Jatuh Cinta Lagi

Kata org tak kenal maka tak cinta,
Mulanya aku tak percaya,
Setelah mendengar suaramu,
Nyanyianmu,
Aku mula ingin mengenalimu.

Hanya dari sebuah lagu,
Aku mula meminatimu,
Keikhlasan mu mula terpancar
Disetiap gambarmu.

Anehnya bila cinta bermula dari sebuah lagu,
Sukar utkku mentafsir perasaanku,
Tapi dari sebuah lagu membuatku jatuh hati padamu.

Kau merahsiakan identitimu,
Menunjukkan betapa rendah dirinya dirimu,
Kau membalas setiap pujian org terhadapmu,
Kau menerima positif setiap kata negatif yg dlemparkan.

Lagumu memenuhi setiap malamku,
Izinkan ku meminatimu dr jauh,
Izinkan aku mendoa dirimu,
Dan kerjayamu sentiasa indah seperti
Peribadi dirimu.
Dengan ini juga aku akan merahsiakan namamu.

Salamcinta buat artis melayu pertama yg aku minati . ❤
InShaAllah semoga mimpimu,mimpiku menjadi kenyataan. Amin


Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah