Anas Arsyad Gallery

Anas Arsyad Gallery

Followers

22 Oct 2013

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi



Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini



Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu



Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu



Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



24 Sep 2013

Takdir Illahi.

Kau yang pertama dan terakhir,
Kau tanggungjawabku,
Aku bersyukur dgn ketentuan Illahi,
Kita ditakdirkan bersama.

Walau apa jua rintangan,
Akan ku tempuh bersamamu,
Jika ini yang terbaik,
Ku harap kita kan bersama.

Ku mencintaimu dengan seadanya,
Jodoh yang tertulis utkku,
Takdir menemukan kita,
Ku harap kekal selamanya.

18 Sep 2013

Kata Kata Wardina Safiyyah yg menjadi pedoman hidup

Bahagianya jika boleh mengucapkan Selamat tinggal pada dosa! Ucapkanlah pada diri - Saya diciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran. I’m just too good for all this maksiat.

Satu lagi perkara yang diperlukan jika mahu berubah, itulah dia- SOKONGAN.

Benar, banyak perkara sukar dilakukan sendirian. ‘Support Group’ sebenarnya sangat penting. Seperti mereka yang mahu meninggalkan tabiat minuk arak di Barat. Kumpulan ‘Alcoholic Anonymous’ memberi sokongan, dorongan dan kekuatan kepada mereka. Sudahkah kita membentuk kumpulan sokongan untuk membantu mereka yang benar-benar mahu berubah? Sudahkah kita memimpin tangan mereka memberikan sokongan, galakan dan kasih sayang? Sedih, namun kadangkala sebaliknya berlaku. Apabila ada yang mahu berubah, kerana perubahan itu kecil atau belum cukup sempurna, makin banyak syarat, arahan, kata sinis dan perlian diberikan. FIkirkanlah.

Kepada mereka yang mahu berubah pula, sudah cukupkah ANDA MENCARI? Ada ramai manusia diluar sana yang sudi membantu sebenarnya. Jangan duduk diam dalam kamar sendiri, seperti juga jodoh dan rezki yang tidak datang bergolek, begitu juga dengan mencari sokongan dan hidayah. Cari sokongan, hadiri kuliah, dapatkan rakan baru, supaya diri lebih kuat melawan seribu satu godaan. Hakikatnya kita manusia memerlukan antara satu dengan lain. Kerana peringatan itu berguna untuk orang-orang beriman.

Semoga Allah membantu hati-hati yang ikhlas untuk dekat dengannya. Teringat kata-kata Syeikh Ouarzazi di dalam satu kuliahnya tempoh hari. “Jika kita IKHLAS mahu hidayah dan IKHLAS mahu dekat kepadaNya, Allah akan memberikan kita hidayah itu” Yakinlah. Bercakaplah dengan Allah di dalam hati, berbisiklah kepada Allah. Kerana Allah Maha Mengetahui apa saja yang tersembunyi di dalam hati ini, apa sahaja yang kita katakan dan apa sahaja yang kita lakukan.

Adik-adik mari ingatkan diri setiap perkara baik yang kita lakukan, dan setiap nafsu jahat yang kita lawan, setiap maksiat yang kita tinggalkan tidak akan sia-sia disisi Allah walaupun ianya cuma sekecil biji sawi sekalipun. Allah Al-Hasib – Ianya akan diambil kira dan dinilai. Bukan seperti manusia yang kadangkala lupa memberi penghargaan dan tidak ambil peduli perkara yang kita lakukan. Ya walaupun kecil ianya akan ditulis. Walaupun ianya meninggalkan ‘mengata’ dan membuang masa di FB terlalu lama kerana hakikatnya terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan

"Dan org2 yg berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar2 Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta org2 yg berbuat baik" (Al-Ankabut : 69)

Mari kita ke jalan Allah yang lurus, bukan jalan berliku yang penuh dengan semak. Sudahlah…