Aku alpa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur faz masih bernafas hari ini. Petang tadi faz dikhabarkan berita sedih dari sahabat handai, kematian salah seorg kawan sama sekolah menengah faz. Berita tu buat faz sebak sangat sebab, baru pagi tadi dia post gambar kat instagram yg dia tgh happy pergi trip dengan kekawan.

Mungkin Allah lebih menyayangi dia. Faz akan sentiasa sedekahkan fatihah untuknya dan doakan dia ditempatkan di tempat org yang beriman.

Cerita tentang kematian membuatkan faz tersedar dari sikap faz sendiri yang lalai. Ya Allah. Bila, bagaimana, dan di mana tiba masa aku di ambil pergi dari dunia. Sudah bersediakah aku? Sudah cukupkah amalanku? Akan diampunkah dosa aku sebelum ini? Ya Allah begitu banyak persoalan yang aku sendiri tidak terjawab.

Aku terlalu leka, leka, leka mengejar kehidupan. Aku terlalu gembira berada di bumi. Sehingga aku terlupa bahawa aku juga akan merasa kematian.

Menitis air mata ini, bukan kerna pemergian seseorang. Menitis air mata ini, mengenangkan nasib diri yang mudah alpa dengan tugas sebagai hamba Allah. Begitu banyak dugaan,kemewahan,kesusahan yang diberi olehNya untuk menguji hambaNya, tetapi bersyukurkah kita? Sabarkah kita?

Begitu juga aku yang selalu mengeluh setiap kesusahan, ketawa setiap kesenangan. Sedangkan hanya sehelai kain putih dan amalan  menemani kita di alam seterusnya kelak.

Bantulah aku memperbaiki diri ini. Jadikan diri ini baik dari masa ke semasa. Peringatkanlah diri ini tanggungjawab sebagai hamba Allah.

*peringatan kepada diri sendiri.

Sekian. Salam :)

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah