Kawan vs Sahabat

Kawan? Dimana mana boleh dapat kawan. Kau kawan aku, Dia kawan aku, malah yang baru kenal pun boleh jadi kawan. Tetapi sahabat? Memang sukar hendak jumpa. Malah aku juga tidak tahu yang mana sahabat yang mana kawan..

Kawan hanya sekadar teman berbicara. Tetapi sahabat akan berada di samping kita walau saat kita menangis air mata darah sekali pun beliau tetap disisi. Wah...Begitu indah makna sebuah persahabat. Bersama sama menikmati syurga Allah.Sama sama meninggalkan larangan Allah. Sama sama merapatkan diri dengan Allah. Tiada erti "Backstabber" dalam persahabat. Jika dia menganggap kita sahabat,dia akan menegur secara baik kesalahan kita bukan membelakangkan kita dan menceritakan keburukkan kita dengan orang lain. Alangkah indah jika kita menemui sahabat yang sebegitu. 

Jika kawan, dia tidak akan berasa gembira dengan kejayaan kita. Di depannya senyum, dihatinya tidak. Itulah lumrah kehidupan. Jahat kita dia nampak, baik kita takda makna.

Alhamdulillah aku sudah dapat membezakan erti sahabat dan erti kawan. Tetapi bagi aku, Friend is just nothing but a known enemy. Friendship is a special kind of love. 

 Sahabat yang dicari belumku temui. Bersama samalah kita doa supaya Allah menemukan kita dengan Sahabat yang hingga ke Jannah. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Boulevard Kuching Sarawak

Selamat Hari Jadi Arwah Ayah