Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

29 Sep 2014

Aku dengan caraku

Assalamualaikum,

Apa khabar semuanya? Sihat tak? Kalau ada yg demam tu cepat2 la g klinik ke mkn ubat ke k? Haha. Tak yah jawab pun takpe, jawab lam hati je  :p

Alhamdulillah, sekarang ni faz da boleh focus nak mengarang blog lagi. Yeayyyy. Tepuk sikit, tak yah banyak2 sikit pun jadi la. Kahkah. Akhirnya sudah tamat diri ini bergelar pelajar di Multimedia College Sarawak. Chewahhh. Bangga ni tau mention kolej sendiri. Jadi selepas ni, faz akan mulakan hidup baru dan bukan seorang student lagi. Mane nak g selepas ni? Faz akan pratikal kat Telekom Malaysia. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Hidup bergelar siswi memang banyak mengajar faz berfikiran seperti seorang dewasa, lebih matang. Tapi muka tetap awet muda k? Tak yah nak over sangat. Hehe. Thanks kat lecture, senior,junior, dll. Yg banyak membantu, memberi tunjuk ajar, dan disisi faz selama faz dekat multimedia college. Tanpa korg faz mungkin tak cenggini (tak yah nak explain). Apa2 pun, terima kasih faz ucapkan. Sayang korg bebanyak.

Cuti ni, faz plan nak sambung balik focus kat minat faz, dan termasuk jadi fan tegar ENCIK MIMPI  dan FAIRUL ADZREEN selama 3 minggu. Jadi pekerja sepenuh masa tanpa dibayar gaji akan setia menyokong dorg 24 hour non stop kecuali waktu solat, makan, tidur. Kahkahkah.

Ada gak kawan faz nasihat, tak elok minat sgt kat dorg tkt kecewa. Memang. Faz memang fikir ada betulnya cakap dia. Tapi biarlah faz dengan cara faz k? Faz janji, kalau ada pakwe ke tunang ke suami, faz takkan focus dgn dorg lgi. Selagi dan selama single ni, elok la faz minat tegar kat dorg ye kwn?

Hari ni, faz happy sgt sebab dapat live starchat dgn ENCIK MIMPI dekat starchat gua.com.. memang mantap,meletop sgt. Walaupun cuma dpt webcam 30 awal dan 4minit terakhir, tp memang best sgt. EM memang diakui cute sangat malam tu. K. Captain please touching sikit? Hehe. Yg tak best nya ada la manusia yg masih mnta em bukakan topeng. Hurmm. Tu baru satu, yg tak best lagi ada org comment tak baik dekat fb captain, tu memang nak kene hempuk tu..

 Tak kisah la saudara/saudari nak bagi nasihat, tu hak korg. Tp jgn la kat tempat terbuka cam tu kan, pm je terus kalau tak suka. Apa yg kau dpt buat camtu? EM pun manusia biasa mcm kte gak, letak la tempat kau kat dia. Apa kau rasa? Seronok ke? Kalau seronok, ni memang nak kene pangkong dgn lesung batu ni. Kalau dah tak suka dia skali pun, takyah nak buat gossip nak ngata dia mcm2. Kalau korg bgs sgt, apa kata korg je yg nyanyi kat tmpt dia, korg kan takde keje selain menyibuk hal org. Kan? Elok la. Nak tau gak kehebatan org yg suka mengata org lain ni. Faz cakap bukan dasar faz minat ke apa k? Tapi kalau korg buat kat org lain pun faz akan geram gak. Kalau korg manusia, korg mesti faham kenapa faz rasa cam tu.

Okay. Maaf. Emosi lebih sangat malam ni. Biasa la wanita kalau dah ada masa mood tak betul kan. Haha. Tah papa la merapu faz ni.

Apa2 pun. Sebagai umat islam, sama2 la kita mengeratkan silaturahim ukhwah sesama kita. Buang segala hasad dengki,dendam,riak,takbur dll. Kita hidup tak lama, jgn biarkan hidup kita dilimpahkan dengan perkara yg tak elok. Tkt nanti kalau dah pergi tak kembali tu, tak sempat nak mnta maaf kat org yg kita kutuk kan. Haaa. Bertambah lak seksaan nya.

Disini gak faz nak mnta maaf kalau ada terkasar bahasa ke tersindir ke. Mcm yg faz cakap, faz tak nak meninggal dlm keadaan tak sempat meminta maaf kat korg. Jadi dengan ikhlas saya FazAriffen, ingin memohon ampunn dari rambut hingga ke hujung kaki. Sebab YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK DATANG DARI FAZ(HAMBA ALLAH) SENDIRI)


Sekian, semoga kita jumpa lagi InSha Allah.
Sekian.. ;)

#EncikMimpi #fairuladzreen #akhirnafasku #sokongfero #feromusic #rindukanlah  #akhirnafasku #selamatmalamcinta #encikmimpiproduction

26 Sep 2014

Sumayyah Binti Khayyath

Sumayyah

Hebat sungguh pengorbananmu
Mampu membuatku menangis
Mengenangkan diriku
Yang mengeluh ditimpa masalah
Sedangkan dirimu sanggup
Mengorbankan diri demi 
Menyelamatkan insan yang kau sayang
Yang kau sanjungi

Kerdilnya diriku berbandingmu
Mampukah aku bertahan sepertimu
Memperjuangkan agama sepertimu
Menjadi wanita solehah sepertimu
Kekuatanmu tidak dapat disangkal
Wanita pertama  syahid
Demi keluarga, agama dan nabi

Kisahmu dijadikan teladan
Untuk tatapan generasi akan datang
Pedoman hidup remaja sepertiku
Kesabaran menempuhi segala ujian
Dan kebahagian yang menanti

Kisah Sumayyah

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2). 




'

24 Sep 2014

Pelancaran Album Encik Mimpi - Selamat Malam Cinta




Assalamualaikum,

23 september 2014. Faz da set lam otak faz nak g launching Encik Mimpi. Alhamdulillah tercapai gak hajat faz. Apa yg faz rasa? Okay serious mulanya faz excited giler. Sebab faz minat giler kat captain. Tapi faz rasa teramatla humble, faz sorg dari Sarawak. Huhu. Indah khabar dari rupa. Jujur faz kecewa sangat sangat. Faz pun tak tau kenapa faz blh rasa camtu. Faz sanggup pergi kl semata2 nak jumpa EM, dah tu final exam the next day je. Macam2 janji yang faz da buat dgn family faz sbb nak g kl. Kurang cerdik gak ek faz ni. First time tengok captain, faz rasa nak nangis. Betul ke apa yg aku buat ni? Aku g sini sebab kau? Apa istimewa kau ni ha? Aduiii. Pusing faz fikirkan. Faz tak pernah buat kerja gile mcm ni seumur hidup faz. Ni la first time faz sanggup buat demi artis lak tu. Arghhhh. Mcm bukan faz lak. Balik je dari sana, faz terus nangis. Tak tau nape. Sedih sangat2.  Tapi yg happynya segala impian faz nak jumpa encik mimpi depan depan jadi kenyataan. Dapat signature, album lagi, baju and so on. Dapat berborak bergambar walaupun sekejap. Dari situ gak faz dpt kenal dgn Dreemers, Kak Red, AC, Amal, Maisarah(meow),and ramai g. Best tengok dorg begurau macam family betul betul. Kalau la faz dapat jadi sebahagian dari dorg kan best. Haha bermimpi je k? Faz jumpa dorg pun faz dh bersyukur sgt2. Kak Red, AC, Hanis, Mirah thanks sangat2 dah bantu faz. Walaupun korg tak baca blog faz, tp faz tetap nak ucap thankyou. Kalau takde korg, faz memang tak g sebab tak tau camne nak g. Gembira dalam kesedihan. Apa2 pun faz tetap akan sokong Encik Mimpi dr jauh. Thanks bagi peluang kat faz. EM pun cool sangat walaupun  tak dpt berborak sangat tapi Faz nampak kebaikan EM dgn peminat dia. EM jangan berubah k, Walau apa pun yg terjadi peminat peminat EM akan setia, sentiasa sokong EM. Kata orang tak kenal maka tak cinta, Dorg belum kenal EM tu yg dorg belum jatuh cinta. cehh. haha.  ☺

