Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

18 Aug 2014

Keluarga bermasalah

Aku:   Ain(bukan nama sebenar) kau dah kenape? Suram je aku tengok. Ada masalah ke?

Ain:   Entah la Faz. Aku pun tak tau nak cta lagu mana kat hang ni.

Aku:   Haa. Elok sgt la tu. Tak yah nak cta. Biar muka tu dok bekedut mcm tu je. Tak yah tak yah.

Ain:   Hish kau ni kan. Haaa. Yela aku nak habak mai la ni.

Aku:   Haa. Tadi tak mau lak nak habak. Mai ku dengar.

(Aku dok gurau sat. Aku teruskan dgn bahasa yg mudah difahami laa pulak ye. Kang korg tak faham, terus tak nak baca.)

Ain:   Macam ni . Kau taukan keluarga aku macam mana. Tak pernah nak luangkan masa bersama. Ibu dan ayah hari hari gaduh. Aku tension la faz. Dia org tak pernah nak fikir hal kami adik beradik. Asyik duit duit duit. Diaorg ingat duit yg bnyk tu dpt ke bagi kami bahagia. Aku penat la faz. Ada masa tu aku sampai nak buat buat sakit sebab nakkan perhatian diaorg,lepas kantoi je ibu ayah aku terus marah aku. Diaorg tak faham ke yg aku perlukan perhatian?

Aku:   Laaa. Hal family ke? Sabarla ain. Memang betul duit itu tak bawa apa apa kebahagiaan. Tapi dengan duit itu juga kau boleh bina kebahagiaan. Senang cerita, kau sbg anak sulung. Kau jalankanla tanggung jawab kau. Maksud aku mcm ni, kau bincang elok elok kat diaorg yg kauorg adik beradik perlukan kasih syg diaorg. Kalau ada masa hujung minggu kau p ajak diaorg bercuti. Laa. Tak elok tau kau buat macam tu. Kata kata itu satu doa. Kalau Allah bagi kau betul betul sakit mcm mana. Tak ke naya kau. Cakap memang la senang, tetapi dh kau dapat nanti, kau yg payah nak nanggungnya. Nak ke kau betul betul sakit? Hehe.

Ain:   Kau ni pun. Cakap ikut sedap mulut je ekk. Memang tak la aku nak sakit. Aku cakap je sbb aku nakkan perhatian diaorg. Kau tak faham faz sebab keluarga kau tak sama mcm keluarga aku. Kau org selalu spend time masa bersama.

Aku:   Ain, memang la keluarga kita tak sama. Memang aku tak tau pun apa yg kau rasa. Setiap org mengalami masalah yang berbeza. Dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Allah takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan seseorang itu. Pasti ada hikmah kenapa ini terjadi kat kau. Kau jangan putus asa. Teruskan berdoa kat Dia supaya dimudahkan segalanya. Jangan sesekali buat perkara yang Dia tak suka. InShaAllah, Hidup  kau pasti akan bahagia.

Ain:   Terima kasih Faz. Walaupun kau tak membantu apa apa tetapi kata kata semangat kau mampu melegakan hatiku. Aku bersyukur sangat dikurniakan sahabat seperti kau. Walaupun mulut tu kadang kadang macam kerang busuk tetapi boleh gak di pakai. Haha. Aku acah je.

Aku:   Kau memang tak sayang mulut. Haha. Ada org nak kena cili mulut dia ni. Aku acah gak. Ingat Ain keluarga bahagia adalah keluarga yg hidupnya berlandaskan islam. Selain jalankan tanggungjawab kau sbg anak. Jangan lupa tanggungjawab kau sbg hamba Allah. Sama sama Ain. Itu gunanya sahabat. InShaAllah hingga ke Jannah. Amin.

Ain:   Amin.

*Tiada unsur sindiran tetapi hanya nasihat.
*Tiada kena mengena yg hidup atau pun telah pergi.
*Dialog ini adalah rekaan semata mata. Harap dijadikan iktibar.


No comments:

Post a Comment