Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

31 Aug 2014

Minat dan Bukan Minatku

Hari ni Faz nekad nak buat benda yg paling faz tak suka nak buat iaitu melukis. Cehh. Memang faz tak suka melukis. Wlaupun 5thn faz belajar melukis. Hasil lukisan faz asyik mengecewakan. Mana taknya, ibu, ayah, kakak dan adik semua ada bakat melukis. Cuma faz je yang tak reti nak melukis. Percaya dok? Sedih tau bila tengok lukisan faz sebelum ni. Dan hari ni sempena malam merdeka faz nekad sgt2 nak melukis. Walaupun tak cantik tapi faz akan cuba buat yang terbaik.


PIC 1: Ni gambar pertama faz lukis. Yang ni nampak cantik sebab Faz sketch je yang adik Faz punya.  Ibu faz cakap yang kalau nak belajar melukis kene ada cth dulu baru dapat melukis. 

PIC 2: Ni gambar ke 2. Ya, yang ni pun nampak elok sikit. Sebab...... hehe. mesti ada sebab. Yang ni pun sebenarnya faz sketch dari lukisan kakak faz pula.. Tangan dia takde sbb faz memang tak reti nak lukis tangan. Kesian kan tengok Faz.. :(
PIC 3: Haaa. Cuba teka pic ke 3 ni faz tiru siapa? hehe.. takde sape2 pun. Yang ni faz lukis sendiri dan faz gagal macam biasa :'( haha. Ni Faz dah give up and fed up dah melukis ni. Haaa. sebab ni la faz paling anti bab bab melukis ni. Faz sendiri pun tak faham kenapa faz ambil kelas melukis dan apa yang faz belajar selama 5tahun belajar melukis. Sedih tol la mengenang nasib diri. 
PIC 4: Ni bukan sebarang lukisan ni. Ni namanya kuasa ruler dan highlight. haaa. Yang ni adik Faz yang tolong ajarkan. Thanks kat dia. Sebab dia malas nak ajar faz melukis, jadi dia dok ajar faz buat benda ni. Faz pun tak faham apa point gambar ni. Dah dekat setengah jam Faz dok perati gambar ni tau tak? Apa apa pun faz memang minat sangat kat Highlights. Hehe. Asal ada highlight, I can do whatever I like. hehe.  ")
PIC 5: Haaaa. Dan inilah hasil terakhir Faz dan yang paling Faz suka sangat nak buat tetapi seluruh family Faz benci nak buat. Haha. Menulis ayat jiwang, menulis puisi, sajak dan sewaktu dengannya tu memang satu satunya hobi, bakat dan minat Faz.

Kakak kakak Faz semua kelas science, Faz je ambil kelas sastera dan geo. Nak kata faz tak minat science tak jugak sebab Faz suka nak buat eksperiment tapi faz takut haiwan dan binatang dan faz takut darah. Hehe. Memang dalam kami adik beradik faz je yang lain dari yang lain dari segi minat je la, lain tu semuanya sama. Apa yang diaorang minat, Faz tak minat. Apa yang faz minat tu yang diaorang tak minat. Tapi satu persamaan kami adik beradik, kami minat giler giler dengan kpop. heee. Faz pun pelik sangat nape Faz minat sangat kat sastera sampai dua tahun berturut2 Faz naik pentas sebab jadi student terbaik sastera (Ni bukan niat nak show off tapi nak cerita je k?). Tapi bila subjek Bahasa Malaysia tak lak Faz jadi the best student. haha. Faz ada gak berangan nak jadi pengkaji cuaca or pembaca berita jadi faz ambil bidang geografi. Tapi tu tak pernah la dapat apa apa sijil. Just minat macam macam tu je.

Bila Faz dah habis spm, Faz ada niat nak ambil salah satu dari bidang tu bila nak sambung belajar. Sama ada sastera atau geo. Tapi ibu faz tak benarkan, dia suruh Faz pilih sama ada nak ambil kulinari atau Management je. Faz dulu takut sangat kat ibu faz, bukan takut apa, Faz takut kalau faz menentang cakap ibu, apa yang faz minat buat takde berkat dah tu banyak masalah, jadi Faz pun buat keputusan nak berhenti buat apa yang faz minat dan ikut cakap ibu. Tu yang faz ambil course Management with multimedia kat multimedia college ni.
Alhamdulillah faz syukur sangat walaupun faz tak minat tapi faz lulus setiap sem dan tak pernah gagal.  Sebab faz jenis yang tak suka ambil risiko. Dulu faz ada 4 buah buku nota. Dalam buku tu semua puisi, lirik, sajak, cerpen dan cerita ciptaan faz sendiri. Tapi ibu faz dah buang semua buku Faz. Sejak dari tu Faz pun berhenti sepenuhnya buat semua tu.

Sampai la satu masa hujung tahun 2013, faz terbaca satu blog ni, dalam blog tu ada cerita hal dia sebijik macam cerita faz gak, tetapi  dia punya masalah lain dan dia dah jumpa jalan penyelesaiannya. Jadi Faz pun terfikir kenapa faz tak teruskan je menulis, buat puisi walaupun tanpa sokongan keluarga. Jadi Faz mula buat blog ni.  Dan disini la Faz mulakan kembali minat Faz tu. Walaupun Faz dah lupa dengan cara cara asas yang faz belajar dulu tapi Faz buat je ikut apa yang Faz rasa dalam hati. Faz dalam proses ingatkan kembali apa yang faz tulis dalam 4 buah buku tu. Tapi ingatan faz / I.Q faz ni tak tinggi sangat dan faz ni pelupa, jadi tak dapat nak ingatkan apa apa.

Niat faz menulis ni BUKAN sebab faz nak terkenal mahupun nak dikenali tetapi Faz nak merealisasikan je impian faz jadi penkarya walaupun tak sehebat orang lain tapi faz tetap berbangga dengan diri faz. Faz hanya dapat buka blog dan menulis bila faz di hostel, dan kalau faz di rumah, Bila ibu dan keluarga faz dah tidur baru faz dapat menulis dan cari ilham. Sebab tu Faz selalu tidur pukul 2-3 pagi. Syukur gak faz belajar kat Multimedia tu sebab faz dapat belajar buat cording, buat video dan macam macam lagi yang melahirkan minat faz. Jadi faz gandingkan semua minat minat faz ni, letak video dalam blog, guna cording dalam blog, letak resepi sendiri dan macam macam. Waaaa. memang tak terkata lagi dah rasa syukur Faz ni.

Untuk Ibu: Bukan niat Faz nak menentang ke apa, Faz tau ibu nak faz teruskan minat ibu yang tak kesempaian iaitu jadi chef buka kedai makanan sendiri, be a good businesswoman, InShaAllah, selagi Faz hidup Faz akan cuba ikut apa yang ibu nak, Tapi bu kita cuma merancang Allah yang menentukan, Apa pun kerjaya Faz dah besar kelak, Faz akan terima dan harap ibu tetap berbangga dengan Faz. Faz tak dapat janji nak jadi anak yang solehah dan baik, Faz selalu gaduh bertekak dengan ibu tetapi selagi hayat dikandung badan Faz akan membahagiakan ibu dan takkan biarkan ibu tua seorang diri. hehe. Ibu ikhlas dari hati Faz, Faz sayang sangat kat ibu dan arwah ayah. Maafkan Faz. :')




30 Aug 2014

Malaysia Negaraku

Merdeka Merdeka Merdeka!
Bertuahnya kamu anak muda
Saat kau buka mata
Segala galanya sudah aman
Segala galanya sudah ada
Teknologi semakin moden
Dunia sudah bebas dari jajahan


Maka kenangkan jasa nenek moyang kita
Yang berkorban untuk negara
Sanggup bergadai nyawa demi negara
Menentang penjajah yang kejam
Mempertahankan hak negara
Memberi kita kemerdekaan


Sungguh aku bangga menjadi anak Malaysia
Aku bangga dengan pejuang negara
Malah aku bangga mengibarkan 
Bendera Malaysia sebagai anak muda


Wahai pejuang tanah air
Jasamu akan ku kenang
Hingga jasad terakhirku
Izinkan aku berbakti untuk negara
Sebagai penggantimu


Aku anak Malaysia
Ini negara kita
Dan disinilah mulanya cinta
Kibarkan bendera
Laungkan Merdeka
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

28 Aug 2014

Pengalaman Terindah

Ni nak cter pengalaman Faz bersama PEMBINA. Satu pertubuhan islam yg Faz sertai. Tapi Faz takde la aktif. Cuma turun bila disuruh atau dijemput je. Nama la kte ahli biasa kan. Hehe.

Nak dijadikan cerita.. Adala satu event makan malam bersama Heliza Helmi. Faz dan rakan rakan bertugas utk event malam tu. Kami pun cabut undi untuk tugas tugas untuk malam tersebut. Tak silap Faz bulan Mei 2013 dekat padang golf di Kuching. Takde la buat dekat tengah padang golfkan, kami buat dekat dewan.  Sambung balik tentang tugas undian tu. Bila dah cabut je undi, memang nasib Faz bertuah malam tu, Faz ditugaskan untuk jadi pengiring kak heliza dan manager dia. Waaaa..... Happy sgt dah tu, yang lain jadi pengiring untuk penyajak dan VIP lain. Nervous Faz memang tahap tak terkate lagi dah. Tgn kaki semua sejuk, yela first time la katakan. Faz ada penyakit tau, kalau nervous tgn Faz akan menggeletar. Lucu sangat rupa Faz malam tu. Faz cuma kena layankan Kak Heliza dan Manager dia je. Tapi yang tak best nya masa Faz dengan Kak Heliza malam tu, Faz tak sempat nak berborak dengan dia, mana tak nya dia tengah on the phone masa tengah dengan Faz, habis je on the phone, terus Faz iring dia masuk dewan. Adussss. terlepas peluang. Nak ambik gambar  berdua pun tak sempat. Tapi Faz sempat tangkap gambar dia dengan yang lain je.

Apa yang faz tak dapat lupa malam tu bila Heliza start berucap dan bercerita pengalaman dia dekat GAZA.
"Masa Heliza kat sana Heliza pi tanya kat seorang budak ni kenapa dia taknak lari ke negara yang lebih aman? kenapa dia masih nak stay sana, nak tau apa budak tu cakap, Kalau mereka pergi siapa yang akan lindungi Masjid Al-Aqsa, siapa yang akan mempertahankan islam. Biarlah mereka disana mewakilkan semua umat islam di seluruh dunia bagi mempertahankan agama islam. Heliza pun terkedu. Lepas tu Heliza bagi dia duit, dia tolak, heliza bagi lagi, dia tak nak. (dia cakap bahasa arab). Budak tu cakap dia bersyukur dengan apa yang dia ada dekat sana, dia tak perlukan sumbangan kewangan. (ada lagi heliza cerita tapi Faz tak berapa ingat) Budak tu cuma suruh Heliza tangkap gambar dia orang utk bawa ke Malaysia. Heliza pun hairan la kenapa nak tangkap gambar je. Rupa rupanya baru Heliza faham kenapa dia suruh Heliza tangkap gambar (Heliza tunjukkan gambar yang dia tangkap)"
Masa tu air mata Faz dah melilih. Teresak esak Faz nangis tengok gambar. Heliza pun sambung ceritanya.
"Ada satu masa ni, Heliza dudok dalam khemah dia org dekat sana, lepas tu ada bunyi menandakan pihak zionis datang menyerang, Heliza berlari keluar dengan kawan kawan, sedia nak mati syahid ni. Tapi dah sampai tengah tempat tu tengok pihak zionis datang, tiba tiba Heliza dan kawan kawan jadi takut, selepas tu datang sekumpulan budak budak gaza bawa pedang tolak kami kebelakang dan bercakap "kalau nak serang diaorang , pergi berperang dengan kami dulu" (dalam bahasa arab) Heliza dan kawan kawan terkedu lagi."

Haa. Itu la serba sedikit yang Faz ingat apa yang Kak Heliza ceritakan. Tersentuh hati Faz dengar pengorbanan kanak kanak di GAZA. Semoga Allah melindungi mereka. Tu la salah satu kenangan terindah Faz bersama pembina dan Kak Heliza (Walaupun tak sempat nak berborak). 

Faz nak jadikan pengalaman ini sesuatu yang bermakna dalam hidup Faz sebab Faz dapat kenal dengan ramai rakan baru disamping mengeratkan silaturahim sesama umat islam. 
Akhir kata, terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca cerita tak seberapa dari Faz. :)




Soal Hati

Entah mengapa setiap kali aku terkenangkan dirimu hati aku semacam nak menangis, seperti ada sesuatu yangg mencucuk. Ya aku mengaku,  hatiku sangat lemah, mudah untuk jatuh cinta. Tetapi mudah untuk melupakan dan membenci jika terluka. Bukan kehendakku untuk membenci dirimu. Aku juga insan biasa, terlalu mengikut nafsu amarahku.

Kadang kadang aku benci diriku sendiri kerna sering mencari dirimu, menjaga dirimu dari jauh walhal engkau tidak pernah menghargai kehadiranku. Terlalu ramai yang lebih menyayangimu lebih dari ku. Aku sedar dengan kebenaran, tetapi sukar untuk aku menerima kenyataan yang aku bukan sesiapa padamu.

Bukan aku pinta untuk menyukai, menyayangimu. Tetapi siapalah aku untuk menidakkan perasaanku sendiri. Aku ingin menjadi diriku yang dulu. Begitu tegas dengan pendirian, tidak mudah jatuh cinta malah, tidak mempercayai insan yang bergelar lelaki. Tetapi semakin aku meningkat dewasa, aku seolah olah faham apa itu dikatakan cinta. Kenapa kita hidup dibiarkan berpasangan. Ya aku sudah dewasa.

Jikalau aku terluka lagi sekali mampukah aku merawat hatiku sendiri? Akan hadirkah insan yang mampu menjadi penawar diriku? Dapat menerima kekurangan aku seadanya? Menghargai diriku?

Bagaimana untukku mencari jawapan. Aku hanya mampu berdoa meminta petunjuk Allah supaya dihadirkan jodoh yang mampu menjadi penyeri kehidupanku. InShaAllah. Amin.




Pencuci Mulut Ceria

Haaa. Hari ini rasanya nak kongsi resepi lak..
Resepi ni macam2 boleh tambah. Faz gelar resepi ni Pencuci mulut ceria, sebab setiap kali Faz mkn faz mesti ceria. Tak tau lak org yg merasakan. Hehe. Haa. Ni dia resepi nya.

Banana,
Ice cream vanilla,
Cheese,
Chocolate cream,
Chocolate rice.

Senang je cara buatny.
Tambah je smua dh jadi.
Laa. Simple je tu. Faz slalunya gunakan nanas Utk gantikan banana.

Nak gak cite mcm mane dpt resepi ni.
Haritu ibu faz catering buat tart buah(lepas ni faz post gmbar), ada la lebih buah, jadi terjumpa la smua bahan ni. Tu yg faz tetiba dtg rajin. Tp time tu faz jahat sbb faz buat utk faz sorg je, tak kasi keluarga faz jamah. Yela dah sedap rugi lak nak kongsikan. Hehe. Kalau ibu faz baca ni confirm faz kena taji. Haha. Takdela. Shhhh~  Faz lupa lak nak ambil gmbar pencuci mulut yg faz buat tu. Aduii.

Baiklah. Selamat mencuba ye☺

25 Aug 2014

Dirimu hanya sejarah

Kenapa harus kau
Yg sentiasa muncul dimindaku
Bermain di hatiku
Berada di jiwaku

Bagaimana harus aku
Melupakan dirimu
Yg hadir tanpa diseru
Yg pergi tanpa disuruh

Adakah perasaanmu sama sepertiku
Yg sentiasa merindukan dirimu
Saat aku sendirian
Memikirkan dirimu

Semuanya telah berakhir
Aku bukan sesiapa utkmu
Ku doakan kau bahagia
Disamping org yg tersyg

Aku juga ingin bahagia
Walaupun bukan bersamamu
Utk hari hariku
Yg bakal mendatang

22 Aug 2014

Kehidupan yang mendatang

Setiap org mempunyai jalan ceritanya sendiri
Begitu juga aku
Pengakhiran yg mungkin bahagia
Dan mungkin tidak

Setiap kejadian yg berlaku
Pasti ada hikmah
Setiap org pasti ada masalah
Dan tiada masalah yg tidak ada penyelesaiannya

Itulah realiti sebuah kehidupan
Tidak seindah cerita novel
Tidak semanis di dalam drama
Tidak semudah yg disangka

Keperitan yg dirasai
Hanya Allah yg tahu
Kerana Dia yg menduga
Tahap keimanan seseorang

Kemewahan yg dirasa
Hanya Allah yg maha memberi
Kerana Dia menguji
Rasa kesyukuran kita

Pengakhiran kita di bumi ini
Hanya ada dua pilihan
Ke nerakaNya atau kesyurgaNya
Bergantung ketaatan kita pada perintahNya

Aku juga mudah alpa 
Begitu memikirkan soal kehidupan 
Sehingga lupa apa yg terjadi
Pada keesokkan harinya (kematian)

Saat demi saat telah berlalu
Tanpa kita mula sedar
Umur semakin meningkat
Jangka hayat makin pendek

Bumi semakin uzur
Matahari semakin panas
Para ulama semakin berkurang (meninggal)
Yang tinggal hanya kita (manusia akhir zaman)

Semuanya tertulis di dalam Al-Quran
Membuktikan kesahihan nya
Hari demi hari
Ia semakin dekat (hari kiamat)

Sudah sediakah aku?
Sudah cukupkah amalan aku?
Pertanyaan demi pertanyaan 
Berlegar di mindaku

Pesan seorang kakak

Aku masih ingat suatu ketika dahulu
Engkau sering berpesan
Agar aku menjadi insan yang berguna
Berjaya di kehidupan kelak

Kita sering bergaduh
Walaupun perkara sekecil pasir
Adakalanya engkau memukulku
Supaya aku hormat padamu

Sebelum engkau pergi merantau
Engkau sering mengingatiku
Supaya menjadi dewasa
Mendidikku supaya berdikari

Kini engkau nun jauh disana
Mencari nafkah utk keluarga
Aku masih ingat setiap pesanmu
Aku rindu setiap saat bersamamu

Andai dapat ku putar kembali masa
Akan ku bantu dirimu
Besarnya pengorbananmu buat keluarga
Menjadi bapa kepada kami adik beradik

21 Aug 2014

Takdir kedua

Terima Kasih kerana berada disampingku
Saat suka dan duka kita kongsi bersama
Bersamamu aku senang meluahkan apa yg ku rasa
Menyanyi, minat, belajar, menangis
Adakala jika aku lapar juga engkau sentiasa menemani

Maafkan aku jika ada membuatmu bersedih
Mengumpat dari belakang
Aku juga manusia biasa
Tak lari dari kesilapan

Aku bersyukur kerana persengketaan kita
Tidak memakan masa yg lama
Terima kasih menegurku kembali
Terima kasih menerimaku kembali

Sudah tertulis utk kita bersahabat buat kali kedua
Biarpun pernah berpisah seketika
Kerana perselisihan faham
Namun Allah menemukan kita kembali

Aku tidak pernah menyalahkan takdir
Mahupun diriku, dirimu
Kerna aku percaya
Pasti ada hikmah segala yang berlaku

Pertemuan kedua
Begitu banyak perubahan
Aku, kau, dia, dia, dia
Semuanya sudah berubah
Alhamdulillah
Begitu banyak memori kita semua

Andai aku pergi dulu sebelum kalian
Izinkan aku utk memohon ampun
Sentiasa bergembira disisi kalian
Menyanyi utk kali terakhir
Menyatakan hasrat yg terpendam selama ini







I LOVE ALL OF YOU :)

20 Aug 2014

Aku Seekor Kuching Jalanan

Apa salahku
Sehingga dilayan sebegini
Bukankah aku juga makhluk Allah
Yang tinggal dibuminya

Aku juga perlukan makanan
Utk hidup seperti manusia
Aku cuma perlukan ihsan
Biarkan aku hidup dengan aman

Membenci aku
Tak usah menendangku
Menengkingku, menyepakku
Aku juga tahu merasa sakit

Ya memang aku kucing
Kucing jalanan yg tidak mempunyai akal dan perasaan
Tetapi aku juga mempunyai hak utk hidup
Seperti manusia

Gitar dalam hidupku



Hanya bertemankan gitar
Ku habiskan sisa sisa hariku
Dengan menghasilkan melodi
Lagu untuk lirikku

Hanya gitar
Tempatku mencurahkan rasa hati
Meleraikan kesepian
Berkongsi rasa suka duka bersama


Saat kehilangan org yang disayangi
Aku mengalunkan muzik
Menghiburkan hati yang luka lara
Mengiringi setiap nyanyianku

Tangisan demi tangisan
Tiada siapa peduli
Terusku ambil gitar
Mengalunkan lagu akustik

Tukang Kasut

Besarnya pengorbananmu
Walaupun jasamu tidak dikenang
Namun engkau tetap tabah
Sabar menghadapinya

Melayan ragam manusia
Sentiasa memberikan senyuman
Menerima setiap tomahan
Demi mencari sesuap nasi

Wahai Si tukang kasut
Hari-harimu ditemani berus dan kasut
"Terima Kasih" dan kata maaf
Sentiasa menjadi dialog harianmu

Engkau hidup serba kekurangan
Mengejar rezeki yg halal
Untuk menyara anak dan isteri
Dengan pendapatan yg kecil

Percayalah suatu hari nanti
Akan hadir pelangi yang menemani senjamu
Menghargai setiap titik peluhmu
Menghadiahkanmu senyuman

18 Aug 2014

Keluarga bermasalah

Aku:   Ain(bukan nama sebenar) kau dah kenape? Suram je aku tengok. Ada masalah ke?

Ain:   Entah la Faz. Aku pun tak tau nak cta lagu mana kat hang ni.

Aku:   Haa. Elok sgt la tu. Tak yah nak cta. Biar muka tu dok bekedut mcm tu je. Tak yah tak yah.

Ain:   Hish kau ni kan. Haaa. Yela aku nak habak mai la ni.

Aku:   Haa. Tadi tak mau lak nak habak. Mai ku dengar.

(Aku dok gurau sat. Aku teruskan dgn bahasa yg mudah difahami laa pulak ye. Kang korg tak faham, terus tak nak baca.)

Ain:   Macam ni . Kau taukan keluarga aku macam mana. Tak pernah nak luangkan masa bersama. Ibu dan ayah hari hari gaduh. Aku tension la faz. Dia org tak pernah nak fikir hal kami adik beradik. Asyik duit duit duit. Diaorg ingat duit yg bnyk tu dpt ke bagi kami bahagia. Aku penat la faz. Ada masa tu aku sampai nak buat buat sakit sebab nakkan perhatian diaorg,lepas kantoi je ibu ayah aku terus marah aku. Diaorg tak faham ke yg aku perlukan perhatian?

Aku:   Laaa. Hal family ke? Sabarla ain. Memang betul duit itu tak bawa apa apa kebahagiaan. Tapi dengan duit itu juga kau boleh bina kebahagiaan. Senang cerita, kau sbg anak sulung. Kau jalankanla tanggung jawab kau. Maksud aku mcm ni, kau bincang elok elok kat diaorg yg kauorg adik beradik perlukan kasih syg diaorg. Kalau ada masa hujung minggu kau p ajak diaorg bercuti. Laa. Tak elok tau kau buat macam tu. Kata kata itu satu doa. Kalau Allah bagi kau betul betul sakit mcm mana. Tak ke naya kau. Cakap memang la senang, tetapi dh kau dapat nanti, kau yg payah nak nanggungnya. Nak ke kau betul betul sakit? Hehe.

Ain:   Kau ni pun. Cakap ikut sedap mulut je ekk. Memang tak la aku nak sakit. Aku cakap je sbb aku nakkan perhatian diaorg. Kau tak faham faz sebab keluarga kau tak sama mcm keluarga aku. Kau org selalu spend time masa bersama.

Aku:   Ain, memang la keluarga kita tak sama. Memang aku tak tau pun apa yg kau rasa. Setiap org mengalami masalah yang berbeza. Dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Allah takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan seseorang itu. Pasti ada hikmah kenapa ini terjadi kat kau. Kau jangan putus asa. Teruskan berdoa kat Dia supaya dimudahkan segalanya. Jangan sesekali buat perkara yang Dia tak suka. InShaAllah, Hidup  kau pasti akan bahagia.

Ain:   Terima kasih Faz. Walaupun kau tak membantu apa apa tetapi kata kata semangat kau mampu melegakan hatiku. Aku bersyukur sangat dikurniakan sahabat seperti kau. Walaupun mulut tu kadang kadang macam kerang busuk tetapi boleh gak di pakai. Haha. Aku acah je.

Aku:   Kau memang tak sayang mulut. Haha. Ada org nak kena cili mulut dia ni. Aku acah gak. Ingat Ain keluarga bahagia adalah keluarga yg hidupnya berlandaskan islam. Selain jalankan tanggungjawab kau sbg anak. Jangan lupa tanggungjawab kau sbg hamba Allah. Sama sama Ain. Itu gunanya sahabat. InShaAllah hingga ke Jannah. Amin.

Ain:   Amin.

*Tiada unsur sindiran tetapi hanya nasihat.
*Tiada kena mengena yg hidup atau pun telah pergi.
*Dialog ini adalah rekaan semata mata. Harap dijadikan iktibar.


Alahai Kaum Hawa

 Kadang kadang aku terfikir kenapa gadis begitu mudah cair dengan kata kata lelaki sampai sanggup menggadaikan maruah diri dan keluarga sebab terlalu sayang dengan teman lelakinya. Tak fikir ke kesan buruk dari perbuatan tersebut? Lelaki senang la, kalau benda dah jadi diaorang elok je buat tak tahu, tapi wanita? Mana nak letak muka? Maruah keluarga? Sekarang ni ramai gak dah keluar berita pembuangan bayi. SubhanAllah. Kesian aku tengok insan yang tak bersalah dibunuh.  Sedangkan haiwan lagi sayangkan anaknya, inikan kita manusia dah diberi akal. Kalau dah tak nak jaga tu bagi je la kat org, tak pun kat rumah anak yatim je ke. Tak tau ke ramai pasangan yang dah berkahwin tapi belum dapat anak. Dah rasa pun macam mana sakitnya beranak? Tu pun dia org senang lenang buang bayi. Eeeee. Aku pun tak faham manusia yang tak de hati perut mcm tu. Kalau dah tak nak tanggung kenapa la buat juga. Dah la dosa besar buat zina, dah tu boleh buang pulak, tu dah kira membunuh dah tu.

Ada pulak cerita yang aku dengar wanita sanggup lari dari rumah sebab nak ikut teman lelaki. Haa. Elok sangat la tu bagi ibu ayah susah hatikan? Tak kasihan ke tengok ibu ayah yang susah payah bekerja siang malam sebab nak bagi kita ilmu, pakaian, keselamatan, makanan. Kita bukan nak bagi dia org senang, balas jasa dia org tapi ni nak bagi diaorg susah hati lagi. Kalau teman lelaki tu dah kerja elok, dah cukup gaji takpe la nak lari ikut diaorg. Kalau dah mabuk cinta sgt kahwin je la. Tak yah lari lari. Dapat gak pahala mendirikan rumah tangga. 
Jadi kaum hawa. Janganlah engkau lemah dengan nafsumu. Kerna semua itu umpama menempah tiket ke neraka. Percayalah kebahagian dunia tidak akan membantu diakhirat kelak. 
*Peringatan utk diri sendiri kerana sy juga kaum hawa yang lemah imannya. 

17 Aug 2014

(Mr.Dream) Encik Mimpi VS aku

Encik Mimpi
Seperti namamu
Hidup bagaikan mimpi bagiku
Menyukai artis sepertimu juga bagaikan mimpi bagiku
Membaca blogmu memberi ilham kpd ku utk terus menulis

Sejujurnya aku hampir berputus asa utk jd seorg penulis
Kerna tidak mendapat sokongan
Malah tiada siapa yang tahu hobi dan minatku
Tetapi mengenali dirimu menguatkan semangatku
Seolah olah utk jd berjaya sepertimu
Tidak memerlukan peminat yg banyak
Tidak perlu dikenali
Malah sikap rendah dirimu
Menunjukkan betapa ikhlasnya dirimu dlm bidang yg kau ceburi

Walaupun hanya mengenalimu dr lagu yg kau gubah,nyanyikan,ciptakan
Namun diriku tetap bersyukur
Masih ada insan yg positif sepertimu
Begitu tekadnya bila dirimu berkata
Bahawa dirimu bersedia menerima kritikan pedas

Aku juga sepertimu
Seorg yg pemalu
Tetapi tidak sedia utk menerima sebrg komen negatif
Oleh kerana itu aku begitu berhati hati bila berkarya
 Kerna takut utk melukai pelbagai pihak
Tetapi dirimu begitu berani menyuarakan 
Apa yg kau rasa melalui lagu gubahan dan lagu ciptaanmu

                                                  Terlalu jauh perbezaan antara kita
                                                  Engkau begitu berani
                                                  Tetapi aku begitu takut
                                                  Engkau berbakat
                                                  Aku hanya mencuba tanpa bakat
                                                  Engkau mempunyai org yg menyokong
                                                  Tetapi aku hanya berdoa kpd Allah utk memberi semangat kpdku
                                                  Seperti langit dan bumi
                                                  Dirimu dan diriku

                                                   Encik mimpi
                                                   Aku akan selalu mendoakan kejaya dirimu
                                                   Kaulah ilham,idola dan inspirasi hidupku
                                                   Moga sikapmu menjadi contoh peminat sepertiku
                                                   Semoga identitimu tetap menjadi rahsia
                                                   Seperti yg kau mahukan


16 Aug 2014

Cinta jarak jauh

Kau disana
Aku disini
Setia menunggu dirimu
Perginya dirimu jauh dariku
Membuatkan ku rindu

Ingatkan daku dlm hatimu
Doakan aku jika kau rindu
Percayalah bahwa diriku
Sentiasa mengenangmu
 
Walaupun keadaan
Memaksa aku melupakan
Segala memori bersamamu
Namun kerna dirimu
Terlalu istimewa
Izinkan aku tetap menyintaimu
Seperti selalu
Kerna ku tahu
Kau juga sepertiku

*Khas buat dirinya yg ku minati

15 Aug 2014

Ibu

*Coretan ini hanya rekaan semata mata. Tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun mati.
Dijadikan kisah hanya utk peringatan. Harap diambil iktibar apa yg Faz cuba sampaikan. Hari hari merupakan hari ibu. Hargai ibu anda. Ibu, Faz syg ibu❤

Ibu
Jasamu tidak mungkin dpt dibalas
Bukan wang ringgit yg engkau mahukan
Bukan kemewahan yg kau pinta
Tetapi kasih syg anak2 yg engkau impikan

Masihku ingat
Saat aku masih kecil
Engkau sering menjadi pendorong dlm hidupku
Menemani saat aku ketakutan
Berjaga dr mlm ke pg saat aku kesakitan
Setia disisiku saat aku bersedih

Tangan kasarmu
Telah mendidikku sehingga menjadi insan yg berguna
Memukulku ketika aku gagal dlm pelajaran
Engkau amat mementingkan pendidikan
Katamu kejayaanku bukan utk memberi kemewahan padamu
Akan tetapi menjadi bekalan kebahagian diriku ketika dewasa kelak

Setelah aku dewasa
Berjaya dalam kehidupan
Aku mula tidak mengendahkan dirimu
Bagiku dirimu tidak membantu malah membuat hidupku susah kerana sering mintaku utk plg
Hanya sekadar utk menemanimu ketika sakit

Aku hanyut dengan kemewahan duniawi
Aku lupa tanggungjwb terhadapmu
Bagiku aku sudah dapat apa yg aku inginkan
Aku lupa bahawa engkau yg memberikan aku kejayaan itu
Aku lupa betapa sakitnya dirimu ketika membesarkan ku

Ibu
Kini engkau telah pergi
Tanpa sempat melihatku berubah
Tanpa sempat aku membalas jasamu
Tanpa sempat aku memohon ampun kepadamu

Kepemergiaanmu
Memberi impak besar dlm hidupku
Kiniku sedari betapa besarnya jasamu thdpku
Aku kesal dgn sikapku yg mudah lupa asal usul
Aku menyesal kerana tidak menemanimu ketika engkau sakit

Ya Allah, ampunkan dosa ibuku
Tempatkan beliau ditempat org yg beriman
Berikan ketenangan yg hakiki kpd beliau

Ya Allah, betapa berdosanya aku
Terhadap ibuku ketika beliau masih hidup
Betapa jahilnya aku ketika dia sakit
Masih layakkah aku utk berubah
Berikanlah taufiq hidayahMu kepada setiap anak diduniaMu ini
Supaya mereka menghargai dan membalas setiap jasa ibu yg telah menjaga mereka masih kecil
Agar mereka tidak mengulangi kesilapanku yg laku

#CoretanIlhamku
#MotivasiDiri
#PedomanHidup

Hanya kebahagiaanmu yang ku pinta

Sejenak ku terfikir
Adakah engkau rasa
Apa yg ku rasa
Perasaan yg aku sendiri
Tidak jangka akan hadir
Disaat ku rindukan dirimu
Namamu sentiasa bermain dimindaku

Sering kali ku mencari cara
Utk berada dekat dgnmu
Pernahku terfikir
Utk melukakan diriku
Supaya aku rasa disygi olehmu

Entah mengapa
Semakin ku cuba
Utk berada dgnmu
Semakin jauh dirimu dariku
Ku ingin selalu disampingmu
Menemani setiap detik
Suka dan duka mu
Menjadi penawar setiap lukamu
Merawat hatimu yg semakin rapuh

Jauh dilubuk hatiku
Aku hanya ingin melihat dirimu bahagia
Walaupun aku tahu permintaanku
Akan melukakan hatiku
Tetapi bagiku
Bahagiamu bahagiaku jua
Izinkan aku menyayangimu dalam diam

13 Aug 2014

Aku hanya aku

Aku bukanlah seorg yg istimewa
Aku hanya aku
Seorang insan biasa
Yang serba kekurangan

Aku bukanlah artis
Yang ingin mencari publisiti
Aku bukan juga penkarya yg digeruni ramai

Aku hanya pencerita
Kisah hatiku melalui blog
Betapaku rasa diriku kerdil berbanding penkarya lain
Yang begitu mahir berkata kata

Aku hanya merealisasikan impianku
Utk jadi penkarya
Walaupun tidak mempunyai kelulusan ijazah
Walaupun tidak mempunyai pengalaman dlm berkarya
Walaupun hanya sekadar utk menceritakan rasa hatiku
Walaupun tidak akan dikenali

Aku tidak mempunyai sokongan
Dari sahabat, keluarga dan pengajar
Malah tidak ada seorg pun yg mengetahui minatku yg sebenar

Aku seorg penrahsia
Kehebatanku hanya menjadi penrahsia yg baik
Mungkin bukan sesuatu yg patut dibanggakan
Tetapi itulah aku
Aku yang menghargai setiap kelebihan diriku sendiri


Rasa hatiku

Hari hariku begitu indah
Setelah mengenalimu
Entah mengapa 
Setiap kata yang kau berikan 
Mampu mengubat hatiku yg terluka

Pertemuan pertama dgnmu
Bukanlah sesuatu yg dpt dijadikan
Kenangan terindah
Namun merupakan sesuatu perkara baharu
Yang terjadi dalam hidupku

Disaat aku sedih 
Engkau sentiasa ada disisiku
Walaupun tidak mampu membantu 
Tetapi menyenangkan jiwa ku
Dan apabila melihat dirimu yang terluka
Hatiku turut sedih

Ingin aku jadi penawar hatimu
Tetapi aku hanya seorang 
Insan yang lemah 
Tidak mampu utk mengungkapkan rasa hati 

Indahnya rasa hati 
Apabila merasa dirimu dekat dgnku
Akan ku pendam rahsia hatiku
Agar persahabatan kita 
Kekal begini selamanya
Aku ada utkmu
Dan engkau ada utkku

11 Aug 2014

Aku dan dirimu


Aku dan dirimu
Dua insan yg berbeza
Saling tidak mengenali
Tetapi mempunyai minat yg sama
Iaitu mempunyai bnyk ilham utk
Mencipta karya sendiri

Walaupun tidak mengenali dirimu
Walaupun wajahmu tertutup
Tetapi cukup utk aku jadikan sebuah karya
Sebuah ilham dalam hidupku
Menjadi semangat utkku terus
Mencapai cita cita
Walaupun tidak dikenali

Aku dan dirimu
Begitu jauh utk dijadikan realiti
Namun entah mengapa
Aku merasakan dirimu dekat dgnku
Setiap kali mendengarkan lagumu

Dalam diam
Aku mula meminatimu
Tetapi hanya sbg pemberi smngat
Dlm hidupku

Terima Kasih kerana hadir
Sbg seorg artis
Seorg seniman
Yang begitu merendahkan diri
Membuatkan diriku
Tertanya tanya
Identiti dirimu yang sbnar





Jatuh Cinta Lagi

Kata org tak kenal maka tak cinta,
Mulanya aku tak percaya,
Setelah mendengar suaramu,
Nyanyianmu,
Aku mula ingin mengenalimu.

Hanya dari sebuah lagu,
Aku mula meminatimu,
Keikhlasan mu mula terpancar
Disetiap gambarmu.

Anehnya bila cinta bermula dari sebuah lagu,
Sukar utkku mentafsir perasaanku,
Tapi dari sebuah lagu membuatku jatuh hati padamu.

Kau merahsiakan identitimu,
Menunjukkan betapa rendah dirinya dirimu,
Kau membalas setiap pujian org terhadapmu,
Kau menerima positif setiap kata negatif yg dlemparkan.

Lagumu memenuhi setiap malamku,
Izinkan ku meminatimu dr jauh,
Izinkan aku mendoa dirimu,
Dan kerjayamu sentiasa indah seperti
Peribadi dirimu.
Dengan ini juga aku akan merahsiakan namamu.

Salamcinta buat artis melayu pertama yg aku minati . ❤
InShaAllah semoga mimpimu,mimpiku menjadi kenyataan. Amin