Dari situ gak faz kenal dua org akak, kak dayah dan kak diyana. Dorg pun menang rakuten mcm faz. Ada gak rasa bebaloi g kl, sebab dorg baik sangat dengan faz. Dengan dorg faz rasa dihargai. Kak dayah layan faz mcm adik sendiri, senang bergaul dgn dia. Faz kesian tengok dia. Faz cte serba sedikit hal akak ni k, umur, atas permintaan akan dirahsiakan, seorang yg lasak, baik hati,friendly,comel lotte, and so on. Dia dtg dr Raub. Faz tak tau g tempat tu kat ne. Dia seorg cikgu sekolah agama. Dia g jumpa captain atas permintaan student form 5 dia yg nak sangat dia jumpa captain. Lawak kan. Tp dari situ gak faz nampak yg kak dayah tak nak kecewakan student dia walaupun dia tak minat captain sangat. Dia asyik tnya faz tau patut ke tak dia lari, tergelak faz tengok dia. Disebabkan faz dia sanggup stay sana sbb nak temankan faz. Jujur dgn dia faz rasa dihargai, kak dayah cakap "akak tak sedih pun berpisah jumpa em, tp akak sedih sbb faz kene balik sarawak" tau tak faz tersangat terharu & rasa dihargai, walhal point kte semua dtg sini sbb encik mimpi, tp dia happy jumpa faz. Dr situ faz blh lihat keikhlasan dia. Tak pernah ada org kat sini hargai faz. Kak dayah org first cakap "kalau em tak hargai kedatangan faz, akak bawa je faz jalan2, kesian faz dtg dari sarawak sebab em dahtu tak dihargai". Faz tahan air mata je bila kak dayah ckp camtu. Betul apa yg dia ckp, tp faz faham ramai g yg sanggup buat apa demi em lebih dr faz. Siapa la faz nak dihargaikan. Sedih tu memang sedih tp thanks sangat2 kak dayah sebab hargai faz. Faz syg kak dayah. Kalau la kak dayah ada blogger nak je faz suruh kak dayah baca ni, faz cerita hal kak dayah tau bukan encik mimpi. Ni pun sebab faz tak tau nak ucap macam mane terima kasih kat kak dayah. Kak dayah baik sangat. Kalau sudi datang la sarawak k? Nanti faz bawa jalan jalan. Hehe. 

Kak diyana pula sanggup ponteng khusus sebab em. Haa. Ni dia peminat tegar em. Dia pun dtg dr raub. Thanks kak sbb baik dgn faz. Hehe. Orang Raub memang best.. hehe.

Faz da anggap korg mcm akak faz sendiri. Sporting sangat. Faz doakan kte ada jodoh nak jumpa balik, lepak sama2. Amin.. 

#launchingalbum #selamatmalamcinta #smc #encikmimpi #dreemers

Thanks EM buat faz rasa dihargai wlaupun hanya follow back je. Sayang EM ❤


To the haters: Get a Life! Sudah2 la cari publisiti murahan tu. Banyak lagi keje korg blh buat selain mengata EM. Gua mintak maaf kalau terkasar bahasa. Tapi gua tak tau lak ada lagi orang yang tak dapat tengok orang lain berjaya. Jadi, GET A LIFE! ;)
Selamat Malam Cinta :D

20 Sep 2014

Dialah Ibu, Dia juga Ayah

Tahun ni genap 15tahun pemergian  arwah ayah.
Waktu tu faz baru berumur 5tahun dan adik 4bulan dalam kandungan. Pernah sekali seorang hamba Allah bertanya dengan faz, kenapa ibu faz begitu tabah menghadapinya. Tiada seorang pun isteri yang dapat tabah permergian suami ketika masih mengandung dan mempunyai anak anak yang masih kecil. Sejujurnya, Faz pun tak pernah terfikir hal sebegini dari kecil.

Ya Allah, memang benar. Ibu memang seorang wanita yang cekal. Membesarkan kami 4 adik beradik seorang diri tanpa menerima apa apa bantuan. Besarnya pengorbanan ibu.
Dialah ibu, dia juga ayah.

Sekarang kami telah dewasa, walaupun faz bukan anak sulung tetapi keperitan, kesunyian yang dihadapi oleh ibu selama 15tahun, faz seolah olah dapat memahami. Baru kini faz merasakan berdosanya diri ini ketika mengingkar kata ibu, melawan ibu.

Ibu sanggup buat apa sahaja asalkan anak anaknya bahagia. Walaupun kadang2 terkasar bahasa, tetapi setiap permintaan kami ibu akan cuba tunaikan walaupun sukar. Ibu tidak pernah meminta apa apa pembalasan dari kami sehingga kini. Walaupun kami semua sudah besar, ketika sakit, ibu sanggup tidak tidur malam untuk menjaga kami. Ibu tidak pernah menyatakan rasa kecewa walaupun kami telah banyak melukai hatinya.

Kini ibu semakin tua, keluhan demi keluhan kedengaran di bibirnya. Mengadu kesakitan, keperitan kehidupan. Membuatkan hatiku turut resah. Aku takut, takut, takut tidak sempat membalas setiap jasa yang dia berikan selama ini.

Ibu seorang ibu tunggal yang amat aku sanjungi. Menghadapi liku liku kehidupan tanpa suami tanpa bantuan keluarga. Bayangkan faz sendiri berada ditempat ibu membesarkan anak2 yang sedang membesar? Ya Allah faz sendiri tidak tahu sama ada faz mampu melakukan dan tabah seperti ibu

Jika ayah masih hidup, ayah mesti bebangga mempunyai seorang isteri yang sangat kuat menempuhi dugaan.

Ibu merupakan inspirasi terbesar hidup faz. Faz tak dapat dan tak nak bayangkan kehidupan kami tanpamu ibu. Walaupun faz bukan anak yang baik tetapi faz akan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari.

Tahniah ibu, kerana berjaya menghadapi ujian yang paling besar dalam hidup sebagai seorang hamba Allah. Percayalah, Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya sendiri.

Terima kasih bu, sebab tahan dengan karenah anak anakmu. Terima kasih kerana membesarkan kami dan menjadikan kami manusia yang berguna, In Sha Allah.

Ibu, faz janji akan menjaga ibu dihari tuamu kelak. In Sha Allah . Jika umur kita masih ada. Amin.
Faz sayang ibu.
Sekian. Salam :')

#ibu #kasihsayang

19 Sep 2014

Aku alpa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur faz masih bernafas hari ini. Petang tadi faz dikhabarkan berita sedih dari sahabat handai, kematian salah seorg kawan sama sekolah menengah faz. Berita tu buat faz sebak sangat sebab, baru pagi tadi dia post gambar kat instagram yg dia tgh happy pergi trip dengan kekawan.

Mungkin Allah lebih menyayangi dia. Faz akan sentiasa sedekahkan fatihah untuknya dan doakan dia ditempatkan di tempat org yang beriman.

Cerita tentang kematian membuatkan faz tersedar dari sikap faz sendiri yang lalai. Ya Allah. Bila, bagaimana, dan di mana tiba masa aku di ambil pergi dari dunia. Sudah bersediakah aku? Sudah cukupkah amalanku? Akan diampunkah dosa aku sebelum ini? Ya Allah begitu banyak persoalan yang aku sendiri tidak terjawab.

Aku terlalu leka, leka, leka mengejar kehidupan. Aku terlalu gembira berada di bumi. Sehingga aku terlupa bahawa aku juga akan merasa kematian.

Menitis air mata ini, bukan kerna pemergian seseorang. Menitis air mata ini, mengenangkan nasib diri yang mudah alpa dengan tugas sebagai hamba Allah. Begitu banyak dugaan,kemewahan,kesusahan yang diberi olehNya untuk menguji hambaNya, tetapi bersyukurkah kita? Sabarkah kita?

Begitu juga aku yang selalu mengeluh setiap kesusahan, ketawa setiap kesenangan. Sedangkan hanya sehelai kain putih dan amalan  menemani kita di alam seterusnya kelak.

Bantulah aku memperbaiki diri ini. Jadikan diri ini baik dari masa ke semasa. Peringatkanlah diri ini tanggungjawab sebagai hamba Allah.

*peringatan kepada diri sendiri.

Sekian. Salam :)

17 Sep 2014

Berehat untuk seketika

Assalamualaikum,
Aku tanya apa khabar? Chewahhh. Ambil sikit lirik. Hee. Alhamdulillah, baru je ada masa nak buka blog. Rindu gak nak taip ni. Lama Faz busy dgn cover lagu dgn kwn2 bnyk benda yg faz tinggalkan. Having so much fun, spend time buat cover dgn kawan, nak tengok? G ah buka kat youtube search faz ariffen. Tu pun sikit je yg faz upload. Yg lain tu tak berapa nak ok la. 

Huhu. Lama busy ni, Faz rindu sangat nak melukis, walaupun lukisan serupa ****. Rindu nak menulis. Rindu rindu rindu sangat sangat.. Faz pun tak sangka yg faz sekarang ni cuba cuba nak menyanyi. Wahhh. Banyak yg faz cuba buat sekarang. Walaupun suara tak kacak, tak merdu tapi faz tak kesah janji faz bahagia. Kahkahkah.

Dah dekat 3 minggu gak la faz melalak menyanyi, baru hari ni suara faz sakit sgt dh tu demam. Tu la melalak tak ingat dunia. Tp best bebb. Lepak dgn kwn lama, main gitar, menyanyi. Fuhhhh.. tapi faz tak nak la focus sgt dgn music, seni lukisan ni sebab tak lama lagi dah nak final. Faz takut nanti effect kat result. Huhu.

Jadi faz dah buat keputusan nak berhenti sat buat semua tuand focus kat final. Hehe. Blog? Errrrr. Berehat gak kot..

Tapikan dugaan paling besarrrrr nak FINAL ni is Faz............
*PENGUMUMAN PEMENANG PERADUAN SELAMAT MALAM CINTA RAKUTEN** 1- Sarah Fatnin 2- Faz Ariffen 3- Amalina Lazim 4- Diyana Hamdan 5- Nor Hidayah Kamarudin Nama-nama di atas nanti EM akan hantarkan tiket Eksklusif VIP untuk menghadiri majlis pelancaran album Selamat Malam Cinta Encik Mimpi pada 23 September ini bertempat di Sogo, Kuala Lumpur. TY korang! Tak sabar nak jumpa! Tahniah yang menang dan yang tak menang, kita cuba lain kali yaa


Haaaa... Tu yang paling besar. Faz Final hari khamis, launching tu hari selasa, korang dapat bayangkan tak perasaan faz masa ni. wahhh. Korang mesti ingat Faz tak g kan, ye la last minute sangat Faz dapat tau, Tambahan lagi Faz dudok kat Kuching, Sarawak. haha. Faz In Sha Allah pergi. Macam2 janji yang Faz buat kat Ibu dan kakak Faz sebab nak gi. Faz ni nak kata anak manja tu, tak la sangat, tapi agak manja la sebab bongsu perempuan dalam keluarga, jadi Ibu agak susah nak melepas Faz pergi seorang diri. Nasib baik kakak Faz kerja kat KL, takde la bahaya sangat. Cuma Faz agak gementar naik flight seorang diri. Gila kan Faz. Dahla Faz belum study untuk Final lagi. Aduhhhh.. Nak lepaskan yang ni, peluang datang sekali je. Memang stress beb.  Jadi Encik Mimpi, MU TUNGGU AKU DATANG. Kahkahkah..

Anyways, Thanks kat kwn2 faz yg sanggup layan faz lama ni. Yg bantu faz buat project, dan mention faz hal launching album EM ni. Faz takkan lupakan korang.
Kegembiraan penawar kesakitan.
Sekian. ☺

8 Sep 2014

Aku tumpang gembira

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat lagi faz menulis hari ini. Hari ni faz dapat berita gembira dari ex faz, waaa. Alhamdulillah dia dah bertunang. Faz dapat tau pun dari facebook je. Hehe. Faz happy sangat kat dia. Dia ni pun sangat baik, caring, sanggup buat apa saja demi orang yang dia sayang. Dulu memang salah faz gak, faz tak reti nak hargai orang. Ye la masa kecik kecik dulu mana reti nak bercinta, main rembat je la nak bercinta. Cinta monyet la katakan. Sekarang ni? Hehe. Memang faz takde masa nak bercinta, mungkin tak nak nak bercinta.

Ada gak ex faz yang dah kahwin. Waaa. Kadang kadang bila faz pulak yang ditanya bila nak kahwin, faz cakap satu je, jodoh belum sampai. Lagipun faz lagi muda banyak g yang belum tercapai. Jasa ibu  belum lagi terbalas. Memang la faz sokong bab bab kahwin muda ni. Ye la, nak elak maksiat. Zaman sekarang ni macam2 boleh jadi. Tapi tu la, jujur faz cakap, faz memang nak sangat bercinta macam org lain sampai ke jinjang pelamin tapi ada rakan faz cakap elok faz belajar hargai orang dulu baru bercinta balik.
Huhu. Faz pun rasa apa yang dia cakap tu memang betul. I really need someone to teach me how to appreciate.

Faz memang blh hargai orang itu pun faz cuma reti hargai sebuah persahabatan dan keluarga je. Benda lain tu kurang sangat sangat. Kritikal sangat ke aku ni? Haha.

Ye la, zaman sekarang susah kte nak cari lelaki yang betul betul nak kat kte. Lagi pun faz ni anti sosial, tp takde la nerd, faz takde apa2 bakat atau kelebihan nak dbanggakan, ekkk.. apa pulaj kena mengena~ haha. Saja je.
Tapi takpe, sebab faz percaya kat takdir dan apa yang telah Allah aturkan kat faz. Cuma tak tau bila, dimana dan bagaimana kami berjumpa. Faz tau jodoh faz pun masih ada, cuma faz perlu buat solat istikharah, berdoa dan tawakal. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Sekian. Wasalam  ;)

6 Sep 2014

Akhir Nafasku by Fero

Assalamualaikum,

Malam ni faz nak cerita tentang lagu lak. Haa. Lagu yang first time faz dengar, air mata faz dah jatuh. Dengan suara orang yang menyanyikannya sangat merdu, liriknya menyentuh hati dan muziknya yang perghhh tak tau nak cakap. Nak tau lagu ape? Tu kat title dah bagi tau. Hehe. Nyanyian Fairul Adzreen a.k.a Fero. Errr. Sebab Fero tua 8thun dari Faz jadi lebih afdal faz panggil abang fero. Haha. Maaf ye abg fero.

Dalam sehari lebih kurang 5 ke 15 kali faz dengar lagu dia. Faz pun tak tau mcm mane boleh addicted dengar lagu dia. Faz ni jarang nak dengar lagu melayu kecuali kalau mode melayu or jiwang tu datang. Faz layan lagu korea je. Faz kan kpoper. Ecehh. Perasan. Hee. Sorry.

Lagu ni dah macam ubat tidur faz. Dah tak yah cari ubat tidur lain g dah. Kalau kakak faz ada kat sini mesti dia tanye "eh kau tak fed up ke ulang lagu yang same je"
Nasib baik la dia takde.

Kadang kadang tu, bukan kadang kadang la tapi selalu, kalau faz nyanyikan dengan suara faz yang sumbang mambang ni, faz tak tau nape kelopak mata faz mesti basah sekali.
Faz suka tau kalau jalan dengan ibu tp faz dok je kereta, ibu yang beli belah dah tu faz bukak la lagu ni, then dah nyanyi tu faz nangis teresak esak. Sumpah lawak sangat. Dah ibu masuk kereta, dia hairan nape faz nangis. Alaa jawapan lapuk paling senang nak jawab cakap je la mata masuk habuk. Heee.

Tak tau la kalau korang yang dengar, sebab lirik ini berkisahkan seorang lelaki yang menghidap cancer tahap 4 dan dia nak kekasih dia bahagia. Tu yang buat faz sedih.

Ni pun sebab ada la seorang hamba Allah yang pernah jadi seseorang yang akrab dengan Faz, dia meninggal dunia dan Faz terkilan sangat tak sempat jumpa dia. Walaupun Faz masih form 3 waktu tu pemergian dia beri impak jugak la kat faz. Sampai sekarang faz masih ingatkan dia. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Semoga dia ditempatkan di tempat orang yang beriman. Al-Fatihah.

Hurmmm. Penghujungnya thanks sangat kat lagu tu yang mampu membuat telinga faz tak jemu nak dengar dan jadi salah satu lagu yang terpahat di hati. Hehe. #fairuladzreen #feromusic #akhirnafasku. Sekian. Salam :)

Abg Fero fightingggggg.... Semoga selalu sukses dalam kehidupan :)


Pesanan: Thanks sebab sudi baca blog Faz yang tak seberapa dan takde apa2.  Thanks abg fero sebab baca.

5 Sep 2014

Keinginan dalam hidup?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Faz masih dapat menaip walaupun dalam keadaan yang mamai. Faz mengantuk sebenarnya ni. Tapi faz gagahkan jugak nak menulis blog. Kalau ada tengok faz TYPO ke ada ayat yg susah nak difahami ke,  Comment je, faz sedia nak explain balik. Minggu ni faz memang busy sangat nak uruskan hal pratikal faz tak lama lagi, project, assignment, lawatan, test, report, presentation semua faz nak siapkan dalam minggu ni sebab tak lama lagi nak final. Dah seminggu jugak la jadual faz tak teratur temasuk diri faz sendiri, mata faz dah macam panda dah, tak cukup tidur. Balik je kelas terus kerja dengan nenek (business), malam lak kerja dengan ibu (business gak). Susah jugak bila ada keturunan darah keluarga business ni, susah sebab kena tempiass. Sabtu ahad pun kena kerja gak. Kalau tangan kaki tak bergerak, duit pun tak bergerak jugak la alamatnya. Busy macam mane pun faz, blog tetap faz tak boleh lupakan, faz kan pernah cte sebelum ni dekat tajuk post "Minat dan bukan minatku". Malas la nak ulang, ni la masa privacy faz. Huhu. Kesian kan? TAPI ini bukan point cerita faz sebenarnya, saja je nak melalut sekejap.

Ni nak cta Ada la suatu hari tu, Faz terbaca satu pertanyaan seorang artis dkat facebook. La tak yah la faz mention siapa kan. Kang ada lak gossip. Hee. Acah je. Sambung balik. Walaupun soalan dia simple tp bagi faz agak mendalam gak. Faz teringin nak comment, tapi sejujurnya faz memang tak suka comment apa2 asal ia insan yang berkerjaya "artis" bukan tak suka. Sebab faz rasa kalau faz comment macam la diaorg kesahkan. Maybe comment faz cuma dipandang camtu je. Dorg tak kesah, faz lagi tak kesah. Faz bukan nak buat tanggapan negatif kat artis tp faz sebenarnya dah serik nak minat artis. Sbb faz pernah tau FIRST TIME minat artis malaysia sbab bagi faz dia unik sangat. Dan faz masa tu memang faz fanatic sangat kat dia. First tu dia layan. Faz tag dia kat instagram dia comment, kira bagi feedback la. Lama kelamaan dia makin hilang. Buatkan faz tercari cari. Faz follow semua SNS dia. Lepas tu faz tengok dia post kat fb, ramai gak yg comment, faz pun comment la jugak sbb faz minat gler ni, comment peminat dia yang dia kenal je dia reply, peminat mcm faz ni tak dreply. Ramai gak dh minat dia now. Biasalah, artis lah katakan. Sejak je dari saat tu faz dh nekad tak nak lagi dh minat dengan artis. Bukan la maksudny tak minat trus, minat tu tetap la minat, tp mungkin takkan fanatic mcm dulu lagi . Tak tau la bagi yg lain camnekan. Tak kesah la, tu pendapat faz je. Mungkin perasaan faz je. Haaa. Balik dekat FB artis ni tadi, faz nak jugak jawab soalan dia tp bukan balas kat comment status fb dia, tp dekat blog faz ni je.

Soalan: Apa yang korang inginkan dalam hidup?

Jawapan Aku:
Aku ingin menjadi muslimah sejati,
Hamba Allah yang taat pada perintahNya,
Anak solehah utk ibu dan arwah ayah,
Anak murid yg berdedikasi,
Seorang insan yang penyabar, penyayang, prihatin,berwibawa and so on.

Aku ingin berjaya dalam hidup ,
Supaya aku dapat balas jasa org tua ku,
Supaya aku dapat membantu insan yang memerlukan di luar sana,
Supaya aku dapat berjihad ke jalan Allah,
Kerana aku ingin mati syahid.
Aku ingin hidupku bahagia di dunia dan di akhirat,
In sha Allah.

Keinginan memang banyak, kalau nak disenaraikan keinginan individu memang melebih segalanya tetapi Itulah dinamakan keinginan, walaupun aku tak nyatakan semua keinginanku, tetapi aku cuma inginkan yang terbaik dalam hidupku. Walaupun cuma KEINGINAN yang MUSTAHIL utk aku capai. Dengan izin Illahi aku akan terus berdoa dan usaha untuk mengecapinya. In sha Allah.
Fahami konsep KEINGINAN dan tanya dan jawab kat diri anda sendiri apa keinginan anda. Tepuk dada tanya selera. Tak ada yang mustahil.
Maaf banyak sangat melalut.
Sekian. Salam. :)

Sahabat selamanya

Aku kenal kau dari aku darjah 1. Wahhh memang tak berasa sudah 14tahun kte berkawan. Segala suka dan duka kte kongsi bersama. Bukannya kte tak pernah bergaduh. Selalu. Haha. Dr kecil sampai sekarang memang asyik bergaduh. Aku dah anggap kau macam adik aku. Thanks sgt2 babe. Aku selesa bila dengan korg. Mcm dalam lagu tu, ketawa bersama,menangis bersama tp kalau mati bersama tu memangtakla. Haha. Tu biar Allah yang tentukan. 

Terima kasih sgt sebab tahan dengan perangai aku. Yela kau pun tahu perangai kte semua berbeza,pendapat kte memang tak pernah nak sama. Kalau takde korang aku pun tak tau siapa sahabat aku dari kecil. Dah besar ni memey la banyak tp yg dari kecil tu la yang aku cakap. Korang je aku ada.

Babe, walau ape pun jadi kat aku ke selepas ni, aku harap korg tetap kat sisi aku ekk. Kalau aku ke yang pergi dulu, tolong doakan aku di alam lain, doakan aku ditempatkan orang beriman walaupun aku tau aku tak layak disana. Tapi atleast dengan doa korang aku selamat sikit.


Aku sayang korang sangat2. Sekarang maybe korang tak baca ni. Dan tak tau bila korang akan jumpa blog aku ni. Tu aku tak kesah. Yang penting aku nak korang tau walaupun kte jauh, aku tak pernah lupakan korang walaupun sesaat. Ecehhhh. (Rembulaknya la) hehe. Aku janji babe walaupun siapa antara kte kahwin ke apa ke aku akan sematkan nama korg kat hati aku ni. Aku hope kte sahabat selamanya. Thanks a lot babe.

I want you to know that i hate to love you everyday but i really really do love you.

I think if I’ve learned anything about friendship, it’s to hang in, stay connected, fight for them, and let them fight for you. Don’t walk away, don’t be distracted, don’t be too busy or tired, don’t take them for granted. Friends are part of the glue that holds life and faith together. Powerful stuff. – Jon Katz

Salam sayang dari sahabat:
FazAriffen

2 Sep 2014

Sebab Janji

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Syukur sangat kat Illahi kerna bagi Faz peluang untuk bernafas lagi hari ni. Hari ini, apa  yang Faz nak kongsi mungkin agak bosan sikit, tapi tapi tapi teruskanlah membaca ekk. Kalau korang tak baca siapa lagi nak bantu Faz nak baca kan?

Hari ni Faz nak cerita sedih tentang salah seorang hamba Allah dan merupakan rakan Faz gak. Nama? Biarlah rahsia. Faz kenal dia dari 2008 tapi Faz tak pernah rapat dengan dia. Sejujurnya Faz memang tak suka dengan dia atas sebab sebab tertentu, tapi sekarang Faz okay je dengan dia sebab Faz dah taknak ingat kisah lama. Ya, memang semua orang boleh berubah, dari jahat then jadi baik begitu gak sebaliknya, bergantung dengan pendirian masing masing.

Haritu, D (bukan nama sebenar) datang jumpa Faz dia pergi cerita semua masalah dia kat Faz, Faz memang tak kisah orang nak p cerita kat Faz tapi masalah budak ni dia nak Faz tolong dia tapi nasihat Faz satu pun dia tak nak pakai. Masalah dia dengan makwe dia, D memang tak pernah cerita masalah dia dekat orang, dekat kawan rapat D pun dia tak pernah cerita, haritu dia p cerita dengan Faz pun sebab sebenarnya Faz orang yang sangat rapat dengan makwe dia. hehe. Dulu dia orang ni memang tak pernah dapat renggang, Dia orang kenal dari 2004 lagi tapi couple dari 2008.

D ni memang bijak, pandai tapi dia ada satu penyakit, iaitu penyakit malas, suka nak melengahkan kerja, tak serius dengan kerja yang dia buat, suka melepak dengan kawan, dan malas nak cari kerja yang dapat menjamin masa depan. Haaa. tu bukan satu penyakit lagi tu, tu dah banyak. Sebab tu la makwe dia p tinggalkan dia. D pun mintak la Faz tolong satukan dia dengan makwe dia balik. D cakap yang dia dah JANJI masa bekasih dulu yang diaorang akan hidup bahagia hingga jinjang pelamin, hanya mati yang dapat pisahkan diaorang. Biasa la ayat masa bercouplekan. D tak dapat tinggal dan lupakan makwe dia sebab JANJI yang diaorang dah buat atas nama Allah. Faz bagi nasihat senang je Faz cakap yang kalau ada jodoh ada la, kalau takde tu lupakan je la makwe dia. Tapi si D ni degil dia masih nak sebut hal JANJI tu gak. Kalau korang kat tempat Faz memang korang benggang dengan D.

Jadi Faz cakap kat dia yang memang betul niat dia dah baik sebab dia nak tanggungjawab kahwin dengan makwe dia, tu dah betul niat dia tapi kalau dia tak dapat kerja yang elok lagi, dia nak bagi makwe dia dengan anak diaorang nanti makan apa? tol tak? takkan la kasih sayang je dapat nak bahagiakan keluarga. Ni yang Faz suka cakap NIAT TAK MENGHALALKAN CARA. Kalau betul la D nak jugak dengan makwe dia p la cari kerja elok atleast dapat bagi anak bini dia makan, Kalau D takde jodoh dengan makwe dia pun mungkin D akan jumpa orang yang jauh lebih baik dari makwe D. Kalau dengan orang lain pun, D masih gak perlu cari kerja yang elok, kena buang sifat malas tu kan.

Pesanan untuk D: Bukan Faz tak nak tolong D tapi tu semua kerja Allah. Jodoh Pertemuan Kematian kita serah je kat Allah D. D ada cakap yang memang kerja Allah tapi kita sebagai manusia kena usaha. Ya tu pun betul D. Tapi bukan usaha nak pakse dia kahwin dengan D. D buatla solat istikharah. Kalau betul dia jodoh D, Faz doakan yang terbaik untuk D. Tapi kalau dia bukan jodoh D, Faz harap sangat D terima kenyataan tu D. Faz kesian sangat tengok D. Faz dah anggap D macam abg Faz sendiri. Sedih tengok D datang jumpa Faz dengan keadaan yang susut macam tu. Memang boleh D sayangkan orang tapi Faz mintak sangat jangan la sayangkan orang LEBIH dari Penciptamu D iaitu Allah. Faz harap selepas ni, kalau D jumpa Faz, D dah dalam keadaan yang bahagia. Walaupun selepas ni kita dah takde kena mengena, D tetap kawan Faz. Ramai lagi yang bercinta berjanji bagai nak rak bertahun tahun tapi tak sampai ke hujung D, Ramai lagi yang terima senasib dengan awak. Tapi, macam yang Faz cakap, tu semua kerja Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.

Dan Faz harap ni pun pengajaran kat Faz gak, sebab Faz belum kenal apa itu erti cinta. Jadi Faz tak tau kalau kalau kisah cinta Faz pun tak seindah yang Faz sangka. Faz cuma harapkan Faz ditemukan dengan Jodoh yang beriman dapat mendidik Faz dalam hal agama dan dapat memberi didikan yang sebaiknya untuk anak anak, In Sha Allah. Amin Ya Rabb.. :) Sekian..