. Ini ialah antara pengalaman terhebat gak dalam hidup faz. Faz tidak pernah menyanyi khas utk org, ada pun faz nyanyi utk suka2 or faz takkan sebut nama org yg ditujukan. Nak dijadikan cerita, disebabkan hari ulangtahun kelahiran kakak ____ dan abang ____, first time faz menyanyi secara live dan umum dengan org. Tepuk sikit. Hihi. Perubahan diri yang faz sendiri tidak sangka. Wowwww.......

Alhamdulillah, dalam banyak2 musibah menimpa faz lama ini, Allah menurunkan beberapa org hambaNya untuk memberi keceriaan dalam hidup faz. Faz bersyukur sangat sangat. In Sha Allah. Faz akan hargai setiap org yg berada disamping Faz. Bukan sahaja mereka, tetapi semua sekali termasuk kawan2, keluarga dan semuanya skali. Tidak lupa juga kucing faz empat ekor (mama,emeng,baby&magnae). Walaupun faz tak pernah pegang kucing sendiri, tapi faz merupakan pencinta kucing jugak okay. Pencinta la sgt. Kihkih. Okay sampai sini sahaja cerita faz hari ini. Semoga dipertemukan dengan cerita lain pulak. Sekian......


14 Oct 2014

Happy Birthday Mohd Ariff Nashruddin Bin Ariffen

Assalamualaikum,

Haaa.. Korg mesti tertanya tanya siapa gerangan lelaki empunya nama tu.. Rujuk nama akhir dia tak? Sama tak dengan nama akhir Faz? hehe.. Itulah bapa, boyfriend, teman lelaki, bodyguard, security, abang, adik bongsu kesayangan intan payung Faz dan merangkap bakal Wali faz nanti. Chewahh. Over sgt ekk? Takpe takpe. Faz excited nak cte hal budak ni.

Orang rumah panggil dia Abob. Pasai apa tau? Ingat lagi tak Akademi fantasia 2002, pelajar bernama Bob? Time tu ibu faz, minat giler dgn dia. Jadi sebab tu dia panggil adik faz, Bob. Mana datang "A"?
Nama timangan kami 3 adik beradik semua ada A kat depan, Apon, Acot dan Faz, Ateh. Hehe. Tapi faz tak galakkan korg panggil Faz camtu ehhh. Tak suka. huhu. Haaa. Sambung balik. Sebab tu la nama dia jadi Abob. Comelkan?

Abob dilahirkan pada 15 Oktober 1999. Ayah Faz meninggal dunia pada 24 April 1999. Haaa. Nampak tak? Tu la.. Abob tak pernah tengok ayah faz sejak dilahirkan lagi. Jadi dia seorang dalam keluarga yg tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Masa tu, faz masih berumur 5 tahun. Jadi tak tau sangat la apa yg berlaku time tu. Walaupun faz yang paling rapat dengan ayah tapi yg paling sedih abob sebab tak sempat pun jumpa ayah. Kalau faz ditempat Abob, Mesti faz akan tertanya tanya camne rasa ada seorang bapa. Bimbing anak anak, bawa anak anak jalan dan camne seorang ayah jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Mungkin abob tak pernah luahkan kat kami, tapi dalam hati dia takde siapa yang tahu.

Saat paling berasa kehilangan bila takbir raya bergema dan first raya. Memang sedih tengok Abob takde teman nak g Masjid, sembahyang raya. Kadang kadang dia mintak belas kasihan bapa saudara bawa dia pergi ke masjid sebab keinginan dia nak sembahyang raya tu kuat sgt.

Alhamdulillah sekarang dah 15tahun berlalu, Abob pun baru je habis PT 3 hari ni. Faz syukur sgt dikurniakan adik yg tak nakal mcm budak lain walaupun sikap malas dia memang susah nak dibendung. Abob memang rapat dengan kakak Faz yg first tu, Rashidah a.k.a Apon. Kalau nak g mana2 memang dia akan ajak kakak. Faz? hehe. Faz rapat gak dengan dia, tapi biasa la budak budak. Kalau jumpa je gaduh memanjang. Kadang kadang sebab semut mati pun boleh jadi bahan gaduh tau? Tak logikkan? tapi tu la kebenaran. Hihi. Sekarang ni kakak Faz dah kerja kat KL. Jadi nak tak nak Abob kene la rapat dengan Kak ateh dia ni. Haha.

Saat paling best dengan Abob time kteorg kluar bejalan dgn kawan or berdua. Time tu memang tak bole blah aaa. Kalau kami berjalan org akan dok cakap Abob tu boyfriend Faz. Ada satu time, Ibu faz suruh kami beli barang dapur. Semua tengok kami semacam je. Tau je la fikiran manusia kan. Jadi faz apa lagi, layan je la "Sayang, tolong amikkan mee kat atas tu.." Haha. Amik kau. Kan dah kene betul betul. Abob, kalau faz dah berbunyi camtu, dia g layan gak. Hehe. Kalau ada je org kacau ke tengok semacam ke, start la dia tunjuk badan dia yg gagah. Tu ok lagi tau. Cuba kalau perempuan yg tengok dia. Ahhh. Start control macho dia beb. Time tu dia memang tak suka kalau faz rapat sgt kat dia dan panggil dia syg. Kihkih..

Sekarang nak cte pulak persamaan Abob dengan Arwah ayah. Persamaan dorg, kalau time tengah baran tu, memang gerun sangat sangat. Kalau dia nak marah, Faz memang tak berani nak kacau. Kang ada pulak ending kat hospital. Tengok je badan dia. Bowler tu bai, Hari hari dia angkat berat kot guna ball bowling. Dia memang minat sangat bermain bowling. Tahun ni dah 6 tahun dia training bowling. Kalau tak silap faz, ayah dulu pun suka gak bersukan kot. Tak ingat sgt sebab faz kecik lagi. Abob kalau time dia rajin nak kemas rumah, memang tak nampak satu pun habuk or barang kat rumah. Sama la dgn ayah. Beza nya? Ayah slalu kemas rumah. Abob pulak setahun sekali je kalau nak kemas rumah. Huhu. Abob kalau masak, memang sedap sebijik macam ayah :D Kalau hangus pun sedap. Betul, tak tipu.

Wahhh. Panjang gak cte Faz kali ni. Hehe. Okay. Faz stop sampai sini jela. Sebenarnya lagi banyak nak di cte tp tkt pulak korg bosan membaca.

p/s: Adik.. Faz syg adik sgt sgt tau. Jangan nakal nakal. Happy Birthday. Kalau akak keje nanti, adik tagih hadiah la ye :* Sayang adik sgt sgt. XOXO




12 Oct 2014

Culture Shock (BLOG)

Assalamualaikum..

Tajuk pun dah culture shockkan? Ni memang nak cakap yang Faz betul2 culture shock bila research Blog2 lain yg lebih berpengalaman dan penulisan dorang yang mantap. Memang jauh sangat berbeza dengan blog Faz. Kihkih. Terasa diri ini humble sangat.

Antara blog yang faz dah terjah/selongkar dari blog kecantikan, blog kesihatan, fashion, bisnes, makanan, resipi, tips, muzik, popular statement, agama, hiburan, pelajaran sampai la pengalaman hidup. Semuanya gempak gempak belaka. Dorang ada kategori kategori dorang sendiri. Dan Blog faz ni boleh ke dikategorikan macam blog lain? Macam tak je. *so sad. Tapi takpe, Faz kategorikan blog faz ni sebagai Blog untuk kanak kanak yg ceria. Kahkah. Takla nampak merapu sangatkan. Memandangkan faz masih lagi baru. Mula blogging pun tahun lepas. Kalau nak dibandingkan ada blog yg bermula dari 2004 and so on, memang jauh la kan.

Tapi faz memang puji cara dorg mengendalikan blog. Creative sangat. *tepuk tangan. Terkejut gak tengok ada blog yg jumlah followersnya mencecah puluh ribu, ratus ribu. Sedangkan blog faz baru 8 follower selama setahun. Kalau setahun pun baru 8 orang follower, jadi faz takyah la nak berangan nak followers yg banyak kan. Kihkih. Tak kisah sebenarnya, sebab cerita yg faz karangkan pun bukannya menarik. Jadi "aku redha". Haha.

Okayla. Nak sambung balik buat research/ blogwalking ni. ^^ Dapat gak nimba ilmu.
Sekian......

Aku ingin kembali

Assalamualaikum..

Hurm. Camne faz nak mulakan ni. Huhu. Sebenarnya mood faz sehari hari tak baik. Tak tau kenapa. Dari bangun pagi tadi tertanya tanya apa mistake faz hari ni. Hati faz macam sepi sangat. Org bnyk ckp kalau kte rasa camtu cek hubungan kte dgn Allah. Memang diakui. Faz lalai semenjak dua menjak ni. Terasa sangat kerdil disitu. Huhu.

Faz perlukan nasihat. Faz perlukan someone yang betulkan faz kembali. Dulu memang ada seseorang hamba Allah yang sering mengingati faz tentang hubungan faz dengan Allah. Sekarang dia sibuk dengan keluarga dan anak nya. Memang la kte tak dapat harapkan orang. Tapi iman kita kejap naik kejap turun sebab tu perlukan orang untuk bimbing. Tambahan pula, kaum hawa yg sangat lemah imannya.

Tolong la nasihat faz apa yg faz perlu buat? Faz nak sgt kembali ke pangkal jalan. Jadi Nurfazillah Binti Ariffen dan bukan Faz Ariffen. Mungkin korang tak tau dan tak faham apa yg faz cuba maksudkan disebalik nama yg faz perkatakan. Tapi bagi faz perbezaan nama tu membawa makna yg mendalam sgt dalam hidup faz. Bak kata org putih, deep sgt la kan.

Nanti kalau mood faz stabil, dan time dah stabil tu kalau faz ingat nak cte, faz akan ctekan perbezaan disebalik nama Nurfazillah Binti Ariffen VS FazAriffen. Tu pun kalau ada yg request. Kalau takde, faz pun tak nak susahkan diri cerita kalau org tak tanya.

Banyak gak faz dok perati org kat sekeliling faz yg perlukan nasihat mcm faz. Jadi tolong la kongsi bagaimana cara nak kembalikan iman supaya lebih teguh dan sukar untuk rebah?

Sekian........

10 Oct 2014

Diari seorang perantau



Aku menangis
Bukan bermakna aku lemah
Aku ketawa
Bukan bermakna aku gembira
Aku tersenyum
Menyimpan seribu duka
Tiada siapa yg faham
Kesulitan yg ku hadapi
Merantau tanpa hala tuju

Menyaksikan tangisan anak anak kecil
Menahan kelaparan dan kesakitan
Si ibu pula bekerja
Tanpa mengenal erti penat
Si ayah tebaring
Menunggu masa berakhirnya
Penyeksaan dunia

Hidup dalam kemiskinan
Kais pagi makan pagi
Kais malam makan malam
Tanpa mengharapkan bantuan
Tetapi hanya memohon doa
Agar berakhirnya penderitaan
Yg dialami

Aku seorang perantau
Merantau dari negeri ke negeri
Dan aku bersyukur
Allah membuka mataku
Untuk menjadi seorang perantau 
Untuk melihat segala kebesaran 
Keindahan dan kuasaNya
Di muka bumi ini




9 Oct 2014

Mengenaliku melalui blog

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari terakhir faz di Mukah, Sarawak. Sedih sgt sebab tak sempat nak jln2 kat sini. Jadi tak dpt Faz nak ceritakan keindahan kota mukah ni. Chewahhh. Haha.

Hari ni, faz nak ceritakan hal seorg budak yg sgt comel dan cute. Disebabkan permintaan Beliau, faz akan jawab pertanyaan dia dan rahsiakan identiti dia. Kahkah.  Dah mcm pengganti Encik Mimpi pulak hang ekkk. haha.

Firstly, thanks dek sbb baca blog Faz  yg tak seberapa dan sangat la membosankan. Thanks sebab jadikan cerita faz inspirasi hidup adek. Terharu sgt. Sebab sebelum ni, faz ingatkan takde org dok buang masa baca blog merapu faz ni. Jadi bila ada org msg dan comment tentang blog faz, faz sgt2 terharu. Walaupun tak bnyk, tp okay la tu. Syukur. Ada  gak respon dr pembaca. kahkah.

Soalan 1: Faz ni friendly ke?

Faz ni kalau dalam blog or apa2 je laman sosial memang active je nak bagi idea, bercerita. Tp kalau dah jumpa depan depan tu, memang takkan dgr bunyi dr mulut faz. Pendiam sgt. Kalau dgn kwn je gegila bak org gila. Jadi faz sarankan lebih baik kalau adek kenal faz dr blog, fb or laman sosial lain. Kahkah. Kalau adik talkactive baru faz lyn,  tu pun faz akan sumbat guna pisang kasi adik diam. hehe. Takde la. Acah je. Tak. Faz tak friendly.

Soalan 2: Faz lebih minat Encik Mimpi tp kenapa cte hal Fairul Adzreen dlm blog?

Amboii hang~ okay. Ni mesti terkejut sbb Faz cte hal Ferokan. Cte ny camni. Faz kalau nak tulis hal org kene dptkan kebenaran dr tuan empunya badan tu sendiri. Faz tak berani nak amik risiko tulis hal EM dulu sebab EM tu misteri dek. Ada faz cte hal dia sblm ni dlm blog, tp tak complete sbb  bnyk yg faz tak tau hal dia. Fero pulak seorang yg sporting dan tak kisah org nak tulis hal dia. Kebetulan faz minat giler kat lagu fero. Jadi faz jadikan Lagu dia dgn tuan empunya lagu bahan nak tulis blog. Alhamdulillah, Fero baca dan share cte faz. Bnyk bnyk cte yg faz tulis, Tajuk Fairul Adzreen yg mendapat lebih sambutan. Tekejut gak tgok jumlah pembaca. Thats mean Fero ni popular gak ahh. Okay sorry. Lari topic.

Soalan 3: Faz ckp ibu faz tak tau faz mengarang blog, jd sekarang mcm mane?

"Ada ke faz ckp. Topik mane pulak budak ni g selongkar" Tapi tu memang betul. Sekarang ni dia tau faz mengarang blog sbb faz dok share blog ni dalam fb. Memang la dia akan tau. Dia tak kisah kot. Sebab Ibu faz tak minat nak baca benda2 mcm ni. Apa yg faz tulis, dia tak pernah baca. Jadi bila dia tanye faz tgh buat apa lama2 guna laptop, faz ckp je la buat assignment. Kahkah. Bukan menipu, memang betul pun faz selalu buat assignment tp dlm masa yg sama ngarang blog kjap la kan. heehe. Jadi sekarang ni dia ok kot.

P/s: Faz pilih 3 / 5 soalan adek. Yg dua tu personal sgt. Jadi faz tak nak jawab sini. Thanks sebab bgi respon yg baik.  :) Sorry Encik Mimpi dan Fairul Adzreen sbb terselit nama hangpa berdua.

Sekian.....


8 Oct 2014

Kenangan poyo Faz

Assalamualaikum,

Apa kabar semua? Sihat? Dah breakfast ke? Huhu. Faz belum lagi, perut Faz dah berkeroncong nyanyi lagu rap. Tak tanya ekk? Ok bai. Haha. Takde la. Gurau senda diawal pagi je.

Sedang faz sibuk dengar lagu Suka nyanyian Encik Mimpi kan, terkenang la Faz time kecik kecik dulu. Faz ingat lagi time tu, Faz dan kawan2 suka sgt kumpul kakak & adik angkat tau. Kalau jumpa je yg baik baik terus offer "nak tak jadi kakak angkat sy?" kahkah. Ye la. Sebab sekolah kte semua perempuan takde lelaki, Kakak & adik perempuan je la yg dpt diangkat. kuikui. Nak couple time tu, ibu tak kasi sebab muda sangat. hehe.

Mulanya, Time form 1, masa tu kami yg paling junior. Jadi sebab takut kene buli, kte org g la cari kakak angkat. Yang paling tak bole blah, faz la. Sebab apa tau? Time tu kan faz belum ada handphone. Jadi susah sikit nak usha kakak2 senior kat skolah. Jadi nak tau faz offer dorg camne?
Faz amik kertas then tulis je, hantar surat cinta eh salah.. surat layang kat dorg. Haha. Jgn nak over sgt. Kwn faz pun buat camtu gak k? kihkih. Tak tau apa plak yg kakak senior tu fikir hal kte org. Aduii. Memang poyo ahh. Tunggu punya tunggu punya tunggu. "Faz, surat utk kau." fuhh~ bederau darah excited. Masa tu mane lagi tau erti malukan. Jadi Faz baca. "W'slm. Khabar baik dik, akak sihat je. Dah akak lunch. Adik pulak?" haha. Tu je yg dia reply. Ye la. Faz hantar camni "Salam akak comel. Apa Khabar? dah mkn tghhari?", Jadi dia balas tu je la. Pasing pasing pasing surat, dah jadi adik beradik angkat. Best la jugak ada adik beradik angkat ni, kte org dpt share cte, lunch sama, mcm2 ahh.. Bila kakak angkat faz dah hbs belajar, faz dah takde mood lagi nak cari. Jadi focus je dengan kwn.

Sampai la satu masa ni, time tu faz form 4, haaa. Faz pulak terima surat dari junior form 1. Suspen gak ah masa tu.  Haha. mesti dah tau kan apa yg dia tulis. fuhh~ betullll... Apa yg korg fikir memang betul betul belaka. Dia tulis "HI, Kak Faz" tu je~  haha. Memang tempa la kepala faz. Tapi Faz takdela sengal sgt nak reply surat yg short giler camtu. Jadi faz jumpa dia then cakap. "Hi dek. Kalau sekadar hantar surat tulis hi tu tegur je faz k? takyah pggil kakak2." hehe. Sebab time tu Faz memang tak suka jadi kakak dan dipanggil kakak. Dia pun ok gak, then kte org jd kwn. (Time ni nak panggil Kak Faz, Faz dah tak kisah dah ^_^)

Bila difikirkan kembali, CHEWAHH, kembali, memang tak dpt lupa la. Sungguh zaman kecik2 dulu sengal. Tapi masih dapat dijadikan kenangan. Dan bila faz tengok je budak budak sekarang ni, ada yg darjah 6 ibu bapa dah kasi phone. Budak form 1 dah pandai bercouple, ibu bapa pulak tak kisah. Sedih la faz tengok. Jauh sgt beza zaman skarang dgn zaman faz dulu. Jangan dik, sia siakan waktu remaja dengan perkara yg tak berfaedah. Kalau nak enjoy tu, boleh. Tapi tak payah sgt nak bercouple. Tipu cakap tak bole hidup kalau tak bercouple~ Kenapa Faz time kecik2 dulu dapat. Jadi pilihla kwn yg betul. Jangan mudah dipengaruh benda tak elok k? Masa remaja itu emas.

Sekian......

Permainan diciptamu

Kenapa perlu ucapkan sayang
Kalau sekadar nak mainkan hati
Kenapa perlu ungkapkan rindu
Kalau hatimu telah dimiliki

Bukankah aku juga manusia
Yang mempunyai perasaan sepertimu
Kenapa kau berpaling tadah
Setelah hatiku kau miliki

Permainan yang kau ciptakan
Menyeksa perasaanku
Membuatkan ku takut
Bercinta lagi

Jika dengan penipuan
Yang membuat dirimu bahagia
Maka teruskanlah sayang
Hidup di alammu sendiri

Ku percaya akan ada karma
Menghantui dirimu
Seperti mana dirimu
Menghantui hidupku

Keindahan Alam Semesta

Ku hayati keindahan alam ini
Memuji kebesaran Pencipta
Mencipta dunia yg serba lengkap
Makhluk yg saling bergantung 
Untuk hidup dibumiNya

Manusia memerlukan tumbuhan 
Dan haiwan utk hidup
Begitu juga sebaliknya
Dari terbit matahari
Hingga timbulnya bulan

Kicauan burung berterbangan
Ditambah deruan ombak 
Menenangkan fikiran
Yang kian terganggu 
Memikirkan hari mendatang

Ku lapangkan dada
Pejamkan mata
Tadahkan tangan
Untuk menyatakan rasa syukur
Tidak terhingga kepadaMu

7 Oct 2014

Keperitan dalam Percintaan



Dengarlah wahai hati

Janganlah kau terlalu lemah
Untuk mengakui bahwa
Kau sedang jatuh cinta
Kerna aku takut
Dirimu akan dikecewakan
Oleh kata kata manisnya percintaan

Jika kau mengalami
Keperitan disebalik percintaan
Tidak dapat digambarkan
Dengan syahdunya alunan muzik
Dan melodi indah
Tetapi onak duri  hanya
Kita yang merasai

Sabarlah wahai hati
Akan muncul seorang insan
Yang akan merawat lukamu
Membawa sinar cahaya kepadamu
Untuk menerangi kegelapanmu
Mengembalikan senyuman
Di wajahmu

Janganlah berputus asa kerna
Cinta mendewasakan kita
Supaya berfikiran lebih matang
Bukan sekadar hawa nafsu
Tetapi hempedu sebuah kehidupan
Untuk kita melangkah kehadapan
Mencari kebahagiaan
Yang kekal hakiki


6 Oct 2014

Fairul Adzreen - Fero

Assalamualaikum,

             Hari ni faz nak cte hal seorang penyanyi, iaitu Fairul Adzreen a.k.a Fero. Sebenarnya time faz cte hal lagu dia dulu, faz nak cte serba sedikit hal dia, tapi faz malu. Ye la. Dia mana kenal kite, apesal kite dok cte hal dia kan. Kihkih. Jadi Faz amik keputusan nak cte lagu dia je masa tu. Akhir nafasku. Dah dengar tak???  Lau belum, pergi dengar dulu baru sambung baca k? Alhamdulillah, secara tak disengajakan, Faz dah dapat permission dari tuan empunya badan nak cte hal dia. Jadi Blog faz kali ni memang berkenaan dengan dia je la. Kalau ada auta tu mintak maaf awal2 k. Kalau "anda" bosan, blh scroll terus sampai bawah takpun takyah baca.

              First kenal Fero melalui instagram, time tu tak tau camne blh tergerak hati nak view dia punya IG. Pandangan pertama? "Handsome gak mamat ni ekk, tapi kurus gilerr. Ahh. Lantak dia lah" Jadi Faz tak buka lgi dia punya IG. hehe. Tu first time tau kewujudan mamat ni. Faz minat giler bukak youtube dan cari cover org kan, jadi search punya search terjumpa lagi muka mamat ni buat cover lagu Masih mencintai. Faz nak cari Encik mimpi punya, tapi muka mamat ni lagi yang keluar. Nak tak nak tengok je la. Pandangan Kedua? " Kau lagi~ tapi tak pe sedap gak suara mamat ni, Cair la~ Untung dia, dahla muda (masa tu faz ingat dia sama umur faz 20), Handsome, Pandai main gitar, Pandai nyanyi lak tu."

              Jadi faz pun subscribe la dia. Banyak video cover dia Faz comment, like, comment, like. Masa tu gak Faz dengar lagu dia sendiri, dan menangis. Haha. Lawak la time tu. Sebab minat giler kat lagu dia, Baru Faz follow IG dia, twitter, facebook, blog, soundcloud & wechat. KahKah. Tapi selepas EM la. Dia orang kedua kot faz minat. Sebab, kalau faz search je EM mesti nama dia keluar gak.. Jadi terlampau suka kan dia, Faz tnya la dia dlm wechat, dia masih ada album tak? Dia cakap ada. Faz dah pasang niat nak beli, dah tu kakak Faz ckp, kalau nak beli pilih antara nak album dia ke album EM. Nak tak nak kene la pilih EM. Huhu. Sedih sangat, sebab faz tak reti bank in duit, yg uruskan tu kakak faz. Kene la ikut cakap dia. Kalau tak, dua dua disc melepas.. 

                  Jadi time dah dapat disc EM, dan menang g launching album dia. Faz berdoa sangat dapat jumpa Fero area KL. Tapi sedih Fero time tu kat Penang. Sampai nak balik Kuching pun Faz tak jumpa lagi mamat ni. Takpe la bukan rezeki. Kahkah. Lagipun Album dia pun faz belum dapatkan. 

                 Masa Yuhanis beraya dengan Faz, time tu baru dengan rasminya faz cakap yang faz minat kat Fero. Korg mesti fikir kami cte hal EM kan, kahkah. Sebab EM tu misteri jadi faz taknak la amik tau sgt hal dia, Bagi faz, faz sokong dan minat kat dia dah cukup sebagai dreemers. Banyak gak la faz tau hal fero ni dari Hanis. Hanis untung sgt sebab dpt kenal fero dgn lbh dekat, fero dok hantar lagu kat hanis, bergamba dengan Hanis. Ahhhh. Bestnyaaaaaaaa~ Thanks kat hanis sebab share lagu yg fero hantarkan dan cte hal fero kat faz. Tak sangka fero memang baik. Kalau dia jadi artis pun, Faz akan tetap sokong fero walaupun sekarang ramai yang minat dan sokong dia. 

               Faz ada gak mintak pandangan orang tentang fero ni. Ada yg ckp fero handsome tapi muda, nampak macam belasan dan baru masuk puluhan, Tapi bila faz cakap umur dia dah 28 semua tak percaya, faz sendiri pun tak percaya. Awet muda la Fero ni. 

p/s: Jadi dengan rasminya, hajat nak tulis hal Fero sudah tercapai, nak cover lagu dia lagi. Tapi oleh kerana suara tak sedap, tak yah je la. Kahkah.. Goodluck Fero. Always support awak sampai bila bila. Stay comel & Pacak..

Akhir sekali, dengarkan cover selamaku bernafas dari Fero. Credit to Hanis sebab hantarkan :)
Sekian..................



Tak reti nak edit vid guna phone jadi nampak cincai sikit arr.. Sorry..

SNS Fero:
Twitter/Instagram/WeChat/Keek: @fairuladzreen
                 

Aku Janji

Apa yg menggangu fikiranmu,
Luahkanlah,
Jangan dibiarkan pendam,
Apa guna aku disisimu,
Jika tidak membantumu.

Aku tidak akan biarkan kau terluka lagi,
Biar apa pun yang terjadi,
Aku akan sentiasa berada disisi,
Untuk terus menyokong dirimu,
Walaupun engkau tidak nampak kehadiranku.

Peganglah janjiku,
Yg akan setia padamu,
Disaat suka dan duka,
Pahit manis kita tempuh bersama.

Biar apa orang kata tentangmu,
Mereka tidak tahu kisah disebalik cinta kita,
Mengharungi pelbagai kekangan,
Ketika bersama.

Walau apapun yang terjadi,
Aku tidak akan tinggalkan kau,
Kerana aku janji dengan diriku,
Akan menjagamu,
Sehingga nafas terakhirku,
Aku janji.







Pertemuan dengan DreEMers di Sarawak

Assalamualaikum,

Lama da faz tak update blog ekk. hehe. Ingatkan time cuti ni banyak masa nak update blog, melukis and so on. Tapi busy memanjang. Memang takde masa nak buat itu ini. Minggu pertama cuti faz sibuk berkemas rumah sebab kawan faz beraya haji dirumah dengan faz. Waaa. Excited sangat.. Seminggu faz fikir camne nak layan dia, nak buat dia tak bosan duk dgn faz. Sebab faz akui, faz seorang yang membosankan. faz bukan jenis yg friendly. Sedihkan. Time dia datang mcm2 aktiviti yg faz ajak dia buat, Kitaorang g tengok wayang cte Dracula, serious cte tu sgt sgt best. Tak rugi tengok.Nak promote cte ni sat. Kami gak melepaskan tension pergi Karoke. Faz kenal dia time nak g launching album em. Dia salah sorg #dreemers. Bangga la faz dapat jumpa dreemers di sarawak. hehe. Selain dia, Faz dpt jumpa dgn kak azz juga merupakan dreemers. Okay. Awat bahasa sopan sgt ni. Haha. Nevermind.
Malam tu jugak faz dapat dengar dorang buat cover lagu encik mimpi-Selamat malam. Best sgt. Faz tak join, fazkan pemalu. Kahkah. (kau gelak siap kau) hee :D
Dinner dengan Kak Azz. Kesian dia baru balik Kuching  
dah kene amik Faz& jumpa Faz. 
Amik Hanis dari Unimas dan bawa dia beraya
Dengan Faz. 

Bersama Hanis menonton cerita Dracula dan karoks. Ni gambo kami berangan rangan nak jadi Encik Mimpi tetapi Bertukar menjadi encik superhero. Hehe. Apa apa pun terima kasih Topeng.
Perjumpaan bertiga dengan dreemers. Kami lepak sampai lewat malam dekat Taman sahabat. :D

 Terima Kasih Encik Topeng kerana menemukan kami dan mengeratkansilaturahim yg tak berapa nak erat sangat sebelum ni. In Sha Allah selepas ni, kalau ada masa nak jumpa dreemers yg berada di sarawak. Yang Faz tau setakat ni Yuhanis, Kak Azz, Mirah dan Aishah. hehe.

Akhir sekali dengarkan cover Selamat Malam Cinta by Yuhanis ft. Kak Azz.. :)

Sekian..