Minat dan Bukan Minatku

Hari ni Faz nekad nak buat benda yg paling faz tak suka nak buat iaitu melukis. Cehh. Memang faz tak suka melukis. Wlaupun 5thn faz belajar melukis. Hasil lukisan faz asyik mengecewakan. Mana taknya, ibu, ayah, kakak dan adik semua ada bakat melukis. Cuma faz je yang tak reti nak melukis. Percaya dok? Sedih tau bila tengok lukisan faz sebelum ni. Dan hari ni sempena malam merdeka faz nekad sgt2 nak melukis. Walaupun tak cantik tapi faz akan cuba buat yang terbaik.


PIC 1: Ni gambar pertama faz lukis. Yang ni nampak cantik sebab Faz sketch je yang adik Faz punya.  Ibu faz cakap yang kalau nak belajar melukis kene ada cth dulu baru dapat melukis. 

PIC 2: Ni gambar ke 2. Ya, yang ni pun nampak elok sikit. Sebab...... hehe. mesti ada sebab. Yang ni pun sebenarnya faz sketch dari lukisan kakak faz pula.. Tangan dia takde sbb faz memang tak reti nak lukis tangan. Kesian kan tengok Faz.. :(
PIC 3: Haaa. Cuba teka pic ke 3 ni faz tiru siapa? hehe.. takde sape2 pun. Yang ni faz lukis sendiri dan faz gagal macam biasa :'( haha. Ni Faz dah give up and fed up dah melukis ni. Haaa. sebab ni la faz paling anti bab bab melukis ni. Faz sendiri pun tak faham kenapa faz ambil kelas melukis dan apa yang faz belajar selama 5tahun belajar melukis. Sedih tol la mengenang nasib diri. 
PIC 4: Ni bukan sebarang lukisan ni. Ni namanya kuasa ruler dan highlight. haaa. Yang ni adik Faz yang tolong ajarkan. Thanks kat dia. Sebab dia malas nak ajar faz melukis, jadi dia dok ajar faz buat benda ni. Faz pun tak faham apa point gambar ni. Dah dekat setengah jam Faz dok perati gambar ni tau tak? Apa apa pun faz memang minat sangat kat Highlights. Hehe. Asal ada highlight, I can do whatever I like. hehe.  ")
PIC 5: Haaaa. Dan inilah hasil terakhir Faz dan yang paling Faz suka sangat nak buat tetapi seluruh family Faz benci nak buat. Haha. Menulis ayat jiwang, menulis puisi, sajak dan sewaktu dengannya tu memang satu satunya hobi, bakat dan minat Faz.

Kakak kakak Faz semua kelas science, Faz je ambil kelas sastera dan geo. Nak kata faz tak minat science tak jugak sebab Faz suka nak buat eksperiment tapi faz takut haiwan dan binatang dan faz takut darah. Hehe. Memang dalam kami adik beradik faz je yang lain dari yang lain dari segi minat je la, lain tu semuanya sama. Apa yang diaorang minat, Faz tak minat. Apa yang faz minat tu yang diaorang tak minat. Tapi satu persamaan kami adik beradik, kami minat giler giler dengan kpop. heee. Faz pun pelik sangat nape Faz minat sangat kat sastera sampai dua tahun berturut2 Faz naik pentas sebab jadi student terbaik sastera (Ni bukan niat nak show off tapi nak cerita je k?). Tapi bila subjek Bahasa Malaysia tak lak Faz jadi the best student. haha. Faz ada gak berangan nak jadi pengkaji cuaca or pembaca berita jadi faz ambil bidang geografi. Tapi tu tak pernah la dapat apa apa sijil. Just minat macam macam tu je.

Bila Faz dah habis spm, Faz ada niat nak ambil salah satu dari bidang tu bila nak sambung belajar. Sama ada sastera atau geo. Tapi ibu faz tak benarkan, dia suruh Faz pilih sama ada nak ambil kulinari atau Management je. Faz dulu takut sangat kat ibu faz, bukan takut apa, Faz takut kalau faz menentang cakap ibu, apa yang faz minat buat takde berkat dah tu banyak masalah, jadi Faz pun buat keputusan nak berhenti buat apa yang faz minat dan ikut cakap ibu. Tu yang faz ambil course Management with multimedia kat multimedia college ni.
Alhamdulillah faz syukur sangat walaupun faz tak minat tapi faz lulus setiap sem dan tak pernah gagal.  Sebab faz jenis yang tak suka ambil risiko. Dulu faz ada 4 buah buku nota. Dalam buku tu semua puisi, lirik, sajak, cerpen dan cerita ciptaan faz sendiri. Tapi ibu faz dah buang semua buku Faz. Sejak dari tu Faz pun berhenti sepenuhnya buat semua tu.

Sampai la satu masa hujung tahun 2013, faz terbaca satu blog ni, dalam blog tu ada cerita hal dia sebijik macam cerita faz gak, tetapi  dia punya masalah lain dan dia dah jumpa jalan penyelesaiannya. Jadi Faz pun terfikir kenapa faz tak teruskan je menulis, buat puisi walaupun tanpa sokongan keluarga. Jadi Faz mula buat blog ni.  Dan disini la Faz mulakan kembali minat Faz tu. Walaupun Faz dah lupa dengan cara cara asas yang faz belajar dulu tapi Faz buat je ikut apa yang Faz rasa dalam hati. Faz dalam proses ingatkan kembali apa yang faz tulis dalam 4 buah buku tu. Tapi ingatan faz / I.Q faz ni tak tinggi sangat dan faz ni pelupa, jadi tak dapat nak ingatkan apa apa.

Niat faz menulis ni BUKAN sebab faz nak terkenal mahupun nak dikenali tetapi Faz nak merealisasikan je impian faz jadi penkarya walaupun tak sehebat orang lain tapi faz tetap berbangga dengan diri faz. Faz hanya dapat buka blog dan menulis bila faz di hostel, dan kalau faz di rumah, Bila ibu dan keluarga faz dah tidur baru faz dapat menulis dan cari ilham. Sebab tu Faz selalu tidur pukul 2-3 pagi. Syukur gak faz belajar kat Multimedia tu sebab faz dapat belajar buat cording, buat video dan macam macam lagi yang melahirkan minat faz. Jadi faz gandingkan semua minat minat faz ni, letak video dalam blog, guna cording dalam blog, letak resepi sendiri dan macam macam. Waaaa. memang tak terkata lagi dah rasa syukur Faz ni.

Untuk Ibu: Bukan niat Faz nak menentang ke apa, Faz tau ibu nak faz teruskan minat ibu yang tak kesempaian iaitu jadi chef buka kedai makanan sendiri, be a good businesswoman, InShaAllah, selagi Faz hidup Faz akan cuba ikut apa yang ibu nak, Tapi bu kita cuma merancang Allah yang menentukan, Apa pun kerjaya Faz dah besar kelak, Faz akan terima dan harap ibu tetap berbangga dengan Faz. Faz tak dapat janji nak jadi anak yang solehah dan baik, Faz selalu gaduh bertekak dengan ibu tetapi selagi hayat dikandung badan Faz akan membahagiakan ibu dan takkan biarkan ibu tua seorang diri. hehe. Ibu ikhlas dari hati Faz, Faz sayang sangat kat ibu dan arwah ayah. Maafkan Faz. :')




Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